Assalamualaikum..
Tabiat menghisap jari memang perkara normal dalam kalangan
kanak-kanak. Sejak mereka mengenali jari sendiri pada usia bayi, si
kecil sudah mula menghisap jari. Walaupun sudah puas anda menarik keluar
jarinya tetapi dia tetap akan kembali menghisap jari tersebut.
Tetapi sekiranya anak sudah meningkat usia empat tahun ke atas dan masih lagi gemar menghisap jari, sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan tabiat tersebut. Kebiasaan menghisap jari akan mempengaruhi struktur pembentukan gusi dan gigi anak bahkan boleh mengganggu masalah pertuturan anak.
Oleh itu sebaiknya anda lakukan pencegahan awal sebelum tabiat menghisap jari tersebut menjadi kebiasaan kepada anak anda.
Mengalihkan perhatian anak
Biasanya tabiat ini akan dilakukan apabila anak tidak membuat sebarang aktiviti atau semasa dia sedang asyik menonton televisyen atau hendak tidur. Ruang masa yang santai membuatkan anak cenderung melakukan tabiat ini. Oleh itu alihkan perhatiannya ketika dia sedang berkhayal dengan mengajaknya membuat aktiviti. Mungkin apabila sibuk membuat aktiviti, anak anda akan melupakan tabiat tersebut dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.
Bermain di luar
Kadang kala ada anak yang akan berasa malu untuk melakukan tabiat buruknya sekiranya berada di luar rumah dan di kelilingi kawan-kawan. Maka dengan mengajak anak beriadah dan bermain di luar rumah dapat mengurangkan sekaligus melupakan tabiat menghisap jarinya. Apatah lagi sekiranya anak anda melihat kawan-kawannya yang tidak mempunyai tabiat tersebut, tentu ini akan menyedarkannya.
Terangkan keburukan
Anak-anak kecil perlu diberikan penerangan tentang sebab dan mengapa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara. Anda perlu menerangkan kepadanya tentang kesan buruk jika suka menghisap jari seperti bakteria dari tangan akan masuk ke dalam perut dan dia akan mudah mendapat penyakit. Mungkin awalnya anak tidak mengendahkan penerangan anda tetapi lama-kelamaan ingatan itu akan lekat di memorinya.
Bersabar
Kesabaran anda diperlukan ketika berhadapan dengansituasi ini. Jangan mudah berputus asa dan marah sekiranya anak masih lagi tidak menghentikan tabiatnya. Mengajar kanak-kanak memerlukan kesabaran yang tinggi kerana mereka adalah golongan yang mengambil masa untuk memahami sesuatu penerangan.
majalah Pa&Ma
Assalamualaikum..
Rasa letih dan lesu adalah perkara normal yang berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Adakalanya rasa itu tetap tidak hilang walaupun sudah mendapat tidur yang secukupnya apatah lagi sekiranya ibu sukar mendapatkan tidur yang lena.
Masalah insomnia adalah ketidakupayaan tidur pada waktu malan, yang pastinya akan mengganggu keselesaan anda di siang hari. Kebanyakan wanita hamil berasa keletihan melampau pada trimester pertama kehamilan. Ia adalah normal!
Ini merupakan cara badan anda memberitahu yang anda memerlukan rehat secukupnya. Pada trimester kerdua pula, keletihan hilang dan digantikan dengan perasaan sihat dan bertenagan. Tetapi pada trimester akhir pula, rasa keletihan kembali semula.
Mengapa ibu berasa terlalu letih?
Bayi dalam kandungan hidup selama 24 jam dan metabolismanya sentiasa bekerja walaupun ketika waktu tidur ibu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada tindak balas badan anda.
Semakin anda membesar, tidur menjadi semakin sukar. Pergerakan bayi, larian ke bilik air, berpeluh di waktu malam dan peningkatan kadar metabolism badan mungkin mengganggu tidur anda. Begitu juga dengan masalah kaki kejang yang pastinya mengejutkan tidur malam anda.
Bagaimana meredakan keletihan dan mengelakkan insomnia?
*Berbaring pada sebelah kiri anda.
*Gunakan bantal untuk menyokong di bahagian belakang badan, kepit di antara lutut dan bawah perut anda.
*Amalkan tabiat tidur yang baik seperti masuk dan bangun tidur pada waktu yang sama setiap hari dan gunakan katil hanya untuk tujuan tidur dan hubungan kelamin.
*Tidur awal.
*Tidur sebentar jika anda tidak mendapat cukup tidur pada waktu malam.
*Minum air yang diperlukan pada awal hari, jadi anda hanya perlu minum sedikit sahaja beberapa jam sebelum waktu tidur.
*Cuba mandi air suam. Perubahan suhu sebaik anda selesai mandi mungkin menenangkan dan mudah untuk anda tidur.
*Minum susu suam ketika waktu tidur.
*Cuba urutan menenangkan.
*Cuba menonton TV atau membaca sehingga anda berasa mengantuk.
majalah Pa &Ma
Assalamualaikum..
PETUA Tradisional Melayu
Petua SAKIT KAKI
Berdiri terlalu lama ataupun alah dengan makanan tertentu boleh menyebabkan anda sakit kaki. Hal ini mungkin menjadi punca badan anda masuk angin. Kemudian, kaki mulalah terasa sengal-sengal. Terutamanya pada bahagian tapak kaki dan seterusnya meresap ke tulang.
Sehubungan itu, masalah ini boleh anda atasi dengan menggunakan DAUN MENGKUDU.
Apa yang patut anda lakukan dengan beberapa helai daun mengkudu adalah;
1. Salai daun mengkudu dengan api.
2. Selepas itu, balutkan saja daun itu pada kaki yang sakit.
Sekiranya kaki anda masih lagi terasa sakit, ulangi saja langkah di atas dengan menggantikan daun mengkudu yang baru. Lakukannya beberapa kali sehinggalah keadaan kaki anda kembali seperti biasa.
Selamat mencuba..
- Mummy Ira -








