Assalamualaikum..
Lazimnya, bibir kita mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan ia mengandungi sedikit melanin, yang mana perlu bagi perlindungan terhadap sinar matahari. Oleh itu, anda haruslah sentiasa melindungi bibir anda daripada matahari dengan menggunakan produk bibir dengan perlindungan SPF UVA /UVB. Anda disyorkan menyimpan satu dalam beg atau ditempat yang senang dicapai. Ingatlah bahawa bibir hendaklah sentiasa dilindungi.
Kekal terhidrat
Salah satu tip yang berkesan ialah minum banyak teh hijau dan air sepanjang hari kerana bibir kering dan mengelupas adalah satu petunjuk bahawa badan anda kurang air. Jadi isi penuh gelas anda dengan air dan minum!
Jangan menjilat bibir anda
Bibir anda kurang berpeluh dan kelenjar minyak menjadikan ia mudah terdedah kepada dehidrasi. Oleh sebab itu, anda cenderung untuk menjilat bibir apabila ia mula kering. Namun ini hanya akan memberikan kelegaan sementara, kerana realitinya adalah ia boleh memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula air liur cepat tersejat, jadi bibir akan menjadi lebih kering daripada sebelumnya. Cuba untuk tahan diri dan gunakan produk yang boleh melembapkan bibir anda, bukannya menjilat bibir sepanjang hari.
Ambil vitamin
Percaya atau tidak, kekurangan vitamin boleh menjejaskan keseluruhan badan kita tidak kira fizikal atau jasmani. Seterusnya kekurangan ini akan membawa kepada bibir mengelupas atau kering. Sehubungan dengan itu, pastikan anda amalkan pemakanan yang sihat dan pertimbangkan untuk mengambil multivitamin harian termasuk vitamin B, C dan E untuk memelihara bibir anda dari luar dan dalam.
Makan secara sihat
Diet yang sihat juga penting untuk bibir kelihatan cantik. Jika kita kekurangan asid lemak, berkemungkinan bibir juga akan terjejas. Bahkan juga, manfaat Omega 3 sangat menakjubkan untuk kulit dan bibir kita. Ikuti tip-tip mudah seperti di atas dan anda juga boleh mengelakkan bibir kering dan mengelupas menjadikan bibir anda lebih cantik apabila dipandang.
Sumber
Assalamualaikum..
Saja nak share pic Saya dari Instagram..banyak lagi pic dalam instragram tu..tapi Saya buh yang ni ja..kalau nak tengok pic apa lagi yang ada boleh tengok kat Instagram Saya k..
Assalamualaikum..
Bila tengok vespa ni mesti teringat kat arwah Bapak..sebabnya vespa ni diwarisi turun temurun..dari arwah Tok Bak..arwah Bapak dan dapat kat kami 3 beradik..ada juga yang mintak nak beli..tapi kenangkan memori arwah Bapak n Mama dengan vespa ni..so kami tak mau jual. Arwah Bapak selalu cerita kat kami..masa mudanya..vespa ni cukup glamer..kira sapa yang ada vespa ni bergaya abes.
Arwah Bapak naik vespa ni berdua dgn My Mom pegi balik dari kerja..kira vespa ni banyak berjasa untuk mereka..tapi bila dah dapat kami 3 beradik ni..jarang dah naik..banyak naik kereta ja..vespa ni ni pun tak gerak mana..terperuk ja kat situ. Tapi lepas Arwah Bapak meninggal..kami 3 beradik dah kawen..baru teringat nak baiki vespa ni..Cik Husband kata nak baiki..biasa la bila dah lama tak guna..mmg start enjin tak hidup la. Bila dah baiki, hidup balik la vespa ni..Cik Husband polish la sikit2.. kaler vespa tu pun dia tak tukar..biar dengan kaler tu jugak..cuma handel ja buh kaler pink. Boleh la naik pelan2 pusing taman..bawak anak2 jalan.
Saya rasa, sekarang pun dah tak ramai yang naik vespa ni..ada tu ada tapi susah nak jumpa ..kiranya vespa ni pun dah vintage n boleh jadi barang antik. Memori yang memang takkan saya lupakan ' Vespa Putih Bapak'.
- Mommy Ira -