Assalamualaikum..
Jom baca..sesetengah dari kita tak berapa nak paham tentang label makanan Kod-E ni. saya share dari laman web http://www.myhealth.gov.my/
Aditif Makanan Daripada Perspektif Halal
Apakah
Makanan Halal?
Sebagai pengguna Muslim, sudah tentu kita
ingin mendapatkan makanan yang halal sebagai sumber tenaga harian kita. Perkara
utama yang perlu dititikberatkan dalam soal ramuan sesuatu makanan itu adalah
mengenal pasti sumbernya sama ada ia halal atau tidak.
Sesuatu makanan yang halal diperoleh
daripada sumber yang halal
iaitu yang berlandaskan hukum
syarak :
1. Daripada haiwan yang halal dimakan
2. Daripada haiwan halal yang telah
disembelih mengikut syarak
3. Tidak dihasilkan daripada proses
pembuatan arak
4. Bukan daripada najis, darah dan bangkai
5. Bukan daripada mana-mana bahagian manusia
atau hasil daripadanya (contoh : rambut)
6. Selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.
Bagaimana
Untuk Mengetahui Makanan Yang Dimakan Adalah HALAL, SELAMAT DAN SUCI?
Di Malaysia, kita boleh mendapatkan
makanan halal dengan cara mengenal
pasti logo HALAL Malaysia atau badan Islam yang diiktiraf oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada label
makanan tersebut.
·
Melalui
pengesahan logo tersebut, kita sebagai pengguna telah diberi jaminan bahawa
setiap produk tersebut telah menjalani pemeriksaan
ketat dan terperinci bermula daripada penerimaan bahan mentah
sehingga ke peringkat pengedaran produk.
·
Kita
juga tidak perlu bimbang mengenai sumber bahan ramuan bagi produk tersebut
kerana pihak berkuasa telah memastikan ia diperoleh daripada sumber yang halal.
Namun begitu, tidak semua produk di pasaran mempunyai
sijil halal. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai status halal sesuatu
produk, anda perlu menyemak senarai
ramuan pada label pembungkusan produk tersebut dan kenal pasti sumbernya.
Jika dilihat pada label pembungkusan
makanan anda, banyak terma
yang kedengaran asing pada pengguna awam apatah lagi untuk
mengenal pasti adakah ia bersumberkan haiwan atau tidak.
Selain daripada komponen utama produk,
terdapat bahan yang
ditambah dalam makanan untuk tujuan tertentu dan ia dikenali
sebagai ADITIF MAKANAN.
Aditif makanan adalah bahan yang selamat dimakan yang ditambah secara sengaja
ke dalam makanan dalam kuantiti
yang sedikit bagi tujuan teknologi tertentu, tetapi tidak
termasuk vitamin dan mineral.
Tujuan penggunaan aditif makanan adalah untuk memberi kesan atau fungsi teknologi
seperti :
·
Meningkatkan
kualiti makanan
· Meningkatkan
daya persembahan dengan menjadikan makanan lebih menarik daripada segi rupa,
tekstur, warna, rasa dan konsistensi
·
Menambah
keenakan makanan
·
Memanjangkan
jangka hayat penyimpanan makanan.
Aditif makanan dikelaskan mengikut
beberapa kategori
iaitu :
1. Bahan pengawet
2. Bahan pewarna
3. Bahan perisa
4. Penambah perisa
5. Antioksida
6. Kondisioner makanan.
Mengikut
keperluan pelabelan dalam Peraturan
Makanan 1985, produk makanan yang mengandungi bahan aditif perlu menyatakan jenis atau kategori
bahan aditif yang terkandung di dalam produk tersebut pada
senarai ramuan seperti berikut :
“Mengandungi (jenis aditif makanan yang berkenaan)
yang dibenarkan”
Contohnya :
“Mengandungi
pengawal asid dan penstabil sebagai kondisioner makanan
yang dibenarkan”
|
Selain itu,
terdapat juga aditif makanan yang dilabelkan
pada pembungkusan makanan menggunakan sistem
kod E-number.
