Beberapa bulan lalu, negara digemparkan seketika dengan cuaca serta suhu dingin hinggakan sebuah daerah di negeri pantai timur mencecah suhu serendah 17 darjah Celsius.
Rupa-rupanya tidak lama kemudian, Allah uji pula kita dengan musim panas sehingga sampai satu ketika suhu kali ini dikatakan panas luar biasa. Suhu yang panas bukan saja mengeringkan keadaan sekeliling, malah membuatkan tumbuh-tumbuhan mati kekeringan.
Tidak sekadar itu, beberapa negeri di Semenanjung menghadapi krisis bekalan air hingga terpaksa dicatu akibat penyusutan tadahan air di kebanyakan empangan.
Pakar berkaitan meramalkan suhu panas bakal berlanjutan untuk tempoh panjang dan ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kerana kita terancam dengan pelbagai krisis seperti kebakaran hutan dan penyakit.
Tidak cukup dengan cuaca panas, Malaysia terpalit dengan jerebu yang membimbangkan hingga beberapa tempat mencapai kualiti udara tidak sihat. Malah, ada sekolah di beberapa kawasan diarah tutup buat sementara.
Klimaks kepada ujian yang menimpa negara tentulah tragedi kehilangan pesawat MH370. Sehingga artikel ini ditulis, pakar dari pelbagai negara hanya mampu mengemukakan teori mengenai kehilangan pesawat itu. Namun, di mana sebenarnya pesawat ini masih menjadi rahsia Allah.
Ketika negara menjadi perhatian berikutan kehilangan pesawat ini, dengan tidak diduga Allah melimpahkan rahmat-Nya melalui hujan yang membasahi bumi negara sejak beberapa hari lalu.
Ia sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan yang kita alami sejak diuji dengan pelbagai ujian. Saya percaya, ujian demi ujian yang Allah rencanakan untuk kita antara tanda betapa Allah merindukan doa hamba-Nya yang semakin ‘sunyi’ sejak akhir-akhir ini.
Lumrah kebanyakan manusia, ketika senang, kita terlalu mudah lupa untuk meminta kepada-Nya. Ketika senang juga kita selalu kekurangan masa untuk berhubung dengan Allah melalui solat, qiamullail dan doa.
Jika solat pun mungkin tidak khusyuk kerana memikirkan pelbagai tugas dunia yang belum disempurnakan. Usai bersolat, kadangkala kita tak sempat berdoa, sebaliknya terus bingkas bangun dari sejadah untuk mengejar dunia.
Kerana itu apabila ditimpa ujian, manusia akan kembali kepada Allah melalui ibadah dan puji-pujian kepada-Nya. Betapa kasihnya Allah kepada kita, diberi peringatan supaya kembali kepada-Nya.
Peringatan ini juga sebenarnya menyelamatkan kita daripada terus melakukan kemaksiatan yang mengundang azab-Nya kelak.
Namun begitu, dalam masih diuji, kita dikejutkan pula dengan kisah kematian beberapa pengunjung sebuah konsert yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini. Dikhabarkan, punca kematian disebabkan pengambilan dadah yang dibekalkan pihak tidak bertanggungjawab.
Memang tidak dinafikan, penyalahgunaan dadah sememangnya haram di sisi agama mahupun perundangan negara. Namun sebenarnya, sebagai negara Islam yang menjadi contoh kebanyakan negara lain, kita sepatutnya membuka mata dengan lebih luas untuk memandang lebih daripada itu.
Di dalam Islam, ada sebuah kaedah dipanggil ‘Sadd Az-Zara’e’. Kaedah ini ialah dengan menutup ‘pintu’ yang menjadi punca kepada pelbagai masalah lebih besar
Yang pasti, ‘pintu’ kepada isu dadah yang menyebabkan kematian ini adalah penganjuran konsert yang sebenarnya tidak sesuai dijadikan aktiviti untuk diisi golongan remaja.
Selain mengundang percampuran tanpa batas antara lelaki dan perempuan, ia terdedah kepada dosa besar lain seperti minum arak, zina, pengabaian solat dan banyak lagi kemaksiatan lain.
Jika tiada kebenaran diberi untuk penganjuran konsert seperti ini, bukan saja kes kematian akibat dadah dapat dielak, malah pelbagai lagi ‘bencana’ seperti kelahiran anak luar nikah serta penyakit berbahaya seperti AIDS.
Allah menimpakan pelbagai ujian dan musibah untuk membuatkan hamba-Nya berfikir. Namun jika hamba-Nya masih tidak mahu berfikir, tidak mustahil Allah bakal menimpakan azab bukan saja kepada kepada si pelaku maksiat, bahkan kepada seluruh manusia di negara ini. Nauzubillahiminzalik.
Oleh Mohd Hassan Adli Yahaya