15 Sikap Yang Buat Suami Jadi Musuh Isteri

By Zahirah Dzahir - 1/19/2016 04:08:00 PTG

Assalamualaikum..

 15 Sikap Yang Buat Suami Jadi Musuh Isteri


1. Suka tunjuk baran
Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki. Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!

2. Semua tak boleh
Kontrol sudut yang betul tak apa, ini kalau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop 'queen control'. Aduhaaaiii... tolonglah saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai seksa isteri, ya. 

3. Buat salah tak minta maaf
Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar ego dia pula. 
  

4. Suka cuci mata
Tak semua tapi ada yang jenis isteri dah cantik, mata masih lagi suka pandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun mata sempat 'cuci mata' tengok perempuan lain. Eh, ada ke isteri tak kisah bab ini? 
  
5. Cepat mesra dan over
Peramah biar bertempat. Ini ada kes sampai nak tolong hantar ke rumah (dah kahwin), ada lagi pelik yang pantang jumpa wanita cantik terus banyak cakap sampai tak malu minta nombor telefon. Konon nak berkawan. Tak payah nak jadi 'teman tapi mesra' sangatlah. 

6. Tak sensitif perasaan wanita
Wanita kadang suka merajuk, tapi lelaki kenalah tahu pujuk. Mungkin dah lama berumah tangga jadi ada yang buat tak kisah. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang. 
  
7. Lebih pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya, ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau sampai terabai anak bini. 

8. Tidak tahu menghargai
Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh. Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas. 

9. Cakap tengking atau tinggi suara
Ada suara yang macho sekali pun ,tak payah nak tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi, mana wanita tak buat perangai! 
   
10. Asyik bagi alasan dan tipu
Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga. Oppss...
  
11. Selekeh dan tak jaga penampilan
Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Ingat bahawa Allah SWT Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Jadi jagalah penampilan untuk sebahagian dari keimanan.
   
12. Malas buat kerja 
Minta tolong kemas rumah pun macam-macam alasan si dia guna. Habis kalau dah isteri pun bekerja, janganlah pentingkan diri sangat. 
  
13. Kurang bercakap dan bergurau
Jangan fikir bila dah kahwin, anda tak perlu tanya khabar. Isteri cepat bosan, jadi cubalah caring lebih untuk jaga perasaan dia. Apa salahnya hantar mesej sekali sehari tanya khabar walau sibuk dengan urusan kerja. Sekarang ni lagi canggih, WhatsApp dan Facebook pun boleh. Dan curilah peluang bergurau senda, bukan kena bayar pun. 
  
14. Tidak bertanggungjawab terhadap anak
Semua nak suruh isteri yang buat, cubalah sesekali dekatkan diri dengan anak. Mendidik biarlah bersama, barulah lengkap. Ini biar je isteri dengan anak-anak. Letihlah emosi wanita kalau asyik diarah itu ini. 
  
15. Berat sebelah
Kadang ada kes mentua tak suka menantu, ya bab inilah suami kena lebih peka. Tak bolehlah dengar sebelah pihak saja, peranan suami lebih berat kalau isteri tak ngam dengan Mak. Dengar saja cerita buruk, suami kena semak dan tidak keruhkan keadaan. Banyakkan doa dan mohon pada Allah, bukan hanya tahu salahkan isteri. Ya, isteri kena mengalah dengan Mak, tapi suami kena cari jalan terbaik untuk maniskan hubungan kekeluargaan.


Baik lelaki atau perempuan, jagalah rumah tangga dengan susunan dan petua hidup yang teratur. Jangan asyik mengarah, sesekali bagi ruang dan peluang kepada pasangan untuk meluah dan berkongsi masalah. Dan ketahuilah lelaki, emosi wanita sangat cepat berubah dan hatinya rapuh. Semua terpulang pada layanan dan kasih sayang anda sebagai suami. In shaa Allah bahagia itu datang...
 

mingguan wanita

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!