Mudah Dan Cepat Dengan TRIO FOOD STEAMER

By Zahirah Dzahir - 1/23/2019 12:26:00 PG



Assalamualaikum..

Hai, lama Mommy tak cerita pasai gajet dapur ni. Ikutkan  ada juga la gajet yang baru Mak Tok beli tapi Mommy tak sempat nak update. Untuk info semua gajet-gajet ni Mak Tok yang beli naaa. Kalau Mommy yang beli nanti Mak Tok tak puas hati so biar Mak Tok yang beli. Mommy tumpang guna ja..hehe


Kali ni Mommy nak cerita tentang TRIO FOOD STEAMER. Tak ingat bila yang belinya. Rasanya berkurun dah orang guna, kami ja yang baru guna. Ikutkan dah lama dah dok suruh Mak Tok beli tapi tak mau sebabnya Mak Tok suka cara biasa ni, guna periuk kukus. Mommy dok kempen jugak la suruh beli, mudah nak guna. Yang boleh beli ni pun sebab Mak Tok tengok Go Shop tiba-tiba ada food steamer ni. Macam mana boleh terpengaruh pun tak tau, Mak Tok suruh oder. Katanya besar boleh la beli. Tapi Mommy tak ingat harga Trio Food Steamer ni, masa oder ni ada diskaun.


Tunggu 2 -4 hari, sampai barang yang di oder. Semangat buka nak tengok apa yang ada. Tapi memang kena chek pun takut ada yang tak dapat .  Macam biasa ada buku panduan dia dan mangkuk nasi dan juga water refill cup.

Memang dalam iklan tv tunjuk boleh kukus ikan besar dan ayam 2-3 ekor tapi bila dapat tengok depan mata sendiri. Memang besar. Ada 2 tingkat tray. Kalau nak masak dalam kuantiti yang sikit guna 1 tray pun dah ok. Cara guna pun macam biasa. Isi air ikut sukatan kat bekas tu, on suis and set masa ja. Yang best boleh muat Loyang 4 segi 10x10 inci. Besarkannn.

 
Selalunya Mommy kukus ayam ja, kadang-kadang tu ada la juga kukus jagung, pulut, ikan, ketupat, tepung talam. Kira kukus menu yang boleh kukus ja la. Mak Tok pula dah ada yang ni tak gun dah periuk-periuk bagai. Guna yang ni ja. Memang mudah. Lagu mudah kalau kita nak kukus dalam kuantiti yang banyak. Tak payah guna berbekas-bekas.


Kalau ada yang tanya harga trio food dteamer ni, sorry memang Mommy tak ingat. Tapi korang boleh chek haraga kat LAZADA ka Shopee dan yang seangkatan dengannya. 

Ok la, yang tu ja Mommy nak ceritakan. Nanti Mommy update gajet dapur yang lain pula. Tungguuuu..



~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!