Assalamualaikum..
Perkara biasa kalau kita barangan sekolah anak-anak kita macam alat tulis, kaler pensil kalau asyik tak cukup. Biasa la tu, budak² ni ada yang alert tentang barang depa ada yang tak. Sama jugak la dengan kembar pun. Hari hari kot Mommy pesan kat depa, lepas guna simpan elok² dalam bekas pensil dalam beg. Boleh pesan ja laaa. Ada hari ok ada hari Mommy nak jadi singa la jugak.
buat masa la kembar bawa yang 12 batang ja
yang 36 batang ni memang tak dibenarkan
bawa pergi ke sekolah. .kalau yang 12 batang pun
boleh hilang apatah lagi 36 batang..
Nak tau barang cukup tak cukup time kemas buku sekolah depa. Confirm ada ja barang yang hilang. Kalau tanya banyak sangat, bukan boleh dapat balik pun. Makanya kena kerap pesan jaga barang elok elok. Tapi biasalah tu budak budak..sementara nak faham bab jaga barang sendiri..ambik masa juga laa. Tak mau pi beli kerap, Mommy memang dah buat stok alat tulis ni.
Cuma untung tang kaler pensil ni tak payah beli kerap. To pup ja balik. Macam mana Mommy to pup balik. Mommy kumpul balik kaler pensil yang Haziq guna masa sekolah rendah. Dulu bila hilang, tak cukup kaler tu, beli lain. Yang lebih tu Mommy simpan elok² dalam 1 bekas. Mai kembar masuk sekolah jenuh jugak nak beli kerap kaler pensil. Makanya bila hilang kaler apa² Mommy boleh topup balik. Cumanya bila sesatu kaler tu dah habis guna, tak dak topup dia dah, memang yak boleh buat apa. Kena beli lain la jawapnya. Tapi buat masa la ok lagi la topup. Memang ada banyak tips, tak mau bagi kaler pensil hilang, buat tali kat hujung setiap batang kaler pensil tu macam renyah pulak. Makanya Mommy buat cara Mommy ja. Setakat la nak habis sekolah ni, ok lagi la cara yang Mommy guna ni. Janji bila ada kaler yang hilang, ada topup kaler tu.
Tapikan, perkara biasa la kalau barang depa hilang ni. Jangan jemu pesan kat depa, jaga barang elok, koi lama koi depa faham la tu. Nanti depa akan belajar macam mana nak jaga barang depa sendiri. Apa pun kita sebagai parent ni jangan marah-marah, sabo je lahhhh.
~~~~~~~~~~~
Mommy Ira