Sekadar Perkongsian | Jaga Diri Masing Masing Dalam Memutuskan Rangkain Covid 19

By Zahirah Dzahir - 5/02/2020 11:30:00 PTG

Assalamualaikum..

Ambil faham naaa..

Bagi sesiapa yang mula bekerja besok, Isnin ( 4/5/2020)  nanti, mohon hangpa patuhilah SOP yg ditetapkan. Tolong, Jangan ambil mudah.


Sebelum ni bila PKP dilanjutkan,ada yang berkata ramai yang terkesan..ekonomi goyah tapi bila diumumkan PKPB, pun bising juga. Begitulah sifat manusia..ada sahaja punca untuk dikata..ada sahaja benda utk dicerca...ada sahaja ruang untuk mengadu domba.


Mommy sendiri cuba berlapang dada..walaupun Mommy tak bekerja, Mommy juga risau bila fikirkan PKPB dan mana dengan 4 Mei nanti. Takut jika gelombang seterusnya lebih parah, kesian kepada frontliners yang bertungkus lumus merawat dan menjaga dari tersebarnya wabak Covid 19 ni. Kena mula berfikiran positif.

Bagi golongan yang terkesan dgn PKP ni mungkin reaksinya berbeza. Syukur dan gembira kerana akhirnya boleh mula mencari rezeki utk keluarga. Kita tak boleh nafikan hak mereka untuk bekerja. Itulah punca rezeki pendapatan mereka.

Sorry to said..Rakyat Malaysia memang terkenal dengan kurang berdisiplin. Semalam ja, Mommy keluar pe rgi beli barang pun, Mommy dah tengok ramai 
yang keluar beramai-ramai  buat macam tak dak apa yang berlaku. Ada yang
lupa face mask dan membawa anak2 ke sana ke sini. Covd 19 ni, musuh halimunan, musuh dalam diam yang kita tak nampak ke mana arahnya. Tak nampak di mata mungkin hanya biasa2 pada anggapan mereka.

Penerimaan rakyat mengenai PKPB ini sememangnya berbeza. Apa-apa pun, kemenangan memerangi virus ini bergantung kepada kita. Diri sendiri dan semua rakyat Malaysia. Jadilah individu dan rakyat yang bijak. Ikut SOP di premis perniagaan, ikut SOP bila berkunjung ke pasaraya/kedai, ikut SOP ke mana2 sahaja. Dah balik rumah pun kena ada SOP sebelum masuk.

Negara bergantung kepada kita untuk memutuskan rangkaian Covid-19 ni. Duduk di rumah bagi yg tiada keperluan untuk keluar dan jaga kebersihan..basuh tangan dengan kerap. New norm..kan?

Buat mereka yang akan mula bekerja, jaga diri masing-masing. Ikut SOP yang disediakan. Jangan ambil mudah atas semua perkara. Benda tak nampak lagi bahaya dari yang nampak. 

Cukuplah mengata dan mencerca. Semuanya tak kena. Letih pun dapat, dosa pun dapat..puasa kan?takkan kita hanya nak sekadar lapar dan dahaga.. 

Kita belum menang 
Stay home
Kita jaga kita

~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!

  1. walaupun ada kelonggaran dah saya masih takut nak keluar.. kita ni perang dengan benda yang tak nampak. huwaaaa.. take care jela semua orang. semoga sentiasa Allah lindung..

    BalasPadam