Kenapa Rambut Gugur Selepas Bersalin Dan Tips Untuk Mengelakkan Masalah Rambut Gugur

By Zahirah Dzahir - 5/19/2020 11:04:00 PG

Assalamualaikum..

KENAPA RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN?

google

Adalah normal untuk rambut manusia gugur setiap hari tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Tapi kenapa selepas bersalin, rambut semaki banyak gugur bagai cendawan ditimpa hujan?

Rileks
Chill
Senyum.
Jadi mak mak ni tak boleh kalut
Nanti semua benda jadi kelam kabut lalu dilanda ribut.

Sewaktu anda mengandung,paras beberapa hormon naik secara mendadak.
Yang paling awal naik adalah hormon beta hcg, ianya akan mencanak naik dan bila anda periksa samada anda mengandung atau tidak semua ini adalah kerja hormon ini. Jika keputusan ujian mengandung adalah positif, ianya disebabkan paras hormon ini adalah tinggi. Jika negatif, paras hormon ini maaih belum tinggi dan anda boleh periksa lahi sekali selepas dua minggu

Namun, ada juga penyakit lain yang menyebabkan kenaikan hormon ini.

Ok, selain dari itu, hormon estrogen juga akan mendaki naik sepanjang anda mengandung. Kenaikan paras hormon estrogen ini menyebabkan proses tumbesaran rambut anda menjadi panjang dan sebab itu makin banyak rambut yang tumbuh sewaktu anda mengandung dan kurang rambut gugur.

Sebab itu, rambut anda hidup dengan sihat dan cantik serta lebat sewaktu anda sedang mengandung.

Tapi, apabila anda sudah bersalin, paras hormon estrogen menjunam turun terutamanya pada 3-5 bulan selepas bersalin. Proses tumbesaran rambut menjadi terbantut menyebabkan rambut lebih banyak gugur dari bertumbuh.

Jangan gusar.
Proses ini memakan masa 6-12 bulan, bergantung kepada tahap hormon ini dan juga pemakanan ibu.

Banyakkan mengambil sayur sayuran dan buah buahan serta makanan yang tinggi dengan zink, iron, beta carotene dan vitamin lain. Tak perlu supplemen pun, cukup sekadar mengambil yang fresh.

Proses keguguran rambut ini akan pulih dengan sendirinya.
Namun, jika masih berpanjangan walau sudah lebih setahun, dan semakin banyak rambut yang gugur, anda berjumpalah dengan doktor.

Tidak ada kena mengena bayi menyembur air liur dengan keguguran rambut itu.
Bayi menyembur kerana itu adalah fasa dia berkebolehan begitu atau dia gatal gusi nak tumbuh gigi.

Masalah lain penyebab rambut gugur adalah disebabkan oleh penjagaan rambut.
Cuci rambut dengan betul dan gunankan perapi rambut yang dijual di farmasi atau di kedai yang betul.

Boleh faham kan kenapa rambut gugur lepas bersalin?

Dan sebab itu adanya orang kata seri ibu mengandung.
Sebab rambut naik lebat dan kulit menjadi sedikit kemerahan akibat jantung pam lebih banyak darah untuk supply kepada bayi.

Nota kaki : Harapnya dosa dosa kita juga dapat gugur setiap hari seperti mana rambut rambut kita

kredit Dr Erna Nadia

Jadi terdapat juga beberapa tip yang boleh diamalkan oleh kaum wanita yang baru melahirkan anak bagi mengelakkan masalah keguguran rambut berterusan.
1. Elakkan jenis syampu perapi yang intensif, sebaliknya boleh cuba menggunakan perapi dihujung rambut sahaja berbanding menyapu di seluruh kepala kerana ia boleh menyebabkan rambut jadi 'berat' nampak lebih nipis.
2. Bagi yang memiliki fine hair, terdapat perapi rambut yang sesuai selain syampu yang memberi volume bagi membolehkan rambut kelihatan lebih tebal.
3. Mengubah penggayaan rambut. Boleh tanya dengan hair stylist anda tentang fesyen rambut sesuai untuk rambut nipis.
4. Memotong rambut pendek juga boleh mengelakkan rambut terus gugur dan juga lebih mudah diuruskan.
5. Keguguran rambut boleh terjadi selama beberapa bulan selepas bersalin. Selalunya ia akan pulih seperti biasa dalam masa setahun.
Sekiranya masalah tersebut tidak beransur baik, sebaiknya bertemu doktor kerana boleh jadi terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyumbang kepada rambut menipis seperti kekurangan zat besi.
~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!

  1. bab ni memang rasa stress abes.. belum bersalin lagi haha..
    kadang sikit kadang bnyk..
    hahaha..

    BalasPadam