Tips Amalan Yang Perlu Dielakkan Untuk Menjaga Kesihatan.

By Zahirah Dzahir - 11/03/2019 05:07:00 PTG

Assalamualaikum..

Kerap kita dengar, kalau lepas makan banyak benda yang kita tak boleh buat. Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa punca kepada segala penyakit adalah dari perut.

Google

Kita selalu baca yang organ-organ dalam badan kita terutamanya perut merupakan `kilang pemproses' makanan atau apa sahaja nutrient yang kita ambil untuk mendapatkan khasiat yang diperlukan oleh kita sebagai manusia untuk hidup.


Secara analoginya, perut dan organ dalaman ini boleh disamakan seperti jentera ataupun kilang-kilang pemprosesan.


Dalam artikel Persatuan Keselamatan Kuala Lumpur (PKPKL) ,ada berkongsi sedikit maklumat mengenai amalan selepas makan yang boleh kita elakkan menjaga  kebaikan dan kesihatan diri kita.

Jangan makan buah selepas makan

Ramai yang menganggap buah dijadikan sebagai pencuci mulut selepas makan.


Tanggapan ini kurang tepat kerana makan buah sebaik sahaja selesai makan akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Justeru, lebih baik makan buah satu jam sebelum makan atau dua jam selepas makan.


Jangan mandi selepas makan


Sekiranya anda mandi selepas makan, ia boleh menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan tubuh akan meningkat, manakala jumlah darah di bahagian perut dan sekitarnya akan menurun. Keadaan ini akan melemahkan sistem pencernaan perut anda.


Jangan banyak berjalan


Jangan berjalan terlalu banyak selepas anda makan. Ini kerana berjalan terlalu banyak boleh mengakibatkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang telah dimakan. Justeru, ambil masa anda untuk berehat beberapa minit sebelum meneruskan kerja harian anda.


Jangan tidur selepas makan


Amalan tidur sebaik sahaja selesai makan boleh membahayakan sistem pencernaan anda. Ini kerana makanan tersebut tidak dapat dicerna dengan baik oleh sistem penghadaman ketika anda tidur. Justeru, jarakkan masa makan dan tidur anda sekurang-kurangnya satu atau dua jam.


Jangan merokok selepas makan


Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok sahaja selepas makan kesannya sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah pasti membahayakan kesihatan anda. Justeru, langkah terbaik ialah berhenti merokok.


Jangan minum teh selepas makan


Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein di dalam makanan yang telah dimakan akan segera mengeras yang mana ia akan mengakibatkan makanan tersebut sukar dicernakan. Jadi anda disarankan agar minum air putih sahaja.


Jangan bersenam selepas makan

Bersenam baik untuk kesihatan dan diet anda. Namun, jangan sesekali melakukan senaman atau aktiviti riadah lain selepas anda makan. Ini kerana aktiviti fizikal secara drastik selepas makan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan baik. Oleh itu, jangan bersenam dengan keadaan perut yang penuh dengan makanan.


Kesihatan diri merupakan antara aspek utama yang dititik beratkan dalam kehidupan. Ini kerana dengan kesihatan kita dapat membentuk mental yang baik sekaligus menjamin kelestarian kehidupan individu dan keluarga.


Moga tips ini bermanfaat untuk kita semua


Sumber - Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL)


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!