Apa Yang Menarik Di McDonald's Jalan Gambang (McDonald's Sg. Isap, Kuantan)

By Zahirah Dzahir - 7/15/2018 04:17:00 PTG

Assalamualaikum..


Sebelum ni kan, Mommy ada cerita yang Mommy bercuti bersama Team Blogger Pantai Timur. Sebelum balik, semua pakat singgah dulu di McDonalds Jalan Gambang untuk mengisi perut dulu sebelum terus perjalanan.


Untuk pengetahuan korang, McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan, dibuka pada 15 April 2015 dan dikenali sebagai salah satu lokasi persinggahan buat pengunjung yang datang atau pulang daripada Bukit Gambang Resort City. Restoran yang juga mempunyai McCafe itu dibuka 24 jam, memberi kemudahan dan kelapangan buat pelanggan untuk datang pada bila-bila masa. 

Image may contain: 1 person, screen and indoor 
  Image may contain: people sitting and shoes

Lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, restoran McDonald’s Jalan Gambang sesuai dihadiri seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua.

Tempat pilihan kepada yang ingin mengadakan sambutan hari jadi kanak-kanak di McDonald’s Jalan Gambang, tentunya menjanjikan kegembiraan dan memori indah dilakar buat semua yang hadir. Sesuai juga untuk semua peringkat, tidak kira anda kumpulan remaja atau sebuah keluarga yang hadir di McDonald’s Jalan Gambang, staf-staf dan juga perkhidmatan terbaik menanti anda tidak kira masa!

Banyak yang best kat McDonald's Jalan Gambang ni terutamanya bila McDonald's Jalan Gambang ni memperkenalkan satu sistem yang dikenali dengan Guest Experience Leader (GEL).


Team BPT disambut oleh seorang wanita yang sudah berusia bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL). Salah seorangnya adalah Puan Nik Anisah yang dipanggil Mama oleh pelanggan-pelanggan tetap McDonal's yang datang menjamu selera di situ. Setiap pelanggan yang datang pasti berasa gembira dan terhibur dengan layanan mesra Nik Anisah. Beliau mula bertugas di McDonal's Jalan Gambang sejak 6 Apr 2015, telah dinaikkan pangkat menjadi GEL pada 1 Oktober 2015 selepas bertugas selama 6 bulan, kira-kiranya Nik Anisah sudahpun lama bertugas di McDonald's selama 3 tahun.


Puan Nik Anisah binti Mohd Ibrahim seorang ibu kepada tiga orang anak. Umurnya yang kini mencecah 50 tahun bagaimanapun tidak menghalangnya untuk bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di restoran McDonald’s Jalan Gambang. Nik Anisah adalah contoh terbaik kepada wanita berumur di Malaysia yang memegang kepercayaan bahawa umur bukanlah penghalang bagi seorang wanita berkhidmat kepada masyarakat

Sebelum berkhidmat di McDonald's Jalan Gambang, beliau menjalankan perniagaan kontraktor elektrik dan mekanikal dan pernah menjalankan projek kerajaan dan swasta bernilai hampir RM1 Juta. Punca penutupan syarikat tersebut disebabkan masalah ekonomi dan ketiadaan projek dan memaksa beliau menjadi suri rumah sepenuh masa.Selepas itu beliau bertemu rezeki sebagai pekerja di McDonald’s Jalan Gambang hinggalah sekarang.


Sebagai GEL, beliau berperanan untuk berkhidmat sebagai Duta Khidmat Pelanggan di sini dan fokusnya adalah untuk memberi pengalaman hebat kepada pelanggan McDonald's itu sendiri.. Bukan itu sahaja, malah beliau juga berperanan untuk memastikan pelanggan diberi layanan terbaik dan pulang dalam keadaan yang gembira dan berpuashati dengan layanan yang diberikan sepanjang mereka berada disana..

 Image may contain: 6 people, including Hazirah Mohd, people smiling, people standing and indoor

Antara pengalaman manis yang Nik Anisah  kongsikan ialah dapat menyambut Hari Lahir dan juga Hari Kanak - Kanak di Mcdonald's Jalan Gambang. Setiap hari Nik Anisah sentiasa bersemangat dan teruja untuk melakukan tugasnya. Beliau sangat suka bersembang dan bercerita dengan pengunjung yang datang tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat. 
 Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and people sitting


Untuk makluman korang McDonald’s sentiasa memberi peluang kerja kepada semua stafnya yang inginkan peningkatan dalam kerjaya masing-masing walaupun sudah berusia dan juga kebajikan pekerjanya sentiasa terjamin terutamanya pekerja Islam yang bekerja di McDonal's akan menerima zakat pada musim Perayaan Aidilfitri. Dan satu lagi Nik Anisah sebagai pekerja di McDonal's sentiasa menganggap pelanggan sebagai tetamu VIP dan mengalu-ngalukan kedatangan mereka dengan sambutan yang penuh mesra.

Sempena World Cup, Mc Donald's memperkenalkan burger Rio. Dengan rasanya yang pedas secukup rasa dengan lada hitam sangat sesuai bagi mereka yang sukakan pedas. Anak - anak pula teruja dengan set Happy Meal setiap seorang dan juga mini sundae cone yang dihidangkan untuk setiap orang.
 

   

Buat warga Kuantan dan Kalau korang berpeluang melawat Kuantan  silalah berkunjungan ke McDonald's Jalan Gambang atau lebih dikenali dengan McDonald's Sungai Isap. 

Image may contain: 13 people, including Shalimar Mohd Yusof, Nor Saerona Othman and Hazirah Mohd, people smiling, people standing and indoor 

MAKLUMAT LANJUT | MCDONALD'S JALAN GAMBANG  

Waktu Urusniaga: 24 Jam
Alamat: No A29(Gf), Pusat Komersial Batu 3, 
Jalan Gambang, Pahang, 25150 Kuantan

Telefon: 09- 536 2746
24 Hours, Breakfast, Drive-Thru, McCafe

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!