Cara Mudah Buat Kerisik Kering

By Zahirah Dzahir - 8/22/2018 12:48:00 PTG

Assalamualaikum..

Salah 1 bahan yang penting untuk masakan seperti rendang  ialah Kerisik. Tapi bukan untuk rendang sahaja, kari ayam/daging, air asam pun boleh buh kerisik. Kalau ada yang tak tau, kerisik ni di buat daripada kelapa / nyok. Mommy panggei nyok ja senang.

Ada yang beli ada yang buat sendiri. Mommy tak pernah beli, sebabnya dok buat sendiri.



Nak buat kerisik ni pun ada macam-macam cara dia jugak. Ada yang goreng tanpa minyak kemudian tumbuk  ka giling sampai lumat sampaipecah minyak. Macam Mommy pulak tak buat yang kerisik pecah minyak tu. Mommy buat yang kering. Ni hasil tunjuk ajar dari Mama Mommy. Sebabnya Mama Mommy tak suka yang lembut tu. Lagi pun kerisik kering ni tahan lama dan mudah simpan

Mommy buat dalam kuantiti yang banyak..lebih kurang sekilo. Buat banyak-banyak senang simpan nanti tak kelam kabut nak guna. Macam mana Mommy buat..ni caranya..

Nyok mesin Mommy beli kat pasar. Mommy BAKAR dalam oven. Kita adjust suhu oven tu. Mommy guna suhu yang kipas, haba tu berpusing kena semua. Guna oven ni kita kena tunggu tapi tak payah nak kacau kerap. Sesekali bukak tengok, kacau takut hangit. Macam biasa agak nampak gelap sikit. Tutup suis biar kejap baru mesin kering. Mesin jangan sampai pecah minyak. Agak-agak pecah halus, simpan dalam bekas tuppaware ka bekas yang kedap udara. Lepas tu simpan dalam peti ais untuk tahan lama.

Mudahkan, nak guna pun..anytime ja tak payah susah-susah nak pergi beli..tak payah susah-susah sekali makan baru nak buat. 









Selamat mencuba

~~~~~~~~~~~

Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!