Assalamualaikum..
Putus haid atau menopause adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita
itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya. Ia terjadi apabila ovari
berhenti menghasilkan telur. Selalunya ia terjadi secara perlahan-lahan dalam
suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes dimana ia berlaku
secara tiba-tiba dan cepat. Jangka waktu yang diambil untuk mengalami putus
haid secara terus dipanggil perimenopause. Ia akan mempengaruhi hormon, tubuh
badan dan perasaan. Satu lagi istilah yang diberi kepada jangka waktu yang
diambil oleh seorang wanita semasa perubahan dari tahap kesuburan tinggi kepada
ketidaksuburan ialah 'climateric'.
Semasa perimenopause, pengeluaran estrogen dari ovari semakin berkurangan dan perlahan. Ini menyebabkan paras hormon tidak stabil. Ketakstabilan paras hormon inilah yang menyebabkan beberapa perubahan tertentu dalam wanita yang putus haid. Masa selepas putus haid pula dipanggil postmenopause. Terdapat juga kes dimana terdapatnya 'artificial menopause' iaitu putus haid yang berlaku secara bukan semulajadi. Misalnya di dalam kes pembedahan pembuangan ovari yang rosak ataupun terpaksa dibuang oleh sebab terdapatnya ketumbuhan. Dalam kes seperti ini, putus haid berlaku dengan cepat dan tiba-tiba tanpa melalui proses perimenopause.
Mengapa Berlakunya Putus Haid?
Organ yang bertanggungjawab dalam menghasilkan hormon ialah hipotalamus, pituitari dan ovari. Hipotalamus dan pituitari terletak di dalam otak manusia manakala ovari terletak di kedua-dua belah uterus. Keseluruhan sistem ini pula dipanggil sistem endokrin. Hipotalamus akan menyambungkan otak kita dengan sistem endokrin dan akan mengawal kitaran haid dengan bertindak ke atas pituitari.
Kitaran haid selalunya mengambil masa purata 28 hari. Semasa 14 hari pertama dalam kitar, yang dikenali sebagai fasa folikel, (jika hari pertama diambil dari hari pertama pendarahan haid berlaku) hipotalamus akan menghantar isyarat kepada pituitari untuk merembeskan hormon perangsang folikel (FSH). FSH ini akan merangsang sel telur atau folikel di ovari untuk membesar. Semasa folikel membesar, ia akan menghasilkan estrogen yang akan menyebabkan lapisan pada dinding uterus menebal dan seterusnya bersedia untuk pelekatan telur.
Semasa setiap kitaran haid, satu folikel akan menjadi lebih dominan dan akan terus membesar dan sel telur yang lain akan mati. Semasa lebih kurang hari ke 14 kitaran, hipotalamus akan menghantar satu lagi isyarat ke pituitari untuk mengaruh pembebasan hormon luteinizing (LH). LH menyebabkan folikel yang dominan tadi dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopian di mana ia akan menunggu untuk dipersenyawakan. Proses ini dikenali sebagai ovulasi.
Pada folikel tersebut, sel yang ada akan mengganda dan berhubungan di antara satu sama lain untuk membentuk korpus luteum (jasad kuning). Korpus luteum akan berterusan menghasilkan estrogen pada kuantiti yang sedikit di samping menghasilkan satu lagi jenis hormon dalam kuantiti yang banyak iaitu progesteron. Progesteron merangsang sel di dinding uterin untuk merembeskan nutrien yang akan menggalakkan pertumbuhan telur jika ianya dipersenyawakan. Jika telur tersebut tidak dipersenyawakan, korpus luteum akan menjadi semakin kecil dan berhenti merembeskan progesteron dan estrogen. Tanpa hormon-hormon ini, sel di dinding uterin akan mati dan bersama darah dan sedikit mukus, akan menghasilkan menstruasi.
Sebelum haid bermula, paras rendah estrogen dan progesteron akan memberi isyarat kepada hipotalamus untuk memulakan kitaran semula. Hipotalamus kemudiannya akan menghantar isyarat ke pituitari dan kitaran bermula sekali lagi.
Semasa kelahiran seorang bayi perempuan, ovarinya mempunyai lebih kurang 2 juta telur. Apabila dia mula untuk mempunyai haid, terdapat hanya kira-kira 75 ribu yang tinggal. Selepas akil baligh, 8-10 telur membesar setiap bulan. Selalunya salah satu daripadanya akan matang. Kira-kira 10 tahun sebelum menopause, ovari akan mula ketiadaan telur, kesuburan berkurang, penghasilan estrogen berkurangan dan kitaran haid menjadi tidak normal. Pituitari akan terus merembeskan FSH dan LH dengan harapan untuk mengaruh ovari, jadi paras FSH dan LH meningkat.
