Sekadar Perkongsian - Its Ok...Tak Suka Pun Tak Pa

9/13/2018 05:50:00 PTG
Assalamualaikum..


Memang bukan mudah nak bagi sesiapa pun suka dekat kita..tak kira la kawan ka, mertua, ipar duai ka, sepupu sepapat ja even sedara, darah daging sendiri. Kadang-kadang kita tolong pi la banyak mana pun, tak pernah mereka kenang.

Hubungan dengan kawan ni ikut musim, bila perlu depa cari..bila tak perlu, cari kawan yang lain. Kadang-kadang katanya BFF tapi tak nampak rupa BFF pun. Hanya ungkapan tapi bukan BFF dihati. Ramai pula yang jenis depan kita ja kawan bila belakang kita, ngata tak sudah.

Sebabnya bukan senang kita nak suruh orang suka kat kita ni. Tu hak depa. Malahan sekarang ni, kalau kita perasan, nak kawan semua memilih..dan masing-masing ada puak masing-masing. 

Hubungan sepupu sepapat, saudara mara pun dah tak erat, depa akan berhubung dengan yang mana depa suka ja. Boleh nampak bila ada kenduri pun tak dipanggilnya. Hanya dapat tahu dari orang lain. Bila sakit pun tak diziarahnya.

Hubungan mertua, ipar duai pun sama..pilih yang mana berkenan di hati. Nak buat apa pun, ada yang di beritahu ada yang tak. Paling tak best, bila masing-masing bersaing nak jadi yang the best..buat apa berpura-pura..just be yourself jaa.

Tapi yang paling sedih bila hubungan dengan darah daging sendiri pun dah tak macam dulu. Ada masalah sikit, mulalah bergaduh sampai tak bercakap bertahun-tahun..hubungan dengan orang luar pula yang diambik beratnya. Paling menyedihkan bila sesatu perkara yang terjadi, kita dapat tahu dari orang luar. Perhubungan tu dah jadi macam orang asing. Masa kecil hubungan erat sangat tapi bila masing-masing dah ada life sendiri, kenapa mesti ada jarak hubungan tu.

Maybe dah jadi 1 trend sekarang, masing-masing dengan hal masing-masing. Berkawan nak berhubung ikut yang mana kita suka ja. Yang tak suka kita buat tak heran. Kau, kau..aku, aku. Jangan ambil tahu hal orang lain. Tapi bila ada masalah yang berlaku pandai pula masing-masing cari masing-masing. 

Apa pun , its ok..life must go on. Nak fikir semuanya suka ka tak suka dekat kita samai bila pun tak sudah. Jalani hidup kita masing-masing dengan penuh kesyukuran. Jangan stress dan fikir masalah macam ni. Banyak benda lagi yang penting yang perlu kita fikir dan buat. Kita ada life kita sendiri, hadapi dengan tenang, bahagia dan happy selalu

~~~~~~~~~~~~~
- Mommy Ira -

4 ulasan:

  1. Indeed. Betul sangat tu kak ira, hubungan sesama manusia ni bermusim.. Biasanya time nak kita barulah dicari.. Paling tak suka kalau jenis takde adab ni cari kita time dia susah je. Amboii sangat.. Tapi jenis husniey malas nak gaduh, baik diam jelah selagi mana mampu bersabar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu husniey..paling tak best bila masing² dalam kesusahan baru masing² cari sesama sendiri

      Padam
  2. Betul sgt..setuju sedih kdg rs...pnt buat baik dgn org ...tppp....ssh nk dpt kwn sejati

    BalasPadam
    Balasan
    1. La memang susah nak cari kawan sejati..dalam dok berkawan pun depa boleh stab kita balik.. Mmm

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.