Rempah Ratus Mak Siti Kembalikan Rasa KeAslian Rempah Seperti Dulu Kala

6/03/2019 11:25:00 PG


Assalamualaikum

Dah jadi lumrah masyarakat Malaysia kalau masakan mesti wajib masukkan rempah ratus. Jika tidak, makanan yang disediakan akan terasa kosong tak rasa apa.Kalau kita tengok di pasaran pelbagai jenama rempah ratus yang ada. Pilih ja yang mana kita suka.

Tapi salah 1 jenama yang pasti kita tak ragu² bila guna untuk masakan sudah semestinya REMPAH RATUS MAKSITI.Rempah-rempah keluaran Mak Siti rasanya seperti rempah digiling macam dulu-dulu.


Walaupun telah dipek dan dipasarkan, rempah ratus mak siti yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti yang tinggi, pastinya mudah untuk korang sediakan resepi-resepi kegemaran anda di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada yang kebiasaannya.


Rempah Ratus Mak Siti merupakan hasil kerja kuat Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya. Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd.

40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.
Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians.   

Produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin)


Antara produk utama rempah MAK SITI adalah..tengok kat sini pun ada..

    Serbuk rempah kari daging
    Serbuk  rempah kari ikan
    Serbuk rempah kicap daging
    Serbuk rempah kicap ikan
    Serbuk rempah kari makanan laut
    Serbuk rempah sup kepala ikan
    Serbuk rempah beriani
    Serbuk cili
    Serbuk rempah sup
    Serbuk rempah sup soto
    Serbuk rempah rendang
    Sup tulang
    Sup punjut
    Sup Soto & Raja Sup


Syarikat kini telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol. dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

    Emping cili ( chili flake )
    Serbuk cili
    Daun limau purut
    Serbuk daun limau purut
    Serbuk kayu manis
    Serbuk halia
    Serbuk lada putih
    Serbuk lada hitam
    Serbuk kunyit

Mak Siti ada sediakan beberapa panduan resepi bagi sesiapa yang baru nak belajar masak dengan menggunakan rempah Mak Siti. Pasti sedap. Boleh tengok resepi di sini.


SEJARAH AWAL  REMPAH MAK SITI


Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.

Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga.

Sewaktu mula-mula bekerja  adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit. Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi.

Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada. Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI . Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).


Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.

RESTORAN MAK SITI

Selain daripada mengusahakan ladang  Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran .

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri. masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar. Dan  yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG.



Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.

Selamat maju jaya kepada Mak Siti..moga terus dimurahkan rezeki..


Instagram : rempahratusmaksiti
 Facebook :  REMPAH RATUS MAK SITI


Whatsapp : 017 330 9330

Factories & Plantation:

Batu 12, Ladang Rempah Ratus & Herba
Jalan Muar - Pagoh,
84500 Muar,Johor Darul Takzim,
Malaysia.

Telephone
(+606) 9737 508/509
Fax
(+606) 9737 507

Marketing Office:

No. 1 & 3, Jalan Jujur 2, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Telephone
(+603) 9171 5200

Fax
(+603) 9171 0590

Email:
nasuha@maksiti.com or admin@maksiti.com

~~~~~~~~~
Mommy Ira

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.