KHAIRUL NIZAM SEORANG OKU YANG LUMPUH SEPENUHNYA DAN HANYA MAMPU MENGGERAKKAN 3 JARI SAHAJA TAPI MAMPU MENJADI SEORANG JUTAWAN

5/01/2019 02:24:00 PTG
Assalamualaikum..

Kita sering melihat kejayaan orang yang kurang upaya untuk berjaya dalam kehidupan.

Walaupun mereka kekurangan sifat dalam diri, tapi  kerana semangat yang tinggi dalam diri mereka, mereka berusaha hingga berjaya.



Begitu juga dengan pengasas JAMU MALL iaitu KHAIRUL NIZAM SEORANG OKU YANG LUMPUH SEPENUHNYA DAN HANYA MAMPU MENGGERAKKAN 3 JARI SAHAJA TAPI MAMPU MENJADI SEORANG JUTAWAN. Beliau juga abang kepada Siti Jamumall yang baru melangsungkan perkahwinanan baru² ni..

Pada usia 30 tahun, dengan kecacatan pada tubuh badan yang dia miliki, dia mampu membina satu syarikat JAMUMALL SDN BHD , dan membina platform jualan yang dikenali sebagai JAMUMALL.COM ... kecacatan bukanlah penghalang untuk beliau jadikan alasan utk tidak berjaya ...


Beliau berjaya untuk memiliki kehidupan yang dia inginkan, boleh beli apa yang dia nak, mampu punya hidup yang mewah dan boleh travel ke serata pelusuk dunia seperti Dubai, Korea, Japan, Australia dan bagi dia perkara yang paling menggembirakan dia bila dia mampu menyediakan kediaman mewah dan menanggung kehidupan keluarga dia atas titik peluh dia sendiri, dan boleh bersedekah setiap hari ..



Hasil dari perkongsian video beliau..

Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .

Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..

Aku cuba merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...



Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !!

Ramai cuba memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka 


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..



Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..

Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan ke dalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!!



Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!

---

Semoga kisah beliau dapat memberikan sedikit inspirasi dan semangat buat kita yang nak berjaya dalam kehidupan. Jika beliau yang hanya menggunakkan 3 jari pun boleh berjaya. Tiada alasan untuk kita yang sempurna semuanya tidak mahu berusaha untuk berjaya. Semuanya atas diri sendiri.

Bak kata Khairul Nizam

"JANGAN GIVEUP WALAU 1000X GAGAL!!"

#nizam3jari
#khairulnizam
#jamumall

Nak kenal dengan lebih dekat Khairul Nizam, boleh follow laman sosial beliau

Fb :
https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/




13 ulasan:

  1. Kisah hidup beliau memang jadi sumber inspirasi kepada semua kan

    BalasPadam
  2. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    BalasPadam
  3. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    BalasPadam
  4. Hebat betul beliau. Semangat dia patut kita contohi. Done follow sini..

    BalasPadam
  5. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    BalasPadam
  6. Kagum sangat dgn semangat insan hebat ini. Beliau mampu buktikan yg OKU juga boleh berjaya kan..

    BalasPadam
  7. Hebatkan beliau.. semangat tinggi nak ubah nasib..

    BalasPadam
  8. Kagum sangat dengan beliau. Dah la mula dari bawah...memang salute!!

    BalasPadam
  9. kagum bila baca kisah beliau. semangat juang yang di tunjukkan wajar dicontohi masyarakat di luar sana.

    BalasPadam
  10. Cerita dia buat kita terinspirasi..

    BalasPadam
  11. Wajar dicontohi setiap insan. Beliau yg kurang upaya juga mampu berjaya kenapa kita yg sempurna sifat mencipta alasan demi alasan.

    BalasPadam
  12. Memang tiada alasan untuk tidak berjaya. Tapii memang hebatlah semangat dia. Kagum sangat

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.