Welcome 2018 Good Bye 2017

1/01/2018 09:45:00 PTG
Assalamualaikum..

 Dah pun masuk 2018..ih laaaa..cepat sungguh masa tu berlalu..sedaq tak sedaq dah pun tahun baru..

1.1.2018..bermulanya tahun baru..azam baru ?..rasanya azam baru ni sedia² ada..tak kira bila pun..betui tak....


1.1.2018..goodbye 3 series..welcome 4 series..macam tak percaya dah masuk 40..ikut tahun 40..ikut bulan lambat lagi bulan 11 nu..tak kira la umoq brapa pun..janji hati still young. Nak yang terbaik dalam kehidupan kami husband n wife n sefamily..doa yang baik² aja..yang negatif yang menyakitkan tu buang jauh². Moga perjalanan hidup ini dirahmati dan di bawah lindungan Allah SWT


1.1.2018..sesi persekolahan 2018 dah pun bermula. Haziq dah pun naik form 2. Bersemangat nak pi sekolah. Subjek pun makin boleh tahan. Banyak perkara baru yang akan Haziq belajar. Pesanan Mama belajar rajin²..yang kembar Hazim n Hadif pula dah masuk tahun 1. Mama tersangat la tacing bila tengok anak² Mama berpakaian sekolah..dalam hati berbisik, dah besar mereka. Tak puas lagi bermanja..tak puas lagi gomoi depa. 
 
Hari ni bermulanya kembar dengan alam persekolahan yang baru, tahun 1. Legasi terakhir di SKJP. Kali ni Mama susah hati sikit, beza dengan masa si abg masuk sekolah. Sama juga banyak benda baru yang akan kembar belajar dan hadapi. Memang Mama kena bagi perhatian yang lebih. Macam biasa penuh² mulut Mama pesan macam². Tapi kembar nampak cool ja. Mama yang kepoh lebih. Alhamdulillah..kalau kembar dapat berdikari kat sekolah. Harapnya kembar dapat suaikan diri dengan suasana baru..dengar cakap cikgu..dapat belajar perkara baru..dapat kawan baru. Mama doakan yang terbaik untuk anak² Mama..moga kalian jadi anak yang soleh..berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.






1.1.2018..Selamat Hari Jadi buat mama tersayang..HAMIDAH AHMAD yg ke 65..semoga Mama dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik..murah rezeki..diberikan kebaikan yang banyak..semoga segalanya yang terbaik untuk mama baik didunia mahupun akhirat..
Yang menyayangi kalian...

Dengan ini.. Welcome 2018 Good Bye 2017

Mommy Ira
#mamahaziqhazimhadif
www.iradzahir.com

 


 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.