Kenali Ubat Asthma Anda

By Zahirah Dzahir - 12/06/2015 05:42:00 PTG

Assalamualaikum..



Ramai kita yang paggil Asma..ada juga paggil lelah, penat, semput. Apapun panggilan dia..penyakit yang sama yang ada sesetengah dari mereka yang perlukan ubat2 ni.
Kenali ubat asma anda. Jika anda penyakit asma..jom baca ubat apa yang sesuai dan perlu anda ambil. Salbutamol? Beclometasone? Fluticasone? Symbicort? – Jom baca..


Jenis-jenis Ubat Bagi Rawatan Asma
Rawatan asma boleh diberi dalam beberapa cara  :
  • Sedutan/inhalasi
  • Mulut/Oral (Ubat ditelan)
  • Suntikan
Rawatan secara sedutan adalah TUNGGAK utama rawatan penyakit asma.!

Ubat-ubat sedutan diberi menggunakan alat sedutan. Ubat yang disedut terus memasuki saluran pernafasan.  Ini bermakna anda hanya perlu dos yang sedikit jika dibandingkan bila ubat ditelan samada pil atau cecair Oleh itu, kesan sampingan ubat sedutan adalah amat rendah.

Terdapat beberapa jenis alat sedutan.di pasaran. Artikel ini memberi pengetahuan tentang :
  • Ubat-ubatan yang terdapat dalam alat sedutan.
  • Jenis-jenis alat sedutan.
  • Infomasi tentang alat-alat sedutan.
INGAT! PENTING untuk anda mengenali atau mengingati nama alat sedutan anda supaya kekeliruan tidak berlaku.
Langkah yang lebih bijak adalah merekodkan dan menyimpan nama ubat di dalam dompet atau telefon bimbit!

Ubat-Ubatan di dalam Alat Sedutan
Secara umumnya, ubat sedutan asma boleh di bahagikan kepada:
  • Ubat Pencegah (“preventer”)
  • Ubat Pelega (“reliever/recuer”)
  • Ubat Kawalan (“controller”)
1. Sedutan Pelega (Pengembang salur pernafasan)
  • Ubat pelega diambil semasa anda mendapat gejala seperti sesak nafas, batuk, nafas berbunyi dan ketat dada.
  • Ubat pelega mengembangkan salur pernafasan anda yang sempit dan anda akan berasa lega dalam masa yang singkat.
  • Jadi, penggunaan ubat pelega adalah bila perlu atau semasa serangan asma akut.
  • Ubat pelega ini biasanya berkesan untuk jangkamasa pendek dalam masa 4-6 jam sahaja (“short acting beta 2 agonist”) dan anda mungkin perlu mengulangi penggunaannya.
  • Nama ubat pelega yang biasa digunakan ialah salbutamol (ventolin) dan terbutaline (bricanyl). Terdapat juga ubat generik yang lain
  • Umumnya, ubat pelega berwarna biru. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa membaca label pada ubat dan alat sedutan. 
  • Jika simptom atau gejala anda berlaku sesekali sahaja, anda mungkin hanya perlu menggunakan ubat pelega sahaja.
  • Jika anda perlu menggunakan pelega lebih dari dua kali seminggu anda perlu berjumpa doktor kerana anda mungkin perlu menggunakan sedutan pencegah .





2. Sedutan Pencegah (Biasanya mengandungi ubat sedutan steroid)
  • Ubat sedutan pencegah SANGAT penting untuk mengawal gegala asma dan mencegah serangan asma akut.
  • Ubat pencegah adalah TUNGGAK utama rawatan asma
  • Ubat pencegah yang biasa digunakan adalah sedutan steroid (“inhaled corticosteroid”) dimana ia akan mengurangkan radangan yang berlaku di saluran pernafasan.
  •  Apabila radangan hilang, saluran pernafasan menjadi terbuka seperti biasa dan simptom asma dapat dikawal.
  • Ubat pencegah biasanya digunakan dua kali sehari. 
  • Jika anda kerap mendapat serangan anda mungkin dinasihatkan menggunakan ubat pencegah pada dos yang lebih tinggi mengikut arahan doktor.
  • Ubat pencegah mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa minggu untuk kesan yang optima.
  • Penting untuk memahami bahawa ubat pencegah tidak memberi kelegaan sertamerta seperti ubat pelega.
  • Apabila asma anda telah terkawal selama beberapa bulan, dos pencegah boleh dikurangkan dan adakalanya boleh diberhentikan langsung.Adalah penting untuk mendapat rawatan susulan mengikut nasihat doktor.
  • Selain daripada sedutan steroid, ubat pencegah yang lain adalah cromoglycate (jenama Intal), nedocromil (jenama Tilade) atau Montelukast (jenama Singulair).
  • Walaubagaimanapun, ubat pencegah ini tidaklah sebaik ubat pencegah jenis sedutan steroid. 
  • Terdapat pelbagai jenis dan warna ubat sedutan pencegah di pasaran.
  • Antara contoh ubat pencegah sedutan steroid adalah:
1. Beclometasone. Ubat sedutan ini biasanya berwarna coklat atau merah. 

 

2. Budesonide. Warnanya adalah coklat.  

 

3. Ciclesonide. Berwarna merah.

 

4. Fluticasone.Ini berwarna kekuningan dan oren.



5. Mometasone.  



3. Ubat Kawalan (”Controller”)

  • Ubat kawalan mengandungi kombinasi ubat sedutan steroid (“inhaled corticosteroid”) dan ubat pelega yang berkesan untuk jangkamasa panjang (“long acting beta 2 agonist”)
  • Ubat ini diberi untuk asma yang sukar dikawal dengan ubat pencegah sahaja
  • Komponen ubat pelega untuk jangkamasa panjang memberi kelegaan/ pengembangan salur pernafasan sehingga 12 jam selepas sedutan.
  • Contoh-contoh ubat Kawalan adalah seperti berikut:

  • Seretide ( salmeterol dan fluticasone). Ini berwarna ungu.

 

  • Symbicort ( formoterol dan budesonide). Ini berwarna merah.

 
 Like fb Portal MyHEALTH 

* Macam Saya ada juga asma ni. Ikutkan tu tak teruk sangat tapi sejak mengandung kembar..asma ni menjadi2 pulak sampai la sekarang. Tapi Saya jarang juga inhaler sebabnya boleh kontrol lagi kalau teruk sangat baru guna. Jenis inhaler yang saya guna Seretide. 
 
 Seretide.

 Semoga info bermanfaat untuk semua


- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!