Kempen MOODMOJEE ‘ Icy cool Beverages To Boost Your Mood ’ Dari Anchor Food Professionals

12/02/2018 06:10:00 PTG

Assalamualaikum

Kempen MOODMOJEE ‘ Icy cool Beverages To Boost Your Mood ’ Dari Anchor Food Professionals | Kalau korang nak tahu, sebelum ini AFP telah banyak menjalankan pelbagai kempen dalam memperkenalkan menu baru mereka seperti kempen Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cakes. 


Kali ni, AFP kembali dengan produk baru iaitu sejenis minuman yang terdapat didalam 6 perisa yang berasaskan tenusu . Kempen yang di beri nama MOODMOJEE sesuai dengan tema mereka ‘ Icy cool Beverages To Boost Your Mood ’ 

Minuman sejuk dan menyegarkan yang berasaskan produk tenusu juga yang pastinya akan membangkitkan mood korang . Malahan rasanya juga unik dan sesuai dengan selera kita sebagai penduduk asia.
  • Lemon Mint Meringue
  • Pom & Grey Twist
  • Tangy Brew
  • White Chocoffee
  • Yuzu Chocolate Surprise
  • Kayanika Fusion

Minuman non-alcoholic yang kreatif sedang diketengahkan di kebanyakan bandar kulinari di seluruh dunia. Mendapat inspirasi daripada teh keju Asia, Jack Tan, Associate Foodservice Director of Anchor Food Professionals berkongsi,
"Kami memahami apa yang boleh dibuat dengan tenusu dari segi rasa, tekstur dan penampilan yang hebat dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui minuman mahupun kek. Secara tradisional, tenusu sangat popular di pasaran Barat, tetapi kali ini kami ingin bermain dengan bahan-bahan tempatan untuk menghasilkan rasa dan rupa Asia."
28/11/2018, Mommy bersama rakan blogger sempat ke pelancaran kempen MoodMojee beverage yang dilancarkan di cafe OVERSTTEPED di Sungai Petani yang terletak di Taman Sejati Indah dan Perdana Height. Cafe Overstteped yang sememangnya sebuah cafe yang menghidangkan pelbagai menu-menu menarik.

Melalui kempen Moodmojee, Anchor Food Professional bekerjasama dengan 15 pembekal makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Barat, di mana ciptaan berkrim ini akan diperkenalkan secara berperingkat di seluruh negara bermula bulan November 2018 sehingga Januari 2019.

Direka sebagai mood booster, icy -cool beverages dipadankan dengan pelbagai rasa seperti masam, manis, masin dengan tekstur smooth dan creamy dan pelbagai lagi rasa yang unik yang dihasilkan oleh yuzu, buah delima, mint, dark chocolate dan pelbagai lagi rasa . Lagi istimewanya icy-cool ni dicampurkan dengan produk susu asli oleh Anchor  Food Profesionals.

Selepas penerangan dari  pihak AFP dan cafe yang terlibat, kami dihidangkan dengan menu minuman dari kempen Moodmojee ini. Mommy dapat la rasa 3 menu daripada 6 menu kesemuanya iaitu  Kayanika Fusion, Lemon Mint Meringue dan White Chocoffee


1. Kaya-Nika Fusion by Chef Firuz
- Seri kaya, gula melaka, pulut dan kacang merah disaluti 
Anchor Whipping Cream


2. Lemon Mint Meringue by Chef Firuz
- Ice blended lemon mint vanilla. Topping Anchor Whipping Cream 
dan hirisan lemon dan limau


3. White Chocoffee by Chef Ichiro
- Rasa berkacang, kopi putih yang dipenuhi dengan coklat dan mentega kacang yang lazat, Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk, 
Anchor Whipping Cream


4. Pom & Grey Twitst by Chef Ken
- Campuran Early Grey dengan sirap delima dan dilapisi di atas
 dengan krim dan serbuk koko, Anchor Cream Cheese, 
Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream


5. Tangy Brew by Chef Ken
- Cold brew Coffee, topping Anchor Cream Cheese, 
Anchor Full Cream Milk, Anchor Whipping Cream


6. Yuzu Chocolate Surprise by Chef Ichiro
 - Campuran coklat dan ais, Puri Yuzu dan berbingkai dengan
 lemon serta garam, Anchor UHT Full Cream Milk, 
Anchor Whipping Cream


Semua menu Icy  cool ni boleh di dapati di café OVERSTTEPED yang terletak di Taman Sejati Indah dan Perdana Height. Harga yang ditawarkan pula adalah  RM 16.90 .
  
