Assalamualaikum..
Kena pulak hari ni nak kena jumpa doktor..memang klam kabut. Mana nak hantaq Haziq Muqri lagi ke sekolah..dengan jalan jem pasai ayaq naik. banyak jalan yg jem. Lambat jugak la. Tapi nak buat camna..ayaq naik tak naik..memang kena redah jugak la pelan pelan.
taman perumahan Saya pun ayaq naik
jalan nak keluar ke Jalan Pegawai
jalan langgar hala ke hospital besar
jalan nak keluar ke Jalan Pegawai
jalan langgar hala ke hospital besar
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Lagi seronok makan tepi sawah..my pak sedara buat cam meja kat tepi tu..kira temapt makan boleh..tempat berehat pun boleh. Dah cam bekelah pulak dengan anin sepoi2 bahasa..makan pun bertambah.
Mai kat petang, masa yang sesuai untuk pancing ikan..kami dok melangut tengok kezen pancing ikan tak pasti la pulak dapat ikan ka tak..sebabnya kami dok nak balik dah.
Memang seronok kalau sekali sekala balik kampung ni. Sekurangnya dapat juga kita rasa suasana yg lain dari suasana kat pekan nuu..
- Mummy Ira -
Hafiz Muda, Jihad Al Maliki Yang Buta Penglihatan Tapi Hatinya Tidak
8/30/2015 04:48:00 PTG
Assalamualaikum..
Video seorang hafiz muda, Jihad Al Maliki, seorang kanak-kanak buta penglihatan. Matanya buta tapi hatinya tidak. Mula menghafal quran sejak umur 5 tahun - skrg beliau berumur 7 tahun. Mampu ingat dengan pantas ayat berapa, surah apa, juz berapa, hizb berapa, ayat muka surat kanan atau kiri, ayat pada muka surat berapa. Tahu ayat-ayat lain yg bersamaan di dalam quran. Masyaallah.
Mungkin berkat ibunya yang sering mendengar alunan quran sejak mengandungkan beliau sehingga beliau berumur 5 tahun. Orang kata hafal quran itu sangat sukar, tapi untuk dirinya sangat mudah katanya.
- Mummy Ira -
The Azman Sisters - Aika, Aifa dan Aira Trio Beradik Pelapis Squash Negara
8/29/2015 01:50:00 PG
Assalamualaikum..
Ha..sapa Aika, Aifa dan Aira Azman ni. Maybe ada yang kenai maybe ada yang tak kenai. Tapi kalau sapa ikut sukan squash..konpom kenai. Apa yang menariknya, depa ni 3 beradik. Yang lagi menariknya 3 org beradik ni jugak aktif dalam sukan squash. Kiranya dok main squash la dan trio beradik pelapis squash negara. Main untuk wakil Malaysia dan untuk kejohanan tempatan dan juga antarabangsa.
Banyak juga kejohanan tempatan dan juga antarabangsa yang depa masuk..cam yang terbaru ni. Kan keluar paper pasai Aira telah muncul juara Aifa dapat no 2 di Kejohanan Squash Hong Kong Junior Open 2015 yang berlangsung dari 12 hingga 16 Ogos lepas.
Yang terbaru ni Aifa turut serta dalam Asian Junior Squash Championships in Teheran, Iran. Berita gembira sebab Aifa juara dalam kategori (girls’ Under-15). Tahniah
Asian Junior Squash Championships
Camna Saya boleh kenai 3 beradik ni. Memang kenai laaa..depa ni orang Kedah. Aika sekarang kat sekolah bukit jalil. Aifa sek men convent exStudent Sek Keb Jln Pegawai dan Aira student Sek Keb Jalan Pegawai. Dah tau lama dah 3 beradik ni main squash cuma kisah depa tak keluaq paper sangat. Rasanya kalau ada kejohanan tempatan atau antarabangsa..nama depa mesti ada tapi dalam paper the star.
Semoga Aika, Aifa dan Aira terus berjaya dan cemerlang dalam sukan squash. Tumpang bangga dengan kejayaan anak anak Kedah.
kredit pic dari fb kak Anis Haniza Ahmad
- Mummy Ira -
Assalamualaikum..
Saya dok tengok jugak tv tapi tak selalu sangat ikut setiap rancangan tu..cuma baru2 ni My Sis ada tanya..Saya ada tengok tak iklan raya Go Shop. Yang Nenek tunggu cucu balik tu. Memang Saya tak tengok..kot ada tak perasan. My Sis kata iklan tu lebih kurang cam My Mom..sebabnya My Mom kan peminat Go Shop.
Tak puas hati..saya cari dalam youtube..bila Saya tengok..ye laaa..lebih kurang. Salah 1 channel faveret My Mom..channel Go Shop. Tapi tak la sampai camtu. Cuma iklan tu nak tunjuk betapa Si Nenek tu suka sangat dengan Go Shop ni. Tunjuk kat My Mom..gelak ja diaaa...
Rasanya ada yang dah tengok iklan ni..