Panduan Untuk Ibu Bapa Tentang Tips Mendidik Anak Lelaki

By Zahirah Dzahir - 8/27/2019 10:00:00 PTG




Assalamualaikum



Panduan Untuk Ibu Bapa Tentang Tips Mendidik Anak Lelaki


PERANAN BAPA:

⏺️Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun

⏺️Bawa anak bersiar-siar dan spend waktu bersamanya

⏺️Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal

⏺️Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan di ikut oleh anak. cth: jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.

⏺️Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.

PERANAN IBU:

⏺️Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu

⏺️Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.

⏺️Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil

Moga dapat beri sedikit sebanyak panduan untuk ibu bapa di luar sana.

Sumber: Tanyalah Ustazah. Panel Ustazah Harlina Siraj

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!