Assalamualaikum..
Saya pun tak tau sapa penulisnya..hanya share dari group whatsapp..
------------------------------------------------------------------------------------
BODOHlah kau ni!"
Bos
memarahi pekerjanya, seorang kerani. Salah fotostat dokumen. Mulutnya membebel
dan memaki sesedap rasa hatinya.
Kerani
tersebut hanya mampu meminta maaf.
"Kerja
mudah macam ni pun tak boleh buat dengan betul! Apa entah. Takkanlah aku
sendiri
lak nak fotostat. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Meeting dah tak lama ni!"
lak nak fotostat. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Meeting dah tak lama ni!"
Kelam-kabut
si kerani yang setahun jagung bekerja tu cuba betulkan balik.
Office
hour pun tamat. Semua orang balik rumah masing-masing.
Si kerani
singgah di kedai mamak. Roti canailah. Dah seharian, tak sempat nak makan sebab
terlampau banyak kerja nak diselesaikan. Tengah-tengah dia makan, dia dengar
riuh-rendah dalam kedai makan. Orang ramai berkerumun.
Dia
tengok, bosnya terlentang di atas lantai. Mungkin serangan jantung. Orang
tengok saja, rata-rata ada yang kenal. Tapi, tak sanggup nak tolong. Buat hal
masing-masing. Si kerani tak sanggup nak tengok bosnya dalam keadaan begitu.
Segera pergi mendapatkannya. Call ambulans.
Ambulans
sampai dan bawa mereka ke hospital. Si kerani menemani. Sampai di hospital,
akhirnya bos sedar balik. Si kerani berada di samping bosnya dari awal sampai
sedar. Tak tinggal.
"Bos
dah okay? Kalau macam tu, saya balik dulu. Saya dah hubungi keluarga bos. Kejap
lagi nanti sampailah tu."
Bos
menahannya.
"Kenapa
kau tolong aku?"
Si kerani
tersenyum.
"Bos
hanya bos di tempat kerja saya. Bukan bos di luar tempat kerja. Di dalam, saya
kuli. Di luar, kita macam saudara. Dah jadi tanggungjawab saya tolong saudara
sendiri."
"Tapi,
aku dah layan kau dengan buruk di pejabat."
Si kerani
jawab,
"Tak
mengapa. Saya tak simpan dalam hati. Memang saya masih tak cekap buat kerja.
Tak cukup pengalaman. Maafkan saya banyak buat silap."
Bos
terdiam lama.
"Maafkan
aku."
Si kerani
hanya tersenyum.
"Bos
ada hak nak marah saya. Tak perlu minta maaf. Cuma, kalau boleh, bos kena
consider sesuatu juga."
Bosnya
berkerut kening.
"Apa
dia?"
Si kerani
membalas,
"Bos
kena buang rasa AKU dalam diri bos. 'AKU bos' jadi orang lain kena tunduk pada
aku. 'AKU hebat, AKU kaya, AKU paling berkuasa, AKU punya syarikat, AKU seorang
yang betul orang lain salah, ikut suka AKU-lah sebab AKU gah!'. Bos lupa, di
atas hebatnya AKU adalah Allah.
Bos kena
ingat, status dan segala yang bos ada sekarang bukannya kerana bos berusaha
kuat, tapi kerana Allah yang berikan atas dasar Dia Maha Pemurah. Ramai lagi di
luar sana yang berusaha, tapi belum berjaya. Orang bawahan bos, bukannya robot.
Mereka juga ada hati dan perasaan. Sebagaimana bos mahu direspek, mereka juga
ingin ada rasa dihormati.
Lihatlah
macam tadi, bila bos sakit, ada saja staf-staf lain yang nampak, tapi mereka
buat tak peduli. Sebab sakit hati ingat layanan bos, moody, marah sesuka hati.
Bukan bos seorang ada masalah. Semua orang ada masalah. Kan lebih baik, kita
sama-sama bertimbang rasa dan bertolak-ansur.
Bos hanya
layan mereka yang pandai memuji dan ambil hati bos untuk kepentingan peribadi.
Sedangkan yang buat kerja dengan lebih telus dan rajin adalah orang yang lain.
Orang pandai mengampu, naik pangkat. Orang yang tidak rapat, diabaikan."
Bosnya
terdiam.
"Apa
jadi kalau aku teruskan dengan sikap lama?"
Kerani
berkata perlahan,
"Nabi
s.a.w. tak amalkan sikap tu semua walaupun Baginda adalah ketua segala-galanya
dalam urusan dunia.
Kalau
teruskan, pada hari mati bos nanti, tengoklah ada atau tak orang yang nak
datang ziarah."
Bosnya
terus sebak. Menitis air mata. Barulah dia sedar, dia cuma manusia biasa. Hanya
seorang hamba.
Berada di
atas bukan selamanya.
Suatu hari kita juga akan berada di bawah.
Di bawah timbunan tanah..
cnp/share dari whatsapp group
Suatu hari kita juga akan berada di bawah.
Di bawah timbunan tanah..
cnp/share dari whatsapp group