TONSILS | Dr. Erna Nadia

By Zahirah Dzahir - 8/27/2018 02:33:00 PTG

Assalamualaikum..

TONSILS

Pagi semalam anak saya menggigil teruk dan muntah tiga kali.


Dia dah demam tiga hari tapi masih aktif dan berselera. Saya ingat dia dah nak kena sawan sebab teruk sangat gigil dia. Terus saya bagi ubat bontot dan bawa dia ke klinik kesihatan berdekatan.


Kebetulan saya ambil cuti sebulan tanpa gaji untuk jaga dia dan  emak saya. 


Sampai di klinik, tekan loceng dan mencari cari misi. 

Saya jadi kalut sebab anak saya tak pernah menggigil macam ni. Bila periksa  suhu, punyalah tinggi suhu : 39.5. Itu pun dah bagi ubat bontot. 
Maknanya, sebelum bagi tu mesti lebih 40.

Terus saya lap lap badan dia sementara tunggu misi datang  ambil darah.


Bila keputusan darah siap, rupanya darah putih dia tinggi.

Dan bila diperiksa, tonsils dia bengkak tahap dua dan ada putih sedikit.
Jadi, diagnosis dia adalah Acute bacterial tonsillitis.

Dapat paracetamol, amoxycillin dan ORS.


Harini Alhamdulillah nampak ok sikit.

Cuma perlu habiskan antibiotik seminggu insha Allah.



Ok,apa  sebenarnya tonsilitis ni?

Tonsils adalah limfoid yang berada di kiri dan kanan tekak.

Ianya berwarna merah jambu.

Biasanya,untuk kanak kanak, tonsils ini bertindak sebagai sistem pertahanan pertama jika diserang kuman samada virus atau bakteria. Kuman akan terkumpul di situ supaya kuman tidak merebak ke bahagian badan yang lain.


Jadi, tonsils yang dijangkiti kuman akan menjadi bengkak dan kemerahan.

Ada juga yang bernanah,ada juga yang bertompok putih.

Ada empat tahap.

Tahap terakhir adalah berbahaya kerana tonsils telah bercantum ( kissing tonsils) yang boleh menyebabkan sesak nafas yang teruk.

Jika tidak dirawat dengan betul, kuman boleh menyerang organ badan lain seperti buah pinggang, paru paru dan darah. Jadi, jangan ambil enteng.


Apabila kanak kanak semakin membesar,sistem pertahanan mereka menjadi lebih kuat dan tonsils akan mula mengecut dan fungsinya semakin berkurang seiring dengan peningkatan usia.


Bagaimana boleh terjadi tonsilitis?

Kebanyakkan adalah disebabkan oleh virus.

Ada juga disebabkan oleh bakteria.


Bila ada orang lain yang ada jangkitan virus atau bakteria yang bersin atau batuk dan melepaskan berjuta juta kuman ke udara, individu yang bernasib malang akan terkena samada secara terus atau tidak terus.


Terus adalah apabila kuman tu terus masuk ke mulut atau hidung.

Tidak terus adalah seperti apabila kuman tu jatuh di sofa atau permukaan lain dan kita secara tak sengaja tersentuh dengan permukaan tu.

Yang paling senang kena adalah kanak kanak kerana immune mereka masih lemah.


Sebab tu kalau boleh tak payah bawa sangatlah anak anak kecil ke tempat tempat berisiko macam pasar malam, kedai mamak, tempat shopping yang crowded kerana kita taktau orang lain ada sakit apa.


Ini tidak,bila habis pantang,bayi baru 40 hari hidup,kita dah bawa mandi air terjun atau pergi fun fair.


Gejala gejala tonsilitis ada diterangkan di dalam gambar di bawah.


Jika ada masalah seperti di dalam gambaq dan semakin teruk atau tiada tanda tanda sembuh,tolonglah ke klinik berdekatan dan dapat kan rawatan.


Wajib ambil darah untuk tengok samada jangkitan itu disebabkan virus atau bakteria atau mungkin masalah lain.


Ada banyak penyebab kenapa berlakunya setiap simptom yang disebutkan.

Bukan semua demam adalah disebabkan jin semata.

Kadangkala, kita perlukan throat swab( sedikit tisu di bahagian jangkitan) untuk dapatkan diagnosis yang lebih tepat.


Apakah rawatan yang akan diberikan?


 0. Paracetamol atau ibuprofen
  Untuk melegakan sakit tekak dan mengurangkan demam.
  Panadol tu bukan untuk demam sahaja ok. Ianya juga adalah analgesic iaitu ubat tahan sakit.
 0. Lozenges
  Untuk melegakan sakit tekak
 0. Antibiotik
  Hanya jika keputusan darah atau tonsils ada tanda tanda jangkitan bakteria
  Bukan semua tonsilitis perlukan antibiotik,jadi jangan minta minta antibiotik sangat

Rawatan sendiri yang boleh dilakukan adalah:


 0. Berkumur dengan air garam
 0. Minum air suam atau ais dengan banyaknya
 0. Makan aiskrim untuk memberikan rasa kebas
 0. Makan makanan yang lembut lembut
 0. Berhenti merokok
 0. Berehatlah di rumah
 0. Jangan bercium cium sangat
 0. Untuk bayi yang menyusu badan, teruskan susu badan
 0. Untuk bayi yang minum susu formula,jika bayi tak mahu menyusu, jangan paksa. Banyakkan air masak ( untuk bayi lebih 6 bulan). Bayi bawah 6 bulan, sila bawa ke hospital kalau kurang minum.
 0. Jangan lupa periksa pampers bayi setiap 4-6 jam. Kalau kurang air kencing atau tak ada air kencing,tolonglah bawa ke klinik atau hospital segera. Tidak ada air kencing bermaksud bayi dalam keadaan dehidrasi.
 0. Kalau di Russia, mereka suka minum madu campur lemon sikit. Minum suam suam. Besttt
 0. Ada yang nak minum air asam jiwa, pun tak ada masalah cuma elok banyakkan air masak.

Biasanya, tonsilitis akan sembuh dalam masa 7-10 hari.

Jika masih tidak sembuh dalam seminggu, akan ada rawatan lain seperti tukar antibiotik yang kuat atau mungkin buang sahaja tonsils tersebut.

Jika tonsilitis terlalu kerap terjadi ( sebulan atau dua bulan sekali) atau Ianya mengganggu rutin harian, mungkin doktor akan sarankan untuk buang terus tonsils.


Sebab tu, dapatkan rawatan doktor bertauliah bukan doktor acah acah.


Insha Allah, prognosis tonsilitis adalah baik


Dr. Erna Nadia

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155087521806919&id=708751918

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!