Assalamualaikum..
Terfikir begaimana untuk menghilang toksin dalam badan? Atau pernah mengikuti pelbagai cara tetapi tidak berkesan? Usah risau! Berikut adalah minuman yang paling mudah dibuat yang boleh membantu badan anda membersihkan semua toksin yang terkumpul!
Minuman berkhasiat ini akan menyerang toksin, memusnahkan mereka, dan membersih keluar dari badan. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih segar dan ceria! Malah, ia juga akan membantu sistem pencernaan dan memberi tenaga sepanjang hari!
Bahan-bahan
1 biji lemon (dikupas )
4 biji buah epal (sebaik-baiknya epal hijau)
1 halia segar
1 cawan air (tidak wajib)
Penyediaan
Sila pastikan anda mengguna bahan-bahan organik jika anda tidak mengupas. Kisar limau, epal, dan halia dalam blender secara rata, dan mencampurkan air adalah pilihan.
Sediakan pada awal pagi dan minumlah dengan perut kosong sebelum sarapan pagi. Ia akan berkesan serta merta!
Selamat Mencuba..
sumber google
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Rasanya dah lama tak dengar kes2 Pedofilia ni. Kalau tak salah Saya, last sekali kes
Pedofilia hangat di kisahkan iaitu kes arwah pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin pada tahun 2007. Lepas tu tenang jap kes ni. Tetiba hangat balik di ceritakan bila tertangkapnya seorang pedofilia yang merupakan pelajar Malaysia di universiti terkemuka London.
- Pelajar genius dipenjara kerana miliki bahan lucah
Info lanjut boleh follow page ni ya.. tak pun boleh baca di
http://abah.my/…/jenayah-phedophilia-sudah-bersediakah-kita/
Pedofilia adalah seorang dewasa atau remaja yang mempunyai kecenderungan dan keinginan seksual terhadap kanak-kanak. Pedofilia telah lama terlepas bebas di negara kita.
Ingatkah lagi pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin pada tahun 2007 dulu? Kegagalan pihak berkuasa menangkap pembunuh adik Nurin sejak 8 tahun lalu membuktikan bahawa sekurang-kurangnya seorang pedofilia tegar masih bebas. Pedofilia dalam kes ini memperolehi kepuasan dengan mendera anak kecil secara seksual dengan kejamnya. Pedofilia yang masih bebas itu mungkin pernah mendukung anak kecil kita yang dipuji comel, dia mungkin adalah ‘friend' Facebook kita, dia mungkin seorang 'jaga' di apartment kita, dia mungkin juga peniaga kantin sekolah anak kita dan dia sudah pastinya saudara mara salah seorang daripada kita. Pelbagai kemungkinan.
Dua hari lepas, kita digemparkan dengan berita tertangkapnya seorang pedofilia yang merupakan pelajar Malaysia di universiti terkemuka London. Pelajar ini menyimpan, menghasilkan dan mengedar gambar dan video pornografi kelas A yang hakikatnya adalah penderaan seksual kanak-kanak yang ekstrim. Berapa ramai lagikah mereka ini di Malaysia?
Pada awal tahun 2015, ibubapa di UK dikejutkan dengan penemuan website pedofilia berpengkalan di Rusia yang mengandungi 41 juta keping gambar kanak-kanak. Gambar-gambar tersebut disalin dari akaun media sosial milik peribadi/keluarga mangsa dan dimuatnaik ke website tersebut yang mempunyai beratus-ratus ribu pengunjung dari seluruh dunia. Petikan dari laporan, "Most of the images are accompanied by inappropriate comments from users across the world, which show they are being used for sexual gratification.”
Bayangkan jika gambar anak-anak kecil kita juga dimuatnaik ke situ.
Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa pedofilia adalah yang belum baligh (prepubescent), lelaki dan perempuan. Di Malaysia, pada awal tahun ini, seorang bayi berusia 7 bulan dirogol suami pengasuh di Kepong. Ini bukanlah satu-satunya kes di Malaysia yang melibatkan bayi. Ada lagi yang telah dilaporkan. Beginilah betapa jahat dan sakitnya seorang pedofilia. Adakah kita tidak perlu kisah?
BAGAIMANAKAH IBUBAPA BOLEH MELINDUNGI ANAK-ANAK DARI PEDOFILIA?
1. Sentiasa ‘connect’ dengan anak-anak dan bina kepercayaan supaya kita menjadi tempat bercerita dan mengadu.
2. Ingatkan anak-anak kecil untuk tidak menyimpan sebarang rahsia antara anak dan orang dewasa yang lain. Pedofilia selalunya memujuk anak untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka.
