ELECTRONIC SCREEN SYNDROME | (Sindrom skrin elektronik) | Dr. Erna Nadia

By Zahirah Dzahir - 8/02/2018 03:41:00 PTG

Assalamualaikum..



ELECTRONIC SCREEN SYNDROME | (Sindrom skrin elektronik)

 google 

1. Saya sakit kepala lah doktor. Ada kanser otak kot ni.

2. Badan saya sengal sengal, bahu dan tengkuk ni lenguh dan rasa berat sahaja. Kadang kadang rasa sakit belakang ni. Saya ni darah tinggi ke? 

3. Anak saya susah untuk fokus kat sekolah doktor. Dah dua kali cikgu telefon ajak jumpa sebab prestasi dia merudum.

4. Anak saya selalu mengadu sakit kepala lepas tu cikgu cakap dia asyik tertidur sahaja kat kelas. Saya risau kepala anak saya ada masalah.

Electronic Screen Syndrome atau ESS ini lah salah satu punca besar 'barah'kepada segala jenis masalah sekarang ini.

Anak anak lambat bercakap
Anak anak tak pandai bercakap
Anak anak autism
Anak anak mood disorder
Anak anak asyik tekanan
Anak anak malas belajar
Anak anak susah nak fokus
Anak anak dengan masalah mata
Orang dewasa malas kerja
Orang berkahwin bercerai berai
Kes keganasan
Kes pornografi
Penjualan ubat/alat merapu
Penipuan/scammer


Ya, kita hidup di zaman moden dan boleh dikatakan 100% orang dewasa (1970-1990) memiliki gadget seperti handphone, tablets, komputer, laptop yada yada yada.

Dan orang2 lebih berusia ( 1940-1969) yang lebih cenderung kepada televisyen dan radio(pun masih dikira gadget tapi kurang bahaya berbanding hand phones dan laptop)

Kalau kita pergi kedai, ada ibu ayah dan anak di suatu sudut meja. Mata masing masing tertancap pada skrin gadget mereka. Mereka kurang berkomunikasi sesama mereka, makan pun dengan mata masih di gadget masing masing. Habis makan, masuk kereta dan kepala mereka masih tertunduk melihat gadget.

Sedih, kan?

Hakikatnya kita lebih banyak ketawa sorang sorang melihat gadget dari ketawa gembira bersama yang tercinta.

Sebab tu makin ramai jadi gila akibat komunikasi sehala ini.

ESS ini adalah barah dan pembunuh secara diam diam.

Apakah simptom EES?
1. Sakit kepala
2. Silau
3. Kabur pandangan
4. Sakit leher/bahu
5. Sakit belakang
6. Mata terasa panas
7. Mood swings
8. Sukar untuk fokus kepada sesuatu


Masalah ini berlaku bila kita asyik merenung skrin gadget kita dalam masa yang lama dan kerap setiap hari.

Mata kita seeloknya berkedip lebih dari 18-20 kali seminit. Tapi bila kita asyik melihat gadget dan mata kita asyik fokus pada skrin gadget, mata kita akan kurang berkedip menyebabkan mata kita kering dan dehidrasi.

Bila dah terlalu kerap dan hidrasi, fungsi mata kita boleh rosak dan mulalah berlakunya pelbagai jenis masalah seperti katarak.

Campur pulak cara hidup kita yang sedentari( malas bersenam, malas bergerak, malas mengeluarkan peluh, makan takmau jaga), dapat pula kencing manis, lama lama mata kita boleh buta.

Kebanyakkannya masalah gadget sekarang ini adalah disebabkan oleh blue light rays/ blue light exposure.

Blue lights adalah merbahaya kepada mata kita kerana gelombang tenaganya adalah sangat tinggi dan kuat yang mana bila ia boleh menembusi seluruh permukaan hingga ke belakang mata kita.

Ianya berbahaya jika digunakan dalam masa yang lama setiap hari dan boleh membawa kerosakan kepada mata seperti AMD ( age-related macular degeneration)

Selain itu, blue lights ini akan menyebabkan masalah digital eye strain. Blue lights mengandungi tenaga cahaya yang tinggi iaitu 400-500nm spektrum cahaya. 