Sebelum pulang, kami juga dihidangkan dengan menu yang sedap di café Overstepped yang mana menu makananya pun dihasilkan dengan menggunakan  produk-produk asli tenusu oleh Anchor Food Professional seperti Whipping Cream ,Susu, cream cheese dan pelbagai lagi produk Anchor.


So kalau korang berminat nak rasa..korang bole la pi ke outlet yang dekat dengan korang.


List of Cafe & Restaurant Partners

Selangor
· Choon Guan Coffee Shop
Lorong Amarasegara, Kawasan 12, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor
· Gafe Kafé
63, Jalan Semenyih Sentral 5, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor

Johor
· Love Tea F&B
No. 1206, Jalan Kasturi, 36/45, Indahpura, 81000 Kulai, Johor
· Living Room
Plaza Mentari (Sun City) G-03, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru

Malacca
· Cofeology Café & Restaurant
Shop Lot No.23, Ixora Apartment, Bukit Beruang, 75450, Melaka

Kedah
· La Taste
No.14, Kompleks Perniagaan Gurun Jaya, Taman Gurun Jaya, 08300 Gurun, Kedah
· La Taste
No.219, Jalan Mawar 3/2, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah
· Overstepped
No. C97 & 98, Tingkat Satu, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
· Overstepped
No.5, Tingkat Satu, Jalan Perdana Heights 1/1, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Penang
· Lavish Fusion Bakery
214, Lebuh Victoria, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
· Hive by Love A Loaf
The Promenade, 5-G-36, Persiaran Mahsuri 1, Bandar Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Penang
· La Taste
No.65, Ground Floor, Lorong Teras Jaya 2, Pusat Perniagaan Teras Jaya,13400. Butterworth

Perak
· Family Confectionery
2233, Ground Floor, Jalan Batu Karang, Taman Bandar Baru, 31900 Kampar, Perak
· Baker’s Hut
Jalan PPMP 3/3, Pusat Perniagaan Manjung Point 3, 32040 Seri Manjung, Perak

Sabah
· Delight Factory
G-52, Imago Shopping Mall,884100 Kota Kinabalu
· Chubs Grill
Plaza Shell, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, 88300 Sabah
· Chiu’s Café
Block D,Ground Floor, Lot 8, Lorong Pusat Komersil88/2, 88Marketplace, Kampung Kepayan, 88300 Kota Kinabalu Sabah
· Lucky Bean
16-0 Lintas Square Jalan Lintas, Taman Southern, 88300 Kota Kinabalu Sabah
 

Sedikit info tentang Anchor Food Professionals (AFP) 

Anchor Food Professionals (AFP) iaitu sebuah jenama perkhidmatan makanan terkenal dunia dari New Zealand. Sekarang AFP bertindak sebagai sebuah perunding yang bergerak di belakang tabir dalam mengeluarkan produk dan citarasa baru buat para chef, bakers, perkhidmatan katering, hotel, restoran, kafe dan sebagainya. Team AFP membantu perniagaan dalam setiap aspek merangkumi operasi, front-of-house presentation, penentuan harga dan promosi dalam memperkenalkan citarasa dan menu baru. AFP menerusi jenama produk tenusu mereka iaitu Fonterra telah menjalankan proses kajian dan pembangunan (RND) bagi menghasilkan keperluan sebenar seorang chef, bakers dan pemilik restoran untuk memastikan setiap menu yang diperkenalkan menepati kehendak pelanggan.

ANCHOR FOOD PROFESSIONALS



~~~~~~~~~

Mommy Ira

2 ulasan:

  1. Yuzu chocolate tu memang sedapp. Tak puas minum. Creamy sgt rasanya. Betol2 naikkan mood.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.