3. Hentikan sifat malu dan segan untuk bercakap soal seksual dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak kita terdedah kepada unsur seksual di media, internet, iklan, sekolah dan paling menghampakan, di muka hadapan suratkhabar utama. Rancangan TV kanak-kanak dan siri kartun juga ada yang mengandungi unsur seksual dan menggunakan bahasa yang berunsul seksual. Kita mesti bersedia dan bersifat terbuka untuk mendidik anak-anak tentang isu seksual apabila perlu. Berbicaralah mengikut kesesuaian umur anak dengan bahasa yang difahami anak.
4. Sentiasa peka dengan gerak tubuh anak-anak yang mungkin mempamirkan sebarang ketidak-selesaan atau kegelisahan. Ambil tahulah.
5. Berhati-hati dengan paparan gambar dan video anak-anak di media sosial dan internet secara umumnya. Kenalkah kita siapa ‘friend’ dan ‘follower’ kita? Gambar-gambar anak kita mungkin di antara 41 juta gambar di website pedofilia yang disebut di atas. Sekarang ini mungkin ada pedofilia yang sedang berfantasi seksual melihat gambar anak-anak kita.
6. Ajar anak kecil tentang "appropriate and inappropriate touch". Pesan kepada anak-anak lelaki dan perempuan, bahawa tubuh-badan mereka adalah milik mereka dan tidak boleh disentuh oleh orang lain termasuklah saudara-mara terdekat ataupun mereka yang berada di rumah pengasuh/nurseri/tadika.
7. Kenalpasti urusan-urusan yang membabitkan keadaan berisiko kepada anak-anak seperti membersihkan diri selepas ke tandas, bersalin pakaian, mandi dan sebagainya dan selalulah bertanyakan mereka dalam perbualan tentang siapakah yang terlibat. Contohnya, kalau tiba-tiba anak kecil bercerita bahawa pada hari ini anak penjaga yang membersihkan dirinya selepas ke tandas, atau ada orang mengambil gambar mereka mandi, anda perlu bertindak segera.
8. Ajar anak-anak teknik YELL RUN AND TELL (JERIT, LARI DAN CERITA) sekiranya mereka disentuh oleh sesiapa yang membuatkan mereka rasa tidak selesa seperti yang telah kita tunjukkan

9. Jangan biarkan anak kecil ke tandas awam bersendirian. Iringilah anak dan tunggu sehingga anak selesai ‘berurusan’ di tandas. Kiranya kita perlu ke tandas dan anak kita berseorangan dengan kita, apa yang boleh dilakukan adalah mencari tandas awam yang mempunyai banyak unit tandas dan suruh anak kita masuk ke dalam sebuah unit tandas. Pesan kepada anak supaya terus berada di dalam unit tandas mereka yang berkunci, sehinggalah kita mengetuk dan memanggil.
10. Pasanglah parental 'control software' dan perisian saringan di komputer yang digunakan oleh anak-anak. Bersembanglah dengan anak-anak tentang bahaya ‘chat' dengan sesiapa sahaja yang dikenali di internet. Pedofilia sentiasa mencari mangsa dengan merayau-rayau di internet. Mereka pandai memujuk dan bermanis kata. Mereka juga menggunakan identiti palsu supaya mudah dipercayai oleh kanak-kanak.
11. Adakan peraturan yang mewajibkan anak-anak menggunakan komputer hanya di ruang keluarga/umum di dalam rumah. Elakkan dari membenarkan anak-anak menyimpan dan menggunakan komputer di dalam bilik tidur mereka kerana sukar untuk dipantau. Ini membuka peluang untuk pedofilia ‘masuk jarum’ kerana mereka tahu anak kita tidak diawasi.
12. Elakkan memberikan telefon pintar dengan keupayaan ber’chat’ kepada anak-anak kecil.
13. Pastikan kita kenal siapa kawan-kawan rapat anak-anak kita, begitu juga guru-guru, jurulatih dan semua remaja dan orang dewasa yang terlibat dengan anak-anak kita.
14. Jangan biarkan anak kecil ke mana-mana berseorangan walaupun destinasi yang berdekatan seperti kedai, pasar malam dan sebagainya. Pedofilia mungkin telah lama memerhatikan rutin dan gerak geri anak kita. Mereka mungkin telah pun merancang sesuatu dan hanya menunggu masa untuk bertindak jahat.
