Assalamualaikum..
Sekarang musim panas..siang ja panas..malam hujan..tu pun kekadang ja hujan malam. Yang pastinya siang tu memang panas. Kesain pulak Saya tengok kembar Hazim & Hadif..dok dalam rumah pun berpeluh. Kesian jugak bila tengok kembar berpeluh. lagi kesian bila Hazim dok depan kipas, dok bagitau yang dia panas..hadif pun sama ja tapi tak dok depan kipas. Siap dok gabuih peluh kat dahi sambi bagitau 'anaih'..tapi nak buat camna..dah panas..sabo je laaa..
Hazim menghayati kesejukan kipas angin
- Mommy Ira -
Assalamualaikum..
Haru betui kalau sampai buang baju ni..kalau lelaki tak pa la..ni pompuan tu..kira ganaih abes..kot ada something wrong kot kat pompuan tu..tapi tak pasti warga asing atau pun org tempatan..pasai ada yang kata org luaq..ada yg kata org tempatan..story lebih lanjut boleh baca ..
SHAH ALAM - Sebuah video yang memaparkan seorang wanita menanggalkan bajunya selepas dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya menjadi viral di laman-laman sosial.
Video yang berdurasi 1.52 minit dipercayai berlaku di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Video tersebut menyaksikan wanita berkenaan marah kerana dituduh tidak membayar minuman yang dibelinya dan kemudian bertindak membuka baju sebelum menanggalkan baju dalamnya.
Kerana malu dengan tindakan wanita berkenaan, peniaga terbabit dilihat membiarkan wanita tersebut dengan perlakuannya.
Pada mulanya wanita dalam video dikatakan pelancong asing tetapi identiti sebagai warga tempatan terbukti apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu.
Memetik sebuah portal berita, menurut anak pemilik restoran di kawasan terbabit, wanita tersebut memesan dua botol bir tetapi hanya membayar untuk satu botol sahaja.
Mereka kemudiannya menuntut wanita itu supaya membayar baki bil tetapi dia enggan.
Ini bukan kali pertama dia melihat wanita berkenaan di kawasan itu, dan beberapa pemilik kedai makan lain di kawasan itu juga mendakwa wanita itu juga pernah menipu mereka.
update video
sumber youtube
Assalamualaikum..

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate
473ml -RM46
Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun
Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. Cubalah sendiri dan lihat betapa kagumnya anda!
Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
- Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
- Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
- Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
- Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
- Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.
Gunakan Pada Sebarang Permukaan Yang Boleh Dicuci – Di Dalam atau Di Luar Rumah
- Dinding, tingkap dan cermin
- Kaunter dapur, jubin dan lantai
- Peralatan
- Dapur
- Hiasan kayu
- Periuk belanga
- Perabot (Jangan gunakan dalam akuarium atau tangki air pengelap cermin kereta)
Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik
Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
- 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Periuk belanga
- 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam
Tingkap dan cermin
- 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean
Lantai
- 1 sudu besar + 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
- 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam
Tahukah Anda?
- Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.
- Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.
- Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.
- Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.
- Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.
Basic H2 Tidak Mengandungi Bahan-Bahan Ini Mahupun Bahan Berbahaya Yang Lain
Keunikan Shaklee
Selamat
- Tidak toksik
- Tiada gas beracun
- Tiada bahan kimia berbahaya
- Tanpa pewangi
- Lembut pada tangan anda
- pH seimbang
- Tanpa klorin
Berkesan
- Amat berkesan menanggalkan minyak. Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen.
Mesra Alam
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
- Mudah biorosot
- Tanpa fosfat
- Bungkusan yang boleh dikitar semula
- Tanpa bahan pewarna
- Selamat untuk sistem septik dan pembentungan