E-number ialah nombor rujukan aditif makanan yang digunakan
di peringkat antarabangsa
yang setiap satunya mempunyai nombor
pengenalan yang unik dan tersendiri
bagi mewakili
setiap jenis aditif.
Jadual 1 : Sistem kod E-Number mengikut kelas
aditif makanan
Kod E-Number
|
Kelas
Aditif
|
E100
- E199
|
Pewarna
|
E200
- E299
|
Pengawet
|
E300
- E399
|
Antioksida, pengawal keasidan
|
E400
- E499
|
Kondisioner makanan
(pemekat, penstabil, pengemulsi) |
E500
- E599
|
Pengawal keasidan, anti-caking
|
E600
- E699
|
Penambah perisa
|
E700 - E799
|
Antimikrob
|
E900 - E999
|
Lain-lain jujukan (Glazing agent, pemanis)
|
E1000 - E1999
|
Kimia tambahan
|
Untuk keterangan lanjut mengenai E-number, sila layari The Codex General Standard for Food Additive (GSFA)
Rajah
1 : Contoh pelabelan aditif makanan yang menggunakan kod E-Number
Status Halal Aditif Makanan
Aditif makanan
ini boleh dihasilkan daripada sumber :
·
haiwan
·
tumbuhan
·
sintetik,
bergantung kepada jenis aditif tersebut.
bergantung kepada jenis aditif tersebut.
Kekeliruan
terhadap status halal aditif makanan timbul apabila tersebarnya khabar angin bahawa
ramuan kod E diperoleh daripada sumber yang tidak halal.
Lebih memburukkan
keadaan apabila maklumat yang disampaikan itu langsung tidak tepat dengan
mewujudkan propaganda bahawa sebarang ramuan yang dilabel dengan kod E adalah
haram dan bersumberkan khinzir/babi.
Penyebaran
maklumat yang palsu oleh individu yang tidak bertanggungjawab telah mencetuskan
kebimbangan dalam kalangan pengguna Muslim.
Perlu diberi
penjelasan di sini bahawa melabelkan semua aditif makanan tersebut sebagai haram adalah tidak tepat, sebaliknya
lebih sesuai dilabelkan sebagai bahan aditif yang kritikal atau diragui
daripada perspektif halal berikutan ia berkemungkinan
daripada sumber yang meragukan seperti haiwan.
Dua aspek utama
perlu dititikberatkan sekiranya aditif tersebut daripada sumber
haiwan :
haiwan :
·
pastikan
ia bukan
daripada haiwan yang haram
(contoh : khinzir/babi, anjing)
·
jika
daripada haiwan yang halal dimakan, pastikan haiwan tersebut telah disembelih mengikut syariat Islam.
Tambahan pula,
tidak semua aditif makanan itu diragui statusnya. Ini kerana terdapat aditif makanan
yang dihasilkan daripada tumbuhan
dan/atau sintetik
dan dikategorikan sebagai tidak
kritikal.
Persoalan yang
sering diterima mengenai status halal aditif makanan adalah bagi kod E400-E499 iaitu kondisioner makanan
(pengemulsi, pemekat dan penstabil). Namun begitu, tidak semua yang diragui,
sebaliknya lebih menjurus kepada kategori pengemulsi kerana sumber penghasilan
bahan kategori ini adalah daripada lemak
atau minyak.
TETAPI tidak semua bahan tersebut bersumberkan
bahan lemak atau minyak haiwan kerana terdapat sumber alternatif daripada lemak atau minyak
sayuran (contoh : kelapa sawit, jagung, soya) untuk menghasilkan bahan aditif
tersebut.
