Jom Kita Sokong Dan Beli Produk Muslim Dalam Usaha Meningkatkan Ekonomi Dan Pendapatan Umat Islam
8/29/2019 10:15:00 PTG
Assalamualaikum
Ok..hari ni Mommy nak cerita sikit pasai produk Muslim.
Confirm korang tau psai produk Muslim ni. Dulu memang kita tak dengaq sangat
pasai produk Muslim pasai tak diklankan sangat, tapi la ka, kita boleh tengok
banyak dah produk Muslim yang ada kat pasaran. Boleh google ja cari info
tentang apa-apa produk Muslim.
sumber google
Sebelum Mommy terlupa, nak habaq mai..entry ni.. tak dak naaaa istilah nak suruh boikot barangan
lain.. nak suruh angpa mai ikut dok belakang Mommy untuk kita pi tibai peniaga cina... oiii Mommy tak larat nk buat semua tu!! Mommy sebagai orang Islam dan pengguna produk muslim memang la tau kempen BOIKOT PRODUK CINA yang heboh tu tapi Mommy tak da la nk suruh hangpa boikot segala macam jenis. Boikot tak boikot tu atas pandangan masing². Kalau ikutkan tak payah nak bangkitkan istilah boikot ni. Boleh mencetuskan perbalahan ja. Kadang-kadang Mommy pun ada juga guna dari produk yang lain.
Cuma lebih baik kalau kita menyokong produk Muslim kita sendiri. Pasai apa??? Haa meh nk habaq bagiii
Kita sokong produk Muslim ni bertujuan untuk bagi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara. Bagus juga dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam. Kalau kita tak sokong sapa lagi nak sokong? Kita sokong tapi tak payahlah sampai nak buka isu boikot sebabnya bagi Mommy, kan baik kalau pengguna dari bangsa lain juga boleh terbuka hati untuk guna produk Muslim. Bukan 1 kesalahan pun kalau guna produk Muslim. Fahamkan, kita hidup di negara yang ada berbilang bangsa dan kaum. Masing-masing ada hak masing-masing sebagai pengguna.
Cuma lebih baik kalau kita menyokong produk Muslim kita sendiri. Pasai apa??? Haa meh nk habaq bagiii
Kita sokong produk Muslim ni bertujuan untuk bagi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara. Bagus juga dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam. Kalau kita tak sokong sapa lagi nak sokong? Kita sokong tapi tak payahlah sampai nak buka isu boikot sebabnya bagi Mommy, kan baik kalau pengguna dari bangsa lain juga boleh terbuka hati untuk guna produk Muslim. Bukan 1 kesalahan pun kalau guna produk Muslim. Fahamkan, kita hidup di negara yang ada berbilang bangsa dan kaum. Masing-masing ada hak masing-masing sebagai pengguna.
sumber google
Ok..bila kita pi beli barang mesti kita akan tengok cop
halal JAKIM. Tambah pula kalau makanan. Tu pun ada jugak yang was². Sama dengan
Mommy pun..mesti nak beli barang tu tanpa was². Benda mudah.. kalau korang
was², produk Muslim kan ada.
Macam Mommy pun lama dah guna produk Muslim ni.
Perlahan-lahan tukar penggunaan kearah produk Muslim. Tak payah susah-susah nak cari cop halal ka
tak, sebabnya dah confirm² halal. Makanya nak makan dan guna pun tak payah nak fikir
banyak, tak payah nak was². Macam beras, Mommy guna beras Faiza, minyak Saji,
kicap Mudim. Semuanya ni boleh ja beli kat mana² pasaraya.
sumber google
Selalunya kita ni kalau kata produk Muslim mesti kata jenis
makanan, tapi dia tak terhad untuk makanan ja. Macam² ada macam barangan rumah,
pakaian, alat make up dan banyak lagi. Antaranya Faiza , Saji, Alif, Mak Siti, Nurasya, DAG® dan banyak lagi. Contoh
nak cari make up yang mesra solat, mesra wuduk boleh cari produk Nurraysa Beauty. Kalau susu pulak boleh
cari jenama Suffy. Untuk makanan
baby boleh cari Baby Sadoo. Kalau
Mommy nak list 1 per satu memang banyak.
