Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE



Assalamualaikum

Hai semua. Kita pun tahu, kebanyakan wanita sanggup menghabiskan wang dan masa hanya untuk menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan. Tapi kadang-kadang tu lupa menjaga aset yang paling penting untuk seorang wanita iaitu kawasan intim mereka. Confirm susah hati  jika kita menghadapi masalah di kawasan intim kita. Penyebab berbau adalah terjadinya keputihan yang banyak. Jika tak jaga betul-betul, akan menyebabkan gatal di sekitar bahagian intim. Tapi korang jangan susah hati, macam la ada banyak produk yang kita boleh guna untuk jaga bahagian intim kita.

Tentu korang tahu tentang produk Sumber Ayu. Kalau sebut ja Sumber ayu mesti tentang pembersih kewanitaannya. Sebelum ni ada pembersih kewanitaan daun sirih tapi la dah ada Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White, khusus untuk mencerahkan kulit gelap sekitar kawasan intim wanita. Produk ideal bagi semua wanita dari umur remaja hingga dewasa.


Pembersih kewanitaan Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White ini diperbuat daripada bahan bahan semulajadi atau tradisional macam ekstrak bengkoang, susu,  licorice, kayu rapet, manjakani dan juga daun sirih. Semua bahan-bahan ni dapat membantu kulit di sekitar kawasan kewanitaan menjadi lebih cerah dengan terutama di sekitar pangkal paha. Ianya juga dapat mencegah bahagian intim daripada ketidakselesaan, kegatalan, keputihan berlebihan, mengurangkan bau yang tidak menyenangkan, sekaligus membantu memelihara kawasan intim wanita agar tetap terasa lembut. Buih pembersih ini teruji secara klinikal dengan nilai pH 3.5 yang optima mengekalkan keseimbangan asid semula jadi & mencegah pertumbuhan bakteria.

Kalau kita tengok, bahan utama ini sebenarnye dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan semestinya ia dapat memberi lebih keyakinan kepada setiap wanita. Tapi, yang  paling penting produk Sumber Ayu  adalah produk yang telah diiktiraf HALAL. Jadi kita boleh guna tanpa rasa was-was.


Bentuk pembungkusan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ini juga menarik dan klasik. Sebabnya di ilhamkan mengikut bentuk badan wanita. Dan juga telah ditambah baik dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Ia juga didatangkan dengan 2 saiz yang berbeza iaitu 90ml yang berharga RM9.20 dan 200ml yang berharga Rm15.50. Saiz yang kecil mudah untuk kita bawa ke mana saja.

Rangkaian Pembersih Kewanitaan SUMBER AYU dibawakan oleh WIPRO UNZA  kini boleh didapati di semua pasaraya utama dan kedai-kedai farmasi berhampiran yang berhampiran dengan rumah korang.

~~~~~~~~~

Mommy Ira

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.