Untuk mendapatkan
keterangan lanjut mengenai sumber bahan tersebut, pengguna perlu menyemak
dan mendapat kepastian daripada pengeluar,
pengilang atau pihak berkuasa yang mempunyai autoriti dalam
perkara ini seperti :
1.
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2.
Jabatan
/ Majlis Agama Islam Negeri (JAIN/MAIN).
Berikut adalah
senarai aditif makanan yang KRITIKAL
yang perlu diberi perhatian oleh pengguna sebagai panduan dalam menentukan
status halal bagi produk yang TIADA
PENGIKTIRAFAN SIJIL HALAL daripada pihak berkuasa :
Kod
E
|
Kelas
Fungsi
|
Aditif
Makanan
|
Sumber
|
E153
|
Pewarna
|
Carbon
Black /
Vegetable
Carbon
|
Arang
daripada :
|
E322
|
Pengemulsi
/ Antioksida
|
Lecithins
|
|
E334
|
Pengawal
keasidan
|
Tartaric
acid
|
|
E335
|
Sodium
Tartrate
|
||
E336
|
Potassium
Tartrate /
Potassium
Hydrogen Tartrate /
Cream
of Tartar
|
||
E422
|
Pelembap
(Humectant)
|
Glycerol
/ Glycerin
|
Sumber
lemak / minyak dan terbitannya
|
E432
|
Pengemulsi
|
Polyoxyethylene (20) Sorbitan
Monolaurate /
Polysorbate 20 /
Tween 20
|
|
E433
|
Polyoxyethylene
(20) Sorbitan Mono oleate /
Polysorbate
80 /
Tween
80
|
||
E434
|
Pengemulsi
|
Polyoxyethylene
(20) Sorbitan Monopalmitate /
Polysorbate
40 /
Tween
40
|
Sumber
lemak / minyak dan terbitannya
|
E435
|
Polyoxyethylene
(20) Sorbitan Monostearate /
Polysorbate
60 /
Tween
60
|
||
E436
|
Polyoxyethylene
(20) Sorbitan Tristearate /
Polysorbate
65 /
Tween
65
|
||
E470
|
Pengemulsi
/
Penstabil
|
Sodium
and
Potassium
and
Calcium
salt of fatty acid
|
Sumber
lemak / minyak dan terbitannya
|
E471
|
Mono
and Diglycerides of fatty acid
|
||
E472
|
Various
Esters of Glycerol
|
||
E473
|
Sucrose
Esters of glycerol
|
||
E475
|
Polyglycerol
Esters of fatty acid
|
||
E476
|
Polyglycerol
Esters of polycendensed fatty acid of Castor Oil / polyglycerol
Polyricinoleate
|
||
E570
|
Anti-caking
|
Stearic
Acid
|
Sumber
lemak / minyak dan terbitannya
|
E572
|
Anti-caking
|
Magnesium
Stearate
|
Sumber
lemak / minyak dan terbitannya
|
E920
|
Pelbagai
(miscellaneous)
|
L-Cysteine
Hydrochloride
|
|
Penggunaan aditif L-Cysteine, daripada
sumber bulu haiwan yang halal dimakan adalah harus sama ada ia diambil semasa
hidup atau selepas disembelih mengikut hukum syarak sebagaimana yang telah
diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Sebaliknya penggunaan L-Cysteine daripada rambut manusia adalah haram digunakan.
Diharapkan aritikel ini dapat memberi
penjelasan tentang keraguan terhadap status halal aditif makanan kod E dalam
kalangan para pengguna Muslim.
Rujukan :
- Codex General Standard for Food Additives, Codex Stan 192-1995.
- Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM), 3rd Edition of Handbook of Halal Food Additives, 2010.
- Hanssen, M. and Marsden, J.E for Additives, 1978.
- Ministry Of Health Malaysia, Food Regulations 1985, International Law Book Services, 1978.
kreditPn. Farah Azura binti Khalilhttp://www.myhealth.gov.my/ | ||||