Tips Apabila Kantoi - Lutfi Lokman

11/26/2017 05:19:00 PTG
Assalamualaikum..

Untuk lelaki di luar sana..

TIPS APABILA KANTOI

1. Apabila anda telah kantoi dengan isteri, pastikan anda telah makan sekenyang-kenyangnya. Lambai dan ucap selamat tinggal terhadap kawan-kawan mengeteh. 

2. Balik rumah awal.

3. Mengaku kesalahan yang telah dibuat. Jangan melawan dan dengan penuh keegoan tidak mengaku.

4. Cerita apa kesalahan yang telah berlaku. Bila isteri tanya kenapa, jawab dengan rasional dan jujur. 

4. Jangan tipu. Apabila isteri tanya soalan, ia bermakna mereka sudah tahu jawapan dari A sampai Z sampai X kuasa 8. Mungkin kita jawab betul hari ini. Esok dia akan tanya soalan yang sama lagi dan masa itu jawapan kau telah lain. Kita ni mana ada masa nak ingat-ingat skema jawapan. 

5. Kita telah buat salah. Perlu ambil hati isteri kembali. Hatinya telah hampir pergi. Pulihkan semula. Kalau perlu beli pokok bunga. Pergilah beli. 

6. Jangan pertahankan mereka yang telah kantoi dengan kau. Itu menambah sakit hati isteri. Kebencian akan menggunung.

7. Selepas ini, jika boleh hantarkan report pada isteri apa aktiviti yang dilakukan. Bukan kerana isteri queen control, tapi kau yang telah melakukan kesalahan. Ingat tu. Kita dalam proses untuk memulihkan hubungan suami isteri. Mengalah tidak menjatuhkan kita. Memohon maaf menjadikan kita terpuji. 

8. Maklum pada rakan-rakan bahawa gaya hidup kita telah berubah. Bukan seperti dahulu. Agar mereka faham dan tidak menimbulkan masalah lain.

9. Simpan konsul game tersebut buat sementara waktu. Lain kali ada masa kita main lagi bersama rakan-rakan.

Eh! Kau ingat kantoi apa ni? kantoi main game PS4 lah. 

ikhlas,

Lutfi Lokman



kredit Lutfi Lokman

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.