Banyak ja produk Muslim di pasaran, cuma yang kurang adalah
sokongan daripada orang islam kita sendiri. Sokongan dari orang Islam
sangat penting sebab banyak lagi produk Muslim yang masih berada di pinggir
bandar. Maybe produk Muslim ni ada sedikit kekurangan, dari segi pengedaran,
kualiti, promosi. Ni lah masanya kita menyokong produk Muslim dengan membelinya
dan menyebarkannya. Kita pun bukan menolak terus produk orang lain tapi kita
nak beri keutamaan kepada produk orang Islam. Jangan pula kita fikir negatif
bila kita fikir produk Muslim ja tak baguih..tak baik. Semua produk ada baik
ada buruknya.
Ada yang kata susah nak dapat produk muslim kat pasaraya.
Mommy rasa tak semua yang ada. Maybe dengan kos lagi, tak banyak pengusaha kecil
produk Muslim boleh masuk produk ke pasaraya. Jadi ada di antara mereka hanya
memilih pasar tani atau kedai-kedai kecil untuk memasarkan produk mereka.
Salah 1 cara tanda kita menyokong produk muslim ni, bila
kita beli dan jumpa produk muslim, kita viralkan. La macam² cara boleh kita
viralkan. Semuanya guna media sosial. Lagi hebat kalau tengok papan iklan
billboard. Selalunya kita boleh tengok tepi² highway. Macam² iklan produk
muslim yang ada.
Tapi yang paling menarik perhatian Mommy iklan billboard
tepi highway dari DAG®. Tau dak pasai pa nampak menarik..sebabnya sorang model
lelaki ni peluk bantai. Tak besa lagi la Mommy tengok iklan bantai ni. Nampak
simple ja iklan dia. Dok ingat sapa la yg peluk bantai tu..comei ja. Google
punya google rupanya model tu owner produk tu sendiri. Usahawan muda yang tengah meningkat
naik, Das Abdul tuan empunya Das Abdul Global DAG® yang berasal dari
Kelantan. Menarik sebab jual bantal. Mesti ramai yang kenai Das Abdul sebabnya
tagline dia peluk bantal. Nampak best ja dia peluk bantal tu. Alhamdulillah,
bertambah lagi keluaran produk muslim.
Kalau kita tengok, la banyak sangat dah produk muslim yang
ada dipasaran dan semuanya dari usahawan bumiputera dan semuanya telah berjaya.
Antaranya D'herbs, D'nars dan banyak
lagi. Bila dah berjaya maka bertambahlah hasil zakat yang akan dikeluarkan. Dan
zakat ni pulak akan diagihkan kepada golongan asnaf. Moga usahawan-usahawan ni
terus dimurahkan rezeki.
Haa satu lagi Mommy nk habaq, sebagai seorang Muslim kita kena utamakan produk Halal.. kalau ada keluaran bumiputera lagilah baguih sebab macam Mommy kata tadi..bila depa makin untung depa boleh bayar zakat untuk agih balik kat golongan asnaf. Jangan mulut saja sebut jom sokong produk melayu, boikot produk Cina tapi alih-alih hanya sebut kat media sosial ja..hakikat sebenar bila pi pasaraya ke hapa main beliii ja ikut suka hati...
sumber google
Mommy habaq sebab Mommy buat.... mommy tulis ni pun bukannya kerana bersifat perkauman ka boikot ka.. No! Mommy tak layak lagi nak masuk hal ni sebab Mommy sendiri bukannya sapa-sapa... lagipun Mommy malas bab-bab boleh bawa ke arah politik. Cuma yang Mommy rasa sedih sebab banyak sangat produk keluaran Muslim terpinggir dan Mommy juga sedih bila ada produk yang suka suka guna nama yang ada unsur Islamik sampai mommy sendiri naik pening.
Ok yang ni kot yangMommy nak cerita.
Jangan pula fikir apa yang Mommy tulis ni bersifat perkauman ka boikot ka. Tak dak kaitan pun. Mommy hanya nak kita sokong produk Muslim dan kalau ada bangsa lain boleh beli produk muslim, lagilah bagus!! Hak tu lagiiii Mommy suka. Jom kita support dan beli ke produk Muslim. Mudahkannn…
Ok yang ni kot yangMommy nak cerita.
Jangan pula fikir apa yang Mommy tulis ni bersifat perkauman ka boikot ka. Tak dak kaitan pun. Mommy hanya nak kita sokong produk Muslim dan kalau ada bangsa lain boleh beli produk muslim, lagilah bagus!! Hak tu lagiiii Mommy suka. Jom kita support dan beli ke produk Muslim. Mudahkannn…
~~~~~~~~~~
Mommy
Ira