KENAPA PERLU ULANG BANYAK KALI

4/20/2016 01:13:00 PTG
Assalamualaikum..


KENAPA PERLU ULANG BANYAK KALI

Bila mengajar kanak-kanak, penting untuk kita membuat ulangan.. Sebabnya

1. Meningkatkan kefahaman dan ingatan kanak-kanak
Apabila kita ingin mengajar perkara baru pada kanak-kanak, mereka perlu faham terlebih dahulu.. Contohnya jika mengajar perkataan /baju/, kanak2 perlu faham terlebih dahulu dan ingat perkataan tersebut sebelum mereka dapat menggunakannya.. Lagi banyak ulangan lagi cepat mereka ingat..


2. Sebagai peneguhan
Ulangan penting sebagai peneguhan. Contohnya:
Bila kanak2 sebut susu kita konsisten bg susu.. Jadi ianya sebagai peneguhan utk kanak2 terus menyebut susu utk meminta susu


Atau


Setiap kali kanak-kanak menangis, setiap kali mereka dapat apa yang mereka nak.. Jadi ianya menjadi peneguhan utk kanak-kanak terus menangis apabila hendakkan sesuatu


3. Meningkatkan keyakinan kanak-kanak
Lebih banyak ulangan, kanak-kanak menjadi lebih yakin utk buat atau cakap sesuatu.. Macam kita belajar lah jugak kan, banyak ulangan kita akan jadi lebih expert..

Jadi lepas ni, ajar apa-apa pun pada kanak-kanak perlukan ulangan.. Nak ajar bercakap pun sama.. Ulang je perkataan atau ayat atau perbuatan yang kita nak ajar tu.. Mesti dapat punya..

Selamat mencuba

kredit fb Because You Are Special - Aishah Kassim

1 ulasan:

  1. Perlu ulang selalu tanpa jemu ya..
    Terima kasih atas perkongsian.. :>

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.