Resepi GULAI SARDIN Yang Mudah Dan Cepat Siap


Assalamualaikum

Hai..buat apa tu..tengah dok fikir nak masak apa ka tu. Tak payah susah-susah nak fikir. La boleh google ja menu-menu yang mudah dah sedap yang boleh kita masak. Macam dah lama pula Mommy tak masak gulai. Selalu dok masak gulai kepala ikan ja kali ni nak ubah selera sikit..Mommy masak Gulai Sardin. Bukan susah pun. Mommy guna sardin Ayam Brand ja. Cara masak macam gulai biasa juga. Mudah ja. Ni Mommy share resepi cara masak Gulai Sardin

Sebelum terlupa, Mommy masak Gulai Sardin guna Santan Kelapa Ayam Brand™ Ayam Brand Malaysia, Trim Coconut Milk.
Apa yang best dengan santan trim ni. Santan trim ni kurang lemak dan cair sikit berbanding santan kelapa penuh tapi rasa dia sama ja dengan santan kelapa penuh. Sesuai untuk masakan dan menu yang kurang berlemak.



Bahan-bahan


bawang kecil ( cincang halus )
bawang putih ( cincang halus )
bawang besar
halba campur
daun kari
serbuk kari babas
serbuk cabai babas
air asam jawa
sardin ayam brand
santan kotak ayam brand
garam gula


Cara masak 
- panas minyak..buh bawang kecil n putih cincang halus..buh halba campur..kacau..buh serbuk kari dan serbuk cabai..kacau bagi masak cabai..
kalau kering tambah air sikit demi sikit ( nak buh santan pun boleh jugak tapi jangan banyak )..buh daun kari..buh air asam..santan kotak..kalau pekat tambah air sikit..buh bawang besar..sardin..garam gula..biar masak semua..
tutup api..siappp..



~~~~~~~~~
Mommy Ira

2 ulasan:

  1. Sedapnya.. Sha selalu tumis je.. boleh cuba buat gulai pula lepas nie..

    BalasPadam
  2. Ni pon nak try jugaklah..banyakkan share resepi sis.. saya suka heheheh

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.