Perlu Juga Tahu Fungsi Mengurut Untuk Keselesaan Badan

By Zahirah Dzahir - 11/11/2019 01:51:00 PTG

Assalamualaikum..

Siapa yang dok baca ni suka diurut. Ikutkan mengurut ni cukup sinonim dengan masyarakat melayu tapi kalau kita tengok la semua orang tak kira bangsa suka mengurut. Selalunya kita dok dengar mengurut ni untuk kesihatan dan keselesaan badan. Bukan dewasa ja yang boleh mengurut. Budak² pun boleh juga tapi ada cara urutan dia. Agak² la badan budak², urut cara budak². Urut ni macam² jenis urutnya. 

Macam Mommy pun dok urut badan jugak. Sebelum ni ada la bibik indonesia depan rumah pandai mengurut. Memang sedap n puas hati. La, bibik tu dah balik Indonesia susah dah nak cari urutan yang sedap macam bibik tu.
Anak² Mommy, masa baby pun bibik yang urutkan. Selalunya urut time depa demam, dan laa sementara nak jumpa doktor. Tapi memang macam tu kot, mentua KAKAK Mommy orang jawa. Memang tradisi depa akan urut budak² kalau tak sihat. Katanya, kadang² ada urat yang bersimpul menyebabkan depa tak sihat/demam. Macam yang Mommy kata, urut cara budak².


Google


Urut ni macam² jenis urutnya. Urut seluruh badan, urut kaki, urut bahu/leher dan banyak lagi. Mommy rasa urut ni semuanya sama. Maybe cara n teknik tu ja yang berbeza. Urut ni
gabungan mengurut, usapan dan penekanan dengan tangan. Teknik urut bergantung kepada pertimbangan pengamal urut mengikut keperluan tubuh seseorang dan minyak herba terpilih yang akan digunakan.

Tujuan Urutan adalah bagi

1. Memulihkan fungsi badan ke tahap normal

2. Meredakan sengat-sengat dan ketegangan otot

3. Merehatkan badan

Selalunya Urut ni terbahagi kepada dua kategtori, Urutan kesejahteraan dan Urutan Terapeutik.

Urutan Kesejahteraan membantu dalam penjagaan kesihatan, manakala 



Urutan Terapeutik, bertujuan untuk meningkatkan pemulihan penyakit dan mengurangkan kesakitan.

Keadaan pesakit yang dibenarkan untuk menjalani urutan termasuk:

1. Tekanan emosi seperti kegusaran dan kemurungan

2. Simpul biawak ( krem )

3. Sakit belakang

4. Pening kepala

5. Terseliuh *

6. Sengal otot atau sendi

Keadaan yang tidak sesuai untuk diurut

1. Penyakit darah beku di anggota kaki

2. Demam yang terlalu tinggi (melebihi 39 Darjah Celcius)

3. 
Kepatahan tulang

4. Luka baru

5. 
Luka berdarah

6. Kecederaan akibat kebakaran

Kesan sampingan yang boleh dialami selepas berurut termasuklah

1. Kesakitan badan

2. Lebam

3. Bengkak

4. Alahan kepada minyak urut yang digunakan

Petua/nasihat selepas mengurut Lazimnya apabila pesakit mendapat rawatan Urutan, mereka akan diberi nasihat atau petua untuk mempercepatkan proses pemulihan.

1.
Elakan dari memakan makanan yang pedas, pulut dan organ dalaman sebelum dan selepas rawatan urut.

2. 
Perbanyakkan minum air suam selepas diurut.

3.
Petua cepatkan sembuh dari terseliuh -Sekiranya bengkak, ambilkan asam jawa, garam dan sedikit air, jadikan seperti pes dan tampal ditempat terseliuh yang bengkak.

* Tapi ada juga yang tak sesuai untuk mengurut. Selalunya mereka yang ada masalah kesihatan. Apa pun jumpa dan minta nasihat doktor dulu untuk kepastian boleh urut ataupun tak. Takut la jadi apa² masalah ka.

Dan ada juga tak tak percaya tentang urut mengurut ni. Kalau suka dan ok boleh ja urut mengurut ni. Kalau tak suka it's ok. Terpulang kepada masing².

~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!