Ianya menyebakan hormone melatonin menjadi lambat atau terhenti. Melatonin ini adalah sejenis hormon yang akan memberikan signal kepada otak kita bahawa masa tidur/rehat kita sudah tiba. Bila hormon ini lambat atau terhenti, akan membuatkan kita rasa tidak mengantuk atau lambat mengantuk.

Gadget juga tiada batasnya.
Baik dari segi masa atau pencarian.
Kita akan terus scroll dan scroll sahaja gadget kita sampai kita lupa yang kita perlu tidur dan rehat.


Esoknya, kita akan rasa lemau/lemah akibat tidur lambat dan sakit kepala akibat tidur yang tidak cukup.

Kenapa gadget ini berbahaya kepada anak kecil?

Selain daripada masalah blue light ini, gadget juga adalah komunikasi sehala.

Bayi dalam lingkungan umur 6-9 bulan memerlukan perhatian kita (ibu bapa terutamanya) untuk berinteraksi dengan mereka.

Bila mereka senyum, mereka harap kita senyum balik supaya mereka dapat melihat apakah wajah senyuman yang sebenar. 

Ini tidak, kita bagi gadget, mereka tengok cerita kartun, mereka gelak. Tapi siapa yang gelak balik pada mereka? Kartun dalam gadget? 

Last last wajah anak kita jadi flat seperti skrin gadget.

Last last anak kita lambat bercakap sebab mereka biasa bercakap dengan skrin.

Dan kita salahkan vaksin bila anak kita autism?
Masha Allah.


Pelajar sekolah ramai yang suka nak stress tekanan tak tentu pasal sebab banyak baca/tengok cerita yang negatif di gadget. Atau mereka ada masalah, mereka cerita di media sosial dan dapat respon negatif dari kawan kawan tak cukup umur.

Lalu meningkatlah kes kanak kanak bawah umur sudah pandai merogol, merompak, mencuri, membunuh, kelar diri sendiri dan menjual barang barang merapu.

Yang dah bekerja pun makin merudum produktiviti kerja sebab asyik dengan gadget. Badan asyik rasa tak sihat dan asyik minta MC. 

Sedih kan?

Dunia kita semakin pandai menggoda dan menipu kita.

Apa yang boleh kita buat untuk atasi?
1. Hadkan masa untuk gadget 1-2 jam sahaja sehari.
2. Cuba untuk ada 1-2 hari seminggu tanpa gadget.
3. Luangkan masa bersama keluarga tanpa perlu menggunakan/membawa gadget.
4. Kurangkan brightness gadget kita, tinggikan contrast dan besarkan saiz tulisan di gadget kita. ( untuk elakkan kita tengok gadget dekat dekat)
5. Gunakan jam loceng sebagai penggerak kita bukan harapkan alarm di gadget.
6. Elakkan meletak gadget di sebelah kita semasa tidur.
7. Terus cuci muka dan solat setiap kali bangun tidur, bukan celik mata cari gadget.
8. Bercakaplah selalu dengan anak anak kita
9. Bersembang dan tanya khabar anak anak kita setiap hari selepas mereka balik dari sekolah.
10. Duduk berdua bersama pasangan masing masing dan buat aktiviti bersama tanpa gadget.
11. Duduk dalam posisi yang betul dan selesa
12. Jarakkan gadget sekurangnya satu/separuh tangan
13. Jangan terlalu fokus pada gadget. Ambil masa untuk kedip mata.(20-20-20 rules, look away after 20 minutes for at least 20seconds at distance 20 fts away)
14. Jangan duduk terlalu lama (lebih dari dua jam)
15. Memakai cermin mata yang betul powernya dan tahap silau kita.
16. Gunakan lubricant eye gel jika mata kita terasa kering.
17. Jangan gosok/tenyeh mata dengan kuat


Ingat, mata kita, kesihatan kita, anak kita, malah nyawa kita adalah pinjaman dan amanah yang Allah kurniakan kepada kita sekejap.

Jagalah betul betul.
Jangan nanti sudah hilang melayang baru nak sayang menyayang.


Kita kahwin bukan sebab kita nak tunjuk kat fb yang kita boleh ada suami.

Kita ada anak bukan sebab kita nak tunjuk kat media sosial yang kita tak mandul.

Kita ada itu ini, masalah begitu begini bukan untuk kita bagitau dunia supaya dunia boleh faham kita.

Hargai selagi ada.

“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."
(An-Nahl: 78)


kredit fb Dr. Erna Nadia

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!