6 Cara Lembutkan Hati Suami Yang Panas Baran
By Zahirah Dzahir - 11/03/2015 01:15:00 PG
Assalamualaikum..
Pasti ada antara anda
yang memiliki suami panas baran. Lagi teruk jika si dia cepat naik tangan
apabila marah. Isteri yang mempunyai suami panas baran, ada kala hidup dalam
serba ketakutan. Bimbang perasaan suami tercuit, sudah tentu diri ditengking
atau dimarahi.
Tapi jika
ditakdirkan pasangan hidup bersikap baran, macam mana nak berdepan dan terus
menyayanginya? MW bongkar satu-persatu...
1.
Jangan membantah
Selalunya orang
sebegini berada di luar kawalan dan fikirannya asyik tertumpu kepada emosi
marah. Kalau si dia marah sesuatu yang tiada kaitan dengan anda, 'iakan' sahaja
kata-katanya kalau tak nak burukkan keadaan. Anda kena sabar lebih dan
persediaan mental yang sangat kuat.
2.
Bijak pilih masa
Orang yang punya
sikap macam ini tak suka dinasihati dan menganggap nasihat yang dia dengar
sebagai mencari kesalahan dia. Pilihlah masa sesuai untuk berbicara dari hati
ke hati dengan pasangan anda.
Misalnya selepas
makan hidangan kegemarannya. Selepas makan dan saat anda berdua sedang berehat,
cuba susun ayat paling ringkas dan 'manis'.
3.
Kaitkan dengan anak-anak
Tak elok jika
anak-anak ternampak suami marah-marah. Contoh paling mudah, ada sesetengah
lelaki cepat benar panas baran kala memandu. Pantang ada pemandu yang
membunyikan hon menegur corak pemanduan suami, suami cepat melenting. Masa
inilah anda kena ambil peranan, cuba sejukkan dengan kata-kata positif.
Ingatkan si dia anda
bimbang jika anak-anak terikut panas barannya. Pasti suami anda boleh terima
atau mungkin terdiam berfikir.
4.
Jangan mudah nak benci
Mungkin sakit hati
tapi anda jangan rasa 'down'. Cuba terima pasangan seadanya. Buruk mana sikap
pasangan, tetap akan boleh diubah jika anda bersabar. Pujuk ajak mengaji
bersama, dan paling penting doa. Tak payah dengar cakap orang sangat, hanya kita
yang faham dunia pasangan kita dan berusahalah mencari penawar sejukkan hati
pasangan.
5.
Elak punca kemarahan
Anda mesti tahu apa
dapat menjangka apa yang akan menyebabkan suami marah. Jadi, cubalah elak
sesuatu yang buat si dia cepat marah. Contoh mudah, tahu suami suami akan cepat
marah bila anak-anak bising bermain dalam rumah, pesan pada mereka supaya
bermain di luar. Bukan susah jika anda mampu elak, kan?
6.
Usah ungkit cerita tak berkait
Tak pelik kalau
dengar perempuan membebel tentang cerita lama. Tapi kalau si dia tengah
'panas', janganlah anda tetiba petik sejarah lama. Itu dah macam cari nahas.
Kalau pun rasa benagng sangat, anda boleh buka mulut waktu si dia dah sejuk.
Beritahu elok-elok dan jangan sesekali membebel tentang cerita tak berkait!
Hakikatnya
hidup berumah tangga akan diduga dengan sesuatu yang tak dijangka. Kadang masa
bercinta lain sikapnya dan selepas sah bergelar suami isteri, pelik pula
perangainya. Tapi semua itu mampu diubah dengan kelembutan pasangan. Paling
penting jangan cepat melatah dan rasa 'terduduk' terlalu lama. Bangun dan cari
jalan penyelesaian terbaik demi masa depan.
mingguan wanita
- Mummy Ira -
0 orang berborak di sini!