Kuih Cara Berlauk Homemade

By Zahirah Dzahir - 1/27/2017 07:28:00 PTG

Assalamualaikum..

Haa..Saya nak story palk tentang salah 1 kuih favourite saya..Kuih Cara..yang ni mesti korang pernah makan. Ada yang rajin buat sendiri, ada juga yang beli. Kadang2 pasar malam or pasar pagi/tani or gerai makan pagi ada jual kuih ni..Ikutkan nak buat tu mudah ja. Kalau sorang ja nak makan tak berbaloi plak nak buat..kalau ramai..memang berbaloi. Tapi atas org jugak..kalau rajin n teringin nak makan.. untuk sorang makan pun dia akan sanggup buat.

Ni la homemade kuih cara.. Saya agak2 ja nak buh banyak mana..
-tepung gandum, 
-santan ( guna susu lemak rendah pun boleh  -garam, 
-telur (nak bagi liat² sikit) , 
kalau lembut tambah tepung..kalau keras sikit tambah air. Daun pandan yg dimesin, tapis untuk kuih cara tu kaler hijau.  Tak pun nak tukar kaler macam kaler kuning ka, boleh guna Safron Yellow Colour Powder.

Untuk inti pun buat simpel ja

tumis bawang putih dan bawang besar ,daging potong halus, cabai besar..
yg dah diblend..serbuk kurma @ kari sikit garam..gula..masak hingga kering dan biar sejuk sikit..
( Nak lagi mudah blend cabai besar dan bawang kecil ja seulas 2 )

mesin daun pandan..tapis dulu untuk dapatkan air kaler hijau..

Safron Yellow Colour Powder


 hasil blend semua bahan 






panaskan dulu loyang ni..buh planta sikit dalam setiap lubang. 
Tuang tepung tu agak2 penuh.. 
buh inti..nak bagi cepat masak tutup loyang tu.


Dah siap dan boleh makan.

Kadang2 Saya tak guna loyang kuih cara tapi guna cupcake maker..sebabnya malas nak guna dapur gas. Tapi ikut orang jugak la..ada yang lebih suka kuih acuan loyang tu.




Ikut orang jugak nak buat kuih cara manis ( gula ) or berlauk..ikut selera masing-masing.

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

8 orang berborak di sini!

  1. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan jugak utk galaksi viral..tq yea follow saya..saya dah follow balik..

      Padam
  2. As salam. Selalunya beli kat gerai je kuih muih ni. tp jika dibuat sendiri spt puan memang lebih sedap, jimat n bersih.
    saya folo blog puan ye? no 31. TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam..tq abam kie sudi follow blog saya..saya dah follow nlog abam kie

      Padam
  3. Nampak sedap! Saya lebih suka kuih cara manis...

    BalasPadam
  4. Salam. Saya pun suka kuih cara manis...tapi kalau inti sedap tetap suka...


    Biasa kuih cara inti beli masa pasar ramadhan tawar huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya kalau kita masak sendiri lagi sedap sebabnya kita boleh buh inti banyak2..kalau beli kat kedai ada yg sedap ada yg tak..kira nasib laaa..😊

      Padam