Tangan Anak Dipegang Rapat, Tangan Pasangan Digenggam Erat...

12/14/2015 10:16:00 PG
Assalamualaikum..

Tangan Anak dipegang rapat, Tangan Pasangan digenggam erat...
------------------
Seringkali anak dikaitkan dengan surutnya kasih suami dan isteri. Istilahnya kehadiran anak menjarakkan hubungan seketika.


Suami merasa isteri sibuk dengan anak, isteri merasa suami tidak membantu, mahu disebut takut melukakan jiwa, masing2 menjeruk rasa hingga hilang mawaddah yang ada di awal perkahwinan.


Lebih merunsingkan, kekadang, marahkan pasangan, anak2 menjadi mangsa tekanan. Kait sana kait sini anak2 dimarah dan dipukul. Allahu Rabbi. Kita marah melihat anak orang didera sedang dalam diam kita "memamah" darah daging sendiri.

Allah, mudah-mudahan Allah pimpin kita satu keluarga. Bukan mudah dengan dua tangan yang kita ada mahu menggenggam tangan semua orang yang kita sayangi.

Akhirnya semua akan kembali pada "tangan yang menggenggam itu hanya ikhtiar kita, sedang yang membenamkan mawaddah dan rahmah ke dalam hati itu adalah Tuhan yang Maha Pengasih."

Astaghfirullah kepadaMu kami memohon ampun.

sumber facebook

- Mummy Ira -

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.