Rempah Ratus Mak Siti Kembalikan Rasa KeAslian Rempah Seperti Dulu Kala
6/03/2019 11:25:00 PG
Assalamualaikum
Dah jadi lumrah
masyarakat Malaysia kalau masakan mesti wajib masukkan rempah ratus. Jika
tidak, makanan yang disediakan akan terasa kosong tak rasa apa.Kalau kita
tengok di pasaran pelbagai jenama rempah ratus yang ada. Pilih ja yang mana
kita suka.
Tapi salah 1 jenama
yang pasti kita tak ragu² bila guna untuk masakan sudah semestinya REMPAH RATUS MAKSITI.Rempah-rempah keluaran Mak Siti rasanya seperti rempah digiling macam
dulu-dulu.
Walaupun telah dipek
dan dipasarkan, rempah ratus mak siti yang dihasilkan menggunakan bahan segar
dan dikisar menurut standard kualiti yang tinggi, pastinya mudah untuk korang
sediakan resepi-resepi kegemaran anda di rumah tanpa perlu risau rasa masakan
berubah daripada yang kebiasaannya.
Rempah Ratus Mak
Siti merupakan hasil kerja kuat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd
Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya. Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat
Nasuha Enterprise Sdn Bhd.
40 tahun dalam
pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang
‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan
rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.
Rempah Mak Siti
adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan
sesuai bagi vegetarians.
Produk rempah
ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket
(TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin)
Antara produk utama
rempah MAK SITI adalah..tengok kat sini pun ada..
Serbuk rempah kari daging
Serbuk
rempah kari ikan
Serbuk rempah kicap daging
Serbuk rempah kicap ikan
Serbuk rempah kari makanan laut
Serbuk rempah sup kepala ikan
Serbuk rempah beriani
Serbuk cili
Serbuk rempah sup
Serbuk rempah sup soto
Serbuk rempah rendang
Sup tulang
Sup punjut
Sup Soto & Raja Sup
Syarikat kini telah
membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket
biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol. dan mendapat
sambutan yang amat menggalakkan.
Emping cili ( chili flake )
Serbuk cili
Daun limau purut
Serbuk daun limau purut
Serbuk kayu manis
Serbuk halia
Serbuk lada putih
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
Mak Siti ada
sediakan beberapa panduan resepi bagi sesiapa yang baru nak belajar masak
dengan menggunakan rempah Mak Siti. Pasti sedap. Boleh tengok resepi di sini.
SEJARAH AWAL REMPAH MAK SITI
Setiap orang yang
berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang
kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal
adalah idaman ramai orang.
Tapi ramai yang
tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang
akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga
menjadikan mereka terkenal.
Sebelum meneruskan
legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa
pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani
di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat
oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.
Sewaktu mula-mula
bekerja adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa
situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok
belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika
itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti
Khawa pada ketika itu.
Antara pengalaman
yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang
daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu
ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti
Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu
dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.
Tonggak utama Puan
Siti khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat
kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada
asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak
asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK
SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas
Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah
Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).
Pada tahun 2000,
keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila
perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas
tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya
perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus.
Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014
sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang
6000 species rempah ratus dan herba.
RESTORAN MAK SITI
RESTORAN MAK SITI
Selain daripada
mengusahakan ladang Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran .
Bagi Mak Siti,
keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu
yang disediakan oleh beliau sendiri. masakan Melayu tetap dilihat sebagai
antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan
masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan
rempah asli atau bahan asas yang segar. Dan yang menarik tentang restoran
ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG.
Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama
Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada
pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam
botol setaraf dengan jenama antarabangsa.
Selamat maju jaya kepada Mak Siti..moga terus dimurahkan rezeki..
Website : www.maksiti.com
Instagram : rempahratusmaksiti
Facebook : REMPAH RATUS MAK SITI
Whatsapp : 017 330 9330
Factories &
Plantation:
Batu 12, Ladang
Rempah Ratus & Herba
Jalan Muar - Pagoh,
84500 Muar,Johor
Darul Takzim,
Malaysia.
Telephone
(+606) 9737 508/509
Fax
(+606) 9737 507
Marketing Office:
No. 1 & 3, Jalan
Jujur 2, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala
Lumpur,
Malaysia.
Telephone
(+603) 9171 5200
Fax
(+603) 9171 0590
Email:
nasuha@maksiti.com
or admin@maksiti.com
~~~~~~~~~
Mommy Ira