Apabila menopause semakin hampir, ovulasi berhenti, begitu juga penghasilan progesteron. Semasa sebelum menopause, estrogen akan dihasilkan seperti biasa dan oleh kerana ketiadaan progesteron, penebalan dinding tidak dapat dikawal. Oleh itu, apabila pendarahan berlaku, ia menjadi lebih banyak dan menyebabkan kesakitan. Apabila menopause berlaku, ovari akan berhenti menghasilkan estrogen.
Walaupun ovulasi telah berhenti, bahagian pusat ovari berterusan menghasilkan dua hormon iaitu androstenedione dan testosterone. Selain dari ovari, kelenjar adrenal yang terletak di atas ginjal, juga akan menghasilkan kedua-dua hormon tersebut termasuklah progesteron dan estrogen dalam kuantiti yang sedikit. Hati, ginjal, adrenal, otak dan sel lemak mengambil androstenedione di dalam peredaran dan menukarkannya kepada estrogen dan testosteron. Jika bekalan estrogen adalah sentiasa stabil, kelenjar adrenal dapat menolong mengurangkan perubahan-perubahan yang dialami semasa menopause.
Diet yang sihat dan senaman yang cukup juga akan membantu. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan (15% sehingga 25% lemak) supaya terdapat lemak yang cukup untuk penukaran androstenedione kepada estrogen.
Bila Berlakunya Putus Haid?
Purata umur berlakunya menopause ialah 51.2 tahun. Ini bermakna setengah dari kesemua wanita akan mula berhenti mengeluarkan haid sebelum umur ini dan setengah lagi akan mula berhenti mengeluarkan haidnya selepas umur ini. Kira-kira 8% wanita akan mengalami putus haid sebelum umur 40 dan kebanyakannya akan mengalaminya pada umur 58 tahun.
Penyebab putus haid awal (kurang dari 40 tahun):
* pembedahan pembuangan ovari
* terapi radiasi ke atas ovari
* beguk
* pengurangan kromosom
* malnutrisi teruk
* penyakit autoimun
* merokok
Wanita juga boleh mengalami putus haid lewat, iaitu selepas umur 55 tahun. Jika ini berlaku, pastikan anda membuat ujian Pap Smear, pemeriksaan pelvik, mammogram dan pemeriksaan buah dada yang kerap. Doktor anda haruslah tahu yang anda masih mempunyai haid. Ini adalah kerana kadang-kadang, pendarahan abnormal dari vagina boleh berlaku.
Selain itu, wanita yang merokok menopause 2 tahun lebih awal berbanding wanita yang tidak merokok. Secara amnya, masa untuk wanita mencapai menopause berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Ianya tidak bergantung pada bangsa, kelas, mengandung atau tidak, menyusukan anak atau tidak, corak kesuburan, penggunaan pil perancang, ketinggian, umur semasa kedatangan haid pertama atau umur semasa mengandung kali terakhir.
Adakah Terdapat Sebarang Ujian Untuk Memastikan Putus Haid?
Simptom-simptom yang dialami tidak semestinya menandakan seseorang wanita itu telah mengalami putus haid. Salah satu cara untuk memastikan samada anda putus haid ialah dengan menyukat paras FSH. Ini kerana apabila ovari gagal menghasilkan estrogen, paras FSH meningkat akibat rangsangan pituitari untuk penghasilan estrogen. Jadi, paras FSH yang tinggi adalah suatu bukti yang menunjukkan bahawa anda telah putus haid. Doktor anda akan memberitahu samada anda mengalami perimenopausal atau menopause apabila melihat keputusan ujian ini.
Tanda dan Simptom Putus Haid
Apabila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang. Selain itu, terdapat simptom-simptom lain yang akan turut berlaku iaitu:
* Kesakitan sendi
* Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara
* Sakit kepala
* 'Hot flushes'
* Tidak boleh tidur
* Perubahan mood
* Kekeringan bahagian vagina
* Peluh di waktu malam
* Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid
* Perpeluhan yang teruk
* Kencing yang kerap
Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut. Pengalaman seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti:
* Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara
* Sakit kepala
* 'Hot flushes'
* Tidak boleh tidur
* Perubahan mood
* Kekeringan bahagian vagina
* Peluh di waktu malam
* Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid
* Perpeluhan yang teruk
* Kencing yang kerap
Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut. Pengalaman seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti:
1. STRESS - Banyak masalah dan dugaan hidup boleh
menyebabkan tekanan kepada wanita. Terutamanya jika masalah melibatkan isu
percintaan, hubungan kekeluargaan dan rumahtangga serta kewangan. Wanita mudah
melenting dan marah-marah ketika stress.
