Tips Cara Hidup, Jangan Ikat Perut Untuk Pelajar Universiti

1/19/2016 05:09:00 PTG
Assalamualaikum..

Baru baru ni heboh kat media tentang pelajar universiti tak makan sebab tiada duit. Buat siswa siswi di luar sana jom kita baca tips dari saudara Khairul Hakimin Muhammad macam mana nak sara hidup jika kekurangan belanja ni..
fb Khairul Hakimin Muhammad
Pelajar Universiti Koyak Usus Akibat Berlapar. Ya Tuhan. Begitu sekali kau orang berlapar.
Begini adik adik, abang tadi bersembang kencang lepas kerja sampai berdarah hidung. Sembang kat WhatsApp je pun. Kahkahkah. Ada yang salahkan YB sorang tu, ada juga yang tiba-tiba menyampuk iklan tone excel. Hangin dibuatnya. 

Oleh kerana banyak sangat isi penting masa perbualan tadi, isteri pun belum balik lagi maka abang rajinkan diri buka laptop dan bukak slide power poin. 

Abang sendiri dulu ambil upah bersihkan lobi dewan makan. Kemudian masa ambil degree abang kerja di Katering di Klang. Best. Sampai sekarang tak kurus-kurus dibuatnya. 

Sungguh dik, ada banyak perkara kita dapat buat masa belajar. Janganlah sampai berlapar. Kesian sungguh kau orang ni. Bacalah baik-baik dan sebarkan pada kawan-kawan lain ya. Semoga boleh bantu mana yang patut. Kau jangan pulak PM abang suruh buat esaimen. Bergaduh kita nanti. 

Semoga bermanfaat dik. Kau klik setiap satu gambar. Ada tulis-tulis yang power jugaklah. Sebar pada kawan-kawan U kau ya. 

Dari abangmu, cewah.
Khairul Hakimin. Muhammad.





kredit Fb Khairul Hakimin Muhammad

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.