Kedah Diisytihar Zon Hijau Covid 19

By Zahirah Dzahir - 5/01/2020 01:24:00 PTG

Assalamualaikum..


Syukur Alhamdulillah..

KEDAH KINI ZON HIJAU  💚💚

Kedah menjadi negeri terbaru diisytihar zon hijau Covid-19 apabila tiada kes aktif dikesan di negeri itu setakat 12 tengah hari semalam.



Sebelum ini, Perlis muncul sebagai negeri pertama zon hijau kerana merekodkan kes jangkitan sifar bagi tempoh melebihi dua minggu diikuti Kelantan pada Selasa.

Kedah menjadi negeri ketiga bebas wabak itu selepas semua 11 daerah merekodkan sifar kes aktif berbanding jumlah keseluruhan 95 kes sebelum ini.

Menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), zon hijau terus bertambah 88 daerah setakat semalam berbanding 85 daerah hari sebelumnya.

Infografik CPRC juga menunjukkan jumlah zon merah kekal 12 kawasan walaupun terdapat pertambahan 94 kes baharu Covid-19 di negara setakat 12 tengah hari semalam.

Tiga daerah di Kuala Lumpur masih berada dalam zon merah kecuali Cheras yang mencatatkan penurunan kes aktif iaitu kini sebanyak 27 kes.

Selain itu, Sarawak turut mencatatkan kedua tertinggi kes positif Covid-19 yang masih aktif di zon merah iaitu 229 kes, diikuti Johor sebanyak 132 kes, Selangor (103), Negeri Sembilan (57), Pahang (37) dan Melaka (48).

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 5,945 kes dan daripada jumlah berkenaan 1,758 kes masih aktif.

Sumber artikel : https://www.hmetro.com.my/node/572940/amp
Syukur, Alhamdulillah

Terima kasih pada PDRM, ATM, DOKTOR, NURSE dan semua FRONTLINER yang bekorban masa dan tenaga dalam mengawal wabak covid 19 ni. Semoga rakyat negeri kedah terus berdisiplin sehingga PKP ditamatkan

Moga semua negeri akan bebas dari Covid 19, semua pesakit segera sembuh dan semuanya akan pulih seperti sediakala.

~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!