Assalamualaikum..
Saya : 'Jom selfie' .
Bidadari saya : 'Selfie ke?.. Segan la.. '
Saya : 'dgn suami sendiri pon segan selfie.. Kita tak nak selfie dgn pompuan lain. Dgn sayang je.'
Bidadari saya : 'ok... Cheese
Elakkan berselfie berdua dgn bukan mahram.
bukan tak mahu berselfie dgn adik-adik, kakak-kakak...
nanti bila berselfie kena rapat-rapatkan muka...
tak manis kan... risau mengundang fitnah. selepas ini kalau terserempak dgn saya. Harap sangat kaum hawa tak ajak saya berselfie
Bidadari saya seorang pendiam, suka tunduk muka ke bawah /alihkan muka kalau org pandang dia. Bukan bermakna dia sombong. Dgn saya pon dia malu nak bergambar. Ada peluang bergambar dgn rakan artis lelaki saya pon, tidak mahu ambil. Inikan nak org luar. (Jadi bersangka baiklah). Jgn hukum orang jika kita tak kenal. Dia mmg susah utk didekati.
Jangan samakan wajah Bidadari saya dgn sesiapa.
Senyum selalu
Selalu berlapang dada
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
P/s: masing-masing ada cara menggelar dan menghormati pasangan halalnya. Saya kurang suka panggil isteri saya dgn sebut bini, orang rumah.... Lebih suka dengan menyebut Isteri dan Bidadari.
Hak masing-masing . Saya Cina, jadi kalau ada ejaan dan penggunaan yg rasa tak sesuai. Sy minta maaf.
Sila jaga kata-kata. Ayat-ayat yg berbaur hasutan, provokasi, sindir menyindir, memperlekehkan satu sama saling dan makian, saya akan delete demi menjaga ukhwahfillah sesama kita. Kita kan saudara seIslam.
Mr & Mrs Adam Corrie
www.adamcorrie.my
kredit fb ADAM CORRIE