Assalamualaikum
Pilihan tempat duduk
pesawat
BERCUTI adalah saat
yang dinanti-nantikan, apatah lagi ke destinasi percutian yang diidamkan.
Menaiki pesawat membuatkan perjalanan lebih mudah terutama menjimatkan masa dan
tenaga.
google
Namun, bagi
memudahkan perjalanan dan memberi keselesaan sepanjang penerbangan, pemilihan
tempat duduk memainkan peranan penting.
Selain memberikan
keselesaan, anda boleh memilih tempat duduk bersama keluarga kerana ada
sesetengah syarikat penerbangan menentukan tempat duduk kita dalam pesawat.
Dengan itu, sudah
pasti anda akan menghadapi masalah terutama yang mempunyai anak kecil.
Justeru, tip
melancong kali ini mungkin dapat memberikan panduan atau pilihan untuk
menentukan tempat duduk selesa di dalam pesawat.
Selain memperoleh
keselesaan, anda juga pastinya akan gembira sepanjang penerbangan.
1- Beberapa
jenis pesawat daripada pelbagai syarikat penerbangan di dunia memiliki dua atau
tiga tempat duduk. Oleh itu, jika melancong seorang diri, lebih baik anda
memilih tempat duduk dengan dua kerusi.
Jika memilih tiga
tempat duduk dan duduk di tengah, pasti anda tidak selesa. Memilih dua tempat
duduk, penerbangan anda akan lebih selesa dan berasa nyaman sehingga sampai ke
destinasi.
2- Pilihlah
tempat duduk yang berada di sisi kanan dan kiri lorong jalan. Ia adalah tempat
duduk yang paling ideal dan selesa selain baik untuk kesihatan.
Ini kerana, posisi
itu memberikan anda akses yang baik untuk masuk dan keluar terutama ketika mahu
ke tandas.
Anda juga boleh
berdiri dari tempat duduk selain berjalan-jalan bagi menghilangkan lenguh kaki
tanpa mengganggu mereka yang duduk di sebelah anda.
3- Jika ada
melakukan penerbangan pada waktu pagi, pilihlah tempat duduk yang jauh dari
tingkap supaya anda tidak diganggu sinaran matahari.
Silau matahari
pastinya mengganggu saat anda tidur sekali gus membuatkan anda mengantuk
apabila tiba di destinasi.
4- Jika anda
ingin melihat pemandangan udara yang menyenangkan. Pilihlah kerusi di sebelah
tingkap. Namun, jangan ambil kerusi di tepi tingkap tetapi betul-betul berada
di sayap kapal terbang.
Alih-alih dapat
melihat awam dan langit yang membiru, anda hanya dapat melihat sayap kapal
terbang yang sudah pasti membosankan anda.
5- Ruang
antara tempat duduk yang sempit sudah pasti membuatkan kaki tidak selesa. Bagi
memberikan keselesaan kaki sepanjang penerbangan, pilih tempat duduk di barisan
pintu keluar iaitu di pintu kecemasan.
Di bahagian itu,
terdapat ruang lebih untuk melunjur kaki dan yang pasti anda memperoleh
keselesaan sepanjang penerbangan.
6- Kenali
jenis pesawat yang anda akan naiki. Setiap jenis pesawat memiliki peraturan
memilih tempat duduk masing-masing.
Apabila mengetahui
peraturannya, anda senang memilih mana tempat duduk yang terbaik untuk anda.
Sumber: Berita
Harian (1Klassifieds)