Sedikit Perkongsian Tentang Fungsi 'Intubate' dari Fb Cikgu Mohd Fadli Salleh

By Zahirah Dzahir - 7/03/2021 12:22:00 PTG

Assalamualaikum..

Mommy ada baca dalam fb Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang Intubate ni. Mai masalah Covid ni baru kita dengar tentang pesakit kena intubate. Ada yang faham ada yang tak tentang intubate ni. Jadi, Cikgu Fadli ada kongsi sikit info tentang apa fungsi intubate ni. Pakat boleh baca di bawah

------------------------------


kredit fb cikgu mohd fadli salleh

Semalam, Dr dari Hospital Tumpat join video call bersama adik-beradik kami bagitahu situasi semasa abah.
Dr bertanya, adakah kami para waris benarkan pihak hospital melakukan CPR dan juga intubate jika keadaan memerlukan.
Semua terkedu. Kami tak tahu nak jawab apa. Intubate ni bermakna 'tidurkan' abah dan mesin akan bantu abah bernafas. Pembacaan bebas aku kat media sosial tentang 'tidurkan' pesakit covid ini menyeramkan.
Ada dakwaan ia langkah hospital untuk 'matikan' pesakit. Pesakit dikomakan dalam tempoh intubate.
Pembacaan dari artikel seperti itu memang menakutkan kami untuk membuat keputusan. Ia satu keputusan yang sangat sukar untuk kami jawab.
Malam tadi, jam 1 pagi aku wasap sahabat baik aku, Dr Ahmad Zakimi Abdullah, Dr Pakar Kecemasan & Trauma di HSI yang merawat ribuan pesakit covid terutama yang kronik.
Abang Zek terus respon. Bahkan minta izin untuk call terus. Susah wasap katanya. Abang Zek tak ada syorkan aku untuk terima atau tolak surat persetujuan untuk CPR dan intubate.
Tapi beliau menjelaskan situasi pesakit covid, risiko, apa fungsi 'ditidurkan', apa efek dan apa kelebihan. Secara ringkasnya ini yang Abang Zek cerita kat aku :
1. Virus covid bila serang paru-paru pesakit, ia membuatkan pesakit sukar bernafas. Dan mereka bernafas dalam kesakitan.
2. Doktor akan bantu dengan oksigen biasa dan ubat yang mampu tambah oksigen dalam darah. Pada peringkat ini, pesakit biasanya dalam stage 3 atau 4.
3. Sekiranya kadar oksigen makin menurun dan bantuan oksigen biasa tidak mampu menaikkan kadar oksigen, maka keputusan terakhir ialan intubate. Ni stage 5, stage terakhir untuk pesakit covid.
4. Virus covid ni merebak sangat cepat dalam badan. Biasanya pesakit dari stage 4 menuju ke stage 5 berlaku dengan pantas.
5. Pesakit yang di'intubate' ni akan dibius penuh seumpama nak lakukan pembedahan. Fasa ini yang kita panggil 'ditidurkan' atau 'dikomakan'.
5. Pesakit perlu dibius penuh kerana proses intubate sebenarnya sangat menyakitkan.
6. Selepas 'ditidurkan', mesin ventilator akan mengambil alih tukas paru-paru untuk mengeluarkan karbon dioksida dan memasukkan oksigen. Mesin bantu pesakit bernafas.
7. Masa ni pesakit boleh rehat. Mesin yang bantu bernafas. Ia membantu membetulkan masalah kegagalan dan kecederaan paru-paru.
8. Golongan warga emas usia lebih 65 tahun adalah golongan yang berisiko tinggi.
9. Tiada tempoh masa tertentu pakai ventilator ini. Ada yang sembuh cepat, ada yang lambat. Ramai yang berjaya sembuh, dan ada yang dijemput Tuhan.
10. Ia salah satu ikhtiar dalam ilmu perubatan untuk merawat pesakit covid.
11. Doa. Doa. Doa. Ini senjata paling ampuh yang mampu kita semua buat setelah semua ikhtiar dibuat.
Abang Zek juga bercerita pengalaman beliau sendiri melihat pesakit yang harapan tipis pun boleh sembuh. Kuasa doa, kata Avang Zek.
Selepas perkongsian dari Abang Zek, aku rasa lega sungguh. Jelas dan faham sekarang.
Lagi pun perkembangan abah hari ini nampak makin baik. Kandungan oksigen makin bertambah. Maka tidak perlu untuk 'ditidurkan' dalam masa terdekat. Harap-harap sembuh teruslah tanpa perlu intubate ni.
Covid adalah real kawan-kawan. Ia bukan teori konspirasi seperti yang digembar-gemburkan segelintir orang.
Jagalah SOP sebaiknya, ambil vaksin dan patuhi setiap peraturan yang ditetapkan.
Kena bagi kepercayaan penuh kepada team KKM untuk merawat covid ini. Mereka pakar, mereka terlatih, mereka merawat semua pesakit umpama mereka rawat ibu mereka sendiri. Percayalah!
Kalian boleh follow Dr Zek ya. Selain seorang doktor yang kacak dan muka babyface, beliau banyak info dan ilmu perubatan yang beliau kongsi.
Pengalaman beliau 'membedah' diri sendiri dalam kereta saat kegagalan saluran pernafasan beliau antara tulisan beliau yang aku baca dengan perasaan bercampur baur.
Terima kasih Abang Zek sudi kongsi ilmu perubatan, kongsi pengalaman, kongsi banyak sangat perkongsian ilmiah di Fb.
Dan terima kasih sudi bersahabat dengan saya. Kita kawan sampai ke syurga ya!

kredit #MFS

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!