Mudah Dan Cepat Hilangkan Solekan Dengan Imaan Wipes Tissue

By Zahirah Dzahir - 8/19/2018 05:05:00 PTG

Assalamualaikum..

Dalam beg ka atas kereta ka mesti ada wipe tisu ni. Sebabnya mudah, kalau terjadi apa-apa kekotoran senang nak lap. Ikutkan boleh ja nak guna tisu biasa atau sapu tangan tapi wipe tisu ni lebih mudah sebabnya ia basah. Dan muda nak bawa ke mana-mana tambah pula kalau kita jalan jauh.

Kali ni Mommy nak share tentang wipe tisu yang best. Bagi  kaum hawa  yang suka pakai make up ni. Kadang-kadang nak bersihkan make up tentu kena basuh dulu tak pun lap bagi bersih. Tapi dengan adanya Imaan Suci Wipes, nak cuci makeup tak jadi masaalah.  Tisu yang berfungsi sebagai pembersih wajah atau tisu pembersih solekan(deep cleansing) ataupun instant makeup remover.






Tak payah susah-susah nak guna makeup remover bagai.  tak kira masa tak kira kat mana saja kita boleh guna. Ambik sehelai 2 wipe tisu imaan ni lap ja kat  muka, ia akan buang segala kotoran dan makeup yang kita nak buang. Lepas tu kalau kita nak pi toilet pun tak la lama sangat nak basuh muka tu. Lagi mudah kalau kita pi jalan mana-mana, nak berhenti solat mesti kena cuci muka dulu bagi bersih.

Warna biru adalah  Suci Facial Wipes  yang diformulasikan dengan aloe vera dan vitamin E. Yang terbaru warna pink Premium Wet Tissue pula diformulasikan dengan aloevera,  vitamin E dan argan oil. Fungsi kedua-dua wipes ni untuk makeup remover .

No automatic alt text available.


Suci Facial Wipes  

Fungsi pembersih solekan (deep cleansing)
Formula aloe vera dan vitamin E
Membersihg, menyegar dan melembap
Sesuai untk kulit berminyak, kering dan sensitif

Premium Wet Tissue
Mengandungi khasiat Argan Oil, Aloe Vera dan Vitamin E bagi melembap dan melindungi kulit muka






Sehelai tisu cukup untuk menanggalkan solekan seluruh wajah, permukaan honeycomb - gandakan kuasa menanggal makeup walaupun waterproof makeup
Dermatologically Tested, Formaldehyde Free, Paraben Free, Alcohol free

Apa Yang bestnya Imaan Suci Wipes ni
  • Di cipta untuk buang makeup sepantas 10 saat
  • Bebas alcohol , boleh buang makeup tebal dan water proof
  • Bukan sekadar membersih juga menyegar dan melembapkan kulit muka sebab ada vitamin E. Bau dia pun wangi.
  • Semua jenis kulit boleh guna
  • Sangat sesuai di bawa kemana mana dengan packaging dia yang ringan & saiznya fleksibel
Antara bahan yang terkandung dalam Imaan Suci Wipes ni adalah

1. Purified water : Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use) 

2. Propylene Glycol : pelembap bebas minyak ( untuk melembap dan refresh kulit) 

3. Phenoxyethanol : ejen pewangi (untuk mengekalkan bau dan bau tahan lama) 

4. Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka) 

5. Perfume : minyak wangi haruman bunga 

6. Cetylpyridinium Chloride : Anti septik ( untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap ) 

7. CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic (untuk membersih kotoran pada muka ) 

8. Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka )


Mommy pun dah cuba . Tak perlu mengambil masa yang lama untuk remove semua make up Mommy  dan tak payah nak tonyoh kuat-kuat untuk hilangkan makeup tu.  Hanya dengan sehelai tisu mampu hilangkan kotoran di muka. Kalau muka rasa tak selesa tu, berminyak ka melekit ja, boleh ja guna 2 wipe ni. Oleh kerana wipe tissue ini mengandungi khasiat Argan Oil, Aloe Vera dan Vitamin E yang melindungi kulit muka dan menjadikan kulit muka kita lembap, lembut dan segar.





















Satu paket tu ada ada 10 helai. Kalau beli satu set lebih mudah jadi ada 30 helai tisuImaan suci wipes ini bau wangi macam kita pakai minyak wangi, baunya lembut je.


WhatsApp : 60 19-286 2828  

~~~~~~~~~~~
Mommy Ira

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!