15. Bekerjasama dengan pihak nurseri/pra sekolah/sekolah anak untuk melindungi anak-anak dari pedofilia.
BAGAIMANA PIHAK NURSERI/PRA-SEKOLAH/SEKOLAH BOLEH MELINDUNGI KANAK-KANAK DARI PEDOFILIA?
1. Tidak memaparkan gambar pelajar di akaun media sosial peribadi guru dan kakitangan. Yakinkah kita ‘friend’ guru-guru bukannya pedofilia? Jika ada ibubapa yg menjadi ‘friend' guru, biarlah hanya gambar anak ibubapa itu sahaja yang dipaparkan jika dibenarkan, bukannya seluruh kelas.
2. Paparan gambar di website dan media sosial rasmi pihak sekolah perlu mendapat persetujuan (consent) ibubapa terlebih dahulu.
3. Mengawal pengambilan gambar dan video pelajar oleh guru dan kakitangan sekolah. Di sesetengah negara, guru tidak dibenarkan membawa kamera, malah telefon bimbit guru yang berkamera ditinggalkan di pejabat sepanjang waktu persekolahan untuk memastikan gambar dan video tidak dirakam sewenang-wenangnya bukan kerana urusan rasmi.
4. Banyak negara mempunyai sistem daftar-rujukan yang membolehkan sekolah dan organisasi yang terlibat dengan kanak-kanak memeriksa latar belakang mereka yang bekerja dengan kanak-kanak. Sistem ini diwujudkan untuk melindungi kanak-kanak.
5. Memantau kiranya ada kakitangan yang gemar berseloroh dengan unsur yang tidak appropriate/lucah. Ini adalah salah satu indikasi gangguan jiwa.
6. Memastikan pintu kelas mempunyai bahagian berkaca untuk melihat ke dalam kelas.
7. Tiada urusan di lakukan antara guru dan kanak-kanak di dalam bilik yang tertutup. Pintu mesti sentiasa dibuka.
8. ‘Educate' guru, ibubapa dan pelajar tentang pedofilia bagi menunjukkan keseriusan masalah tersebut.
Prihatinlah wahai ibubapa, guru-guru dan penggubal polisi. Ambil tahulah.
Sejauh mana sesuatu masyarakat itu melindungi keselamatan anak-anak melalui kesedaran, polisi dan undang-undang, membuktikan sejauh mana masyarakat tersebut menghargai kanak-kanak.
Marilah juga kita sama-sama 'connect' dengan anak-anak remaja supaya mereka tidak menjadi seorang pedofilia. Semoga Allah melindungi anak-anak kita yang merupakan amanah dari Allah swt.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Semoga anak-anak kita dilindungi Allah SWT..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Susulan dari pelajar UNIMAP jatuh dari tingkat 6 bagunan UTC
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/tiada-larangan-ambil-gambar-1.387699
ALOR SETAR - Orang ramai khususnya pengunjung UTC Kedah, di sini, dinasihatkan tidak memanjat tembok bangunan semata-mata untuk mengambil gambar kenangan.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, Majlis Bandaraya Alor Setar
(MBAS) tidak melarang pengunjungnya untuk mengambil gambar.
“Bagaimanapun, jika ingin mengambil gambar, jangan sampai memanjat tembok. Lagipun, pemandangan sekitar Alor Setar masih boleh dilihat seperti biasa.
“Pengunjung dinasihatkan tidak melakukan langkah berbahaya sedemikian hanya sebab mahu aksi tertentu dirakamkan ketika bergambar,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, menurutnya, orang awam digalakkan mengunjungi kawasan berkenaan untuk melakukan aktiviti berfaedah.
"Tingkat enam ini kawasan terbuka dan tidak berbumbung. Bagaimanapun, ia dilengkapi ciri keselamatan seperti tembok kira-kira 1.3 meter.
"Kita minta pengunjung menjaga tingkah laku, kesopanan dan keselamatan ketika berada di tempat tinggi sedemikian," katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) meninggal dunia selepas lebih 24 jam bertarung nyawa selepas terjatuh dari bangunan itu.
Dalam kejadian lewat petang Ahad berkenaan, mangsa, Muhd Nur Hadi Hamdan, 18, parah selepas terjatuh dari tempat parkir kenderaan di tingkat enam.
Difahamkan, mangsa dipercayai melompat kerana menyangka ada bumbung atau lantai rata di tingkat berkenaan, namun terus terjatuh ke tingkat dua.
Bagaimanapun, Mat Noh berkata, beliau menolak kemungkinan penuntut universiti yang terjatuh dari tingkat enam bangunan berkenaan disebabkan ingin mengambil gambar.
sumber : sinarharian.com.my



