Kisah Budak Tahfiz 11 Tahun, Juara Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan 2016.
3/14/2016 04:06:00 PTG
Assalamualaikum..
*Rasanya, ada dah yang baca ksah Tahfiz Muda ni..tak pa..Saya share sekali lagi ya…
ALKISAH INTERVIEW BUDAK TAHFIZ 11 TAHUN TADI.
Di Majlis Musabaqah Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan 2016.
Sy: Sejak bila adik kenal dan mula membaca alquran.
Tahfiz: Sejak umur 4 tahun bang, Sy belajar muqaddam dan alquran tahun yg sama.
Sy: Mula menghafaz bila ye? Dan mcmana cara adik ingat hafazan?
Tahfiz: Sy start baca betul2 dan khatam alquran umur 10tahun bang, eh silap, 8thn bang, Sy baca hari2. lepas tu nenek sy kata ulang pembacaan hari2 dlm setiap solat. Sy amalkan.
Sy: Termasuk solat sunat ke?
Tahfiz: Ye bang, termasuk dalam tahajud, taubat dan lain2.
Sy: Tak tinggal ke solat tahajud semua tu?
Tahfiz: Tak bang, start umur 10tahun sy amal kan dan tak tinggal.
Sy: gulp
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
(ya allah.. malunya aku dgn dia ya allah. Dia mampu amalkan tahajud setiap malam tanpa GAGAL)
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
*Interview pula Nenek (penjaga) adik Haiqal (tahfiz tadi).
Sy: Ceritakan sikit pasal cucu puan..
Nenek: Dia anak pertama drpd 5 adik beradik. Dia tinggal dgn sy sejak mak ayahnya berpisah. Bermula umur setahun lebih..
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
(Ya allah...lagi sekali sy tersentap, meskipun dilanda ujian perhatian dan kasih syg ibu ayah, namun adik haiqal kuat menghadapinya?)
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Sambung neneknya: Dia xde kelebihan apa pun...cuma nampak kemahiran dia dlm pembacaan alquran apabila dia cepat belajar.. dan dia berminat mengulang kaji sendiri..sekurang2nya 5 kali sehari dia akan mengaji dan menghafaz.
Sy: Macamana puan sendiri bantu dia?
Nenek: Bila kita suruh dia buat sesuatu. Kita perlu turut serta. Takkan suruh dia mengaji, kita tak mengaji kan? Jadi sy akan luang masa dan ajar setiap sesi dia mengaji. Dia siang sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Di sekolah agama tu lah sebenarnya dia banyak belajar mengaji. Sy cuma bantu pantau pembacaannya je..
Sy: Setiap hari ke puan akan pantau dia?
Nenek: Yup, sy sendiri perlu tunjukkan komitmen sy sebelum sy minta komitmen dia utk mengaji. Kadang sy sakit...pening...tak larat.. sy tetap luang masa mengaji dgn dia. Sampaikan pasar malam dekat rumah sy pun sy xpenah pegi dah semenjak dia mula mengaji.
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
(Ya allah... ini komitmen penjaga ya allah... aku sebagai seorang bapa juga kadang xmampu luang masa melihat anak mengaji
Aku betul2 sebak kali ini. Air mata mula memenuhi empangan.
Malu aku pd adik haiqal..
Malu aku pd anak isteriku..
Malu aku padamu ya allah..)
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Selesai sesi interview, adik haiqal bangun, salam neneknya dan sy terdengar...
"Nenek, haiqal minta maaf ye sbb tak jawap soalan abg tu elok2 mcm nenek cakap"
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Ya allah... berlinang air mata aku terus mengenangkan akhlak seorang budak berumur 11 tahun ini ya allah.. Mampukah aku mendidik anak ku seperti didikan seorang nenek pd cucunya haiqal ini???
-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-
Adik haiqal adalah Haiqal Firdaus Mohd Jaafaruddin.
Juara hafazan negeri johor dan sekarang beliau adalah peserta termuda yg sedang bertanding pertandingan hafazan peringkat kebangsaan yg sedang berlansung sepanjang minggu ini di Ipoh
Semoga Allah permudahkannya..
Semoga Allah beri ibu bapa seperti kita kekuatan nenek haiqal dlm mendidik alquran.
Semoga anak kita juga mahir alquran seperti adik haiqal.
Amin..amin..amin ya allah..
kredit #sifumedia
Assalamualaikum..
Ih laaa..dah bekurun guna henpon..baru tau cara nak buat ( ² ) kecik ni..tekan no 2 tu lelama..timbui la 2 kecik tu..tu la malu bertanya sesat jalan..nampak sangat blur bab-bab henpon ni..nasib baik dah tau cara dia..tak sesat dah..tapi Saya rasa atas jenis henpon jugak kot..ada yang boleh ada yang tak..selamat mencuba..
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
nota: untuk mereka yang bergelar HAWA...kongsilah maklumat ini....mungkin satu hari - ia sangat berharga dan bermakna!
1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi dimana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?
Pakar memberitahu :
Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.
2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?
Pakar memberitahu :
Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.
3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?
Pakar memberitahu :
Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!
4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?
Pakar memberitahu :
Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.
5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?
Pakar memberitahu :
Masuk kedalam kedai atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.
kredit fb Syahril A. Kadir'