2. SIKAP - Sikap sesetengah wanita yang 'perfectionist', 'particular' atau cerewet pula akan menyebabkan fikiran mereka dibelenggu dengan perkara remeh-temeh dan kurang penting. Sikap seperti ini hanya akan menyebabkan orang sekelilling tidak selesa dengan wanita.
3. KEYAKINAN DIRI - Tahap keyakinan wanita mudaha naik dan turun. Ketika berkeyakinan tinggi, wanita menjadi sangat penyayang dan gembira. Sebaliknya ketika kurang keyakinan, wanita akan rasa sedih dan sepi hingga menyebabkan mereka begitu sensitif.
4. HORMON - hormon wanita berubah di sepanjang kitaran. Ia menjadi antara sebab utama wanita cepat 'angin'. Sebelum haid, ketika haid dan menjelang menopause, wanita akan rasa tidak selesa, sakit serta mudah letih. Keadaan ini mempengaruhi mood wanita.
2. SIKAP - Sikap sesetengah wanita yang 'perfectionist', 'particular' atau cerewet pula akan menyebabkan fikiran mereka dibelenggu dengan perkara remeh-temeh dan kurang penting. Sikap seperti ini hanya akan menyebabkan orang sekelilling tidak selesa dengan wanita.
3. KEYAKINAN DIRI - Tahap keyakinan wanita mudaha naik dan turun. Ketika berkeyakinan tinggi, wanita menjadi sangat penyayang dan gembira. Sebaliknya ketika kurang keyakinan, wanita akan rasa sedih dan sepi hingga menyebabkan mereka begitu sensitif.
4. HORMON - hormon wanita berubah di sepanjang kitaran. Ia menjadi antara sebab utama wanita cepat 'angin'. Sebelum haid, ketika haid dan menjelang menopause, wanita akan rasa tidak selesa, sakit serta mudah letih. Keadaan ini mempengaruhi mood wanita.
CARA TANGANI SIKAP 'MOODY'
1. KONGSI PERASAAN - Buka fikiran dan hati
anda, berbincang dan berkongsi perasaan boleh melegakan. Wanita harus belajar
meluahkan perasaan yang mereka alami supaya lebih mudah untuk pasangan
memahami. Sebagai pasangan, berilah sokongan dengan menjadi pendengar yang
baik. Memendam perasaan hanya akan memburukkan lagi keadaan.
2. KAWAL EMOSI - Elakkan dari terbawa-bawa
dengan perasaan anda. Jika perasaan dapat mengawal fikiran, 'mood' yang sedikit
tidak baik akan menjadi bertambah buruk. Sebaliknya, gunakan fikiran anda untuk
mengawal perasaan.
3. FIKIR RASIONAL - Gunakan kuasa minda anda yang positif dan
rasional untuk mengawal 'angin' yang mendatang. Anggaplah semua yang yang
berlaku adalah perkara biasa sebagai lumrah hidup seorang wanita. Bayangkan
betapa buruknya kesan dari orang sekeliling anda apabila anda gagal mengawal
'mood' anda
4. LAKUKAN AKTIVITI KEGEMARAN - bermain bowling, berenang,
membaca, melukis atau apa sahaja aktiviti kegemaran anda mungkin dapat
membantu. Ambil sedikit masa untuk diluangkan samada bersendirian atau bersama
kawan-kawan bagi melakukan aktiviti kegemaran anda. Aktiviti seperti ini sedikit
sebanyak dapat melegakan 'mood' anda.
5. JAGA PEMAKANAN - terdapat sesetengah makanan dipercayai
boleh membantu memperbaiki 'mood' anda. Makanlah lebih karbohidrat yang
'ringan' seperti bijirin, lebihkan pengambilan buaha-buahan dan serat. Jangan
tinggalkan sarapan pagi anda. Sesetengah makanan tambahan seperti omega-3,
kalsium-magnesium dan b-complex dapat membantu anda menghadapi saat-saat
'moody' ini.
Bagi kaum wanita, kita semua akan alami masalah ni. Antara cepat atau tak dan bagaimana cara kita nak hadapi masalah ni.
sumber google