Warkah Abi buat Muhammad Uwais III #Pray4Uwais

By Zahirah Dzahir - 10/12/2015 04:42:00 PTG

Assalamualaikum..

Lagi sambungan dari luahan hati Sayuti, yang menulis dan berkongsi cerita tentang anaknya, Muhammad Uwais di Facebooknya  Sayuti Wan Chik.
"Menulis bukan kerana nama
Hanya cerita tentang rasa"
 
dari fb Sayuti


Warkah Abi buat Muhammad Uwais III 

Assalamualaikum Muhammad Uwais

Uwais,
Usai pulang dari HPP tempoh hari, kita jalan-jalan di Butterworth. Alkisahnya, sampai dipersimpangan sebelum tol Sungai Dua pihak PLUS lencongkan semua kenderaan kejalan lama kecuali motorsikal. Driver ambulan dah tersilap masuk ke highway Pantai Bersih, tak pasal-pasal Uwais pi meronda sekali pusing town Butterworth tu. Tak apa lah Uwais dah lama sangat kat wad. Baru hari tu dapat jalan-jalan ke Pulau Pinang. Kalau Uwais nak tau, dulu Ummi tinggal di sana dengan Along Iman dan Angah Furqan. Tiap minggu Abi akan pulang sana. Dululah...masa tu Uwais masih disyurga smile emoticon.

Uwais,
Sampai dipersimpangan Bertam ikut jalan lama lepas jalan-jalan dengan p.cik driver ambulan,doktor, abg MA dan nurse, Abi dah tak follow ambulan Uwais.
"Abi pi mana? "
"Abi ke rumah Abu Mat dan Ummi Yati dengan Ummi, P.cik dan M.cik"
"Siapa tu? Saudara kita juga sayang"


Depa tinggal kat Bertam. Abu Mat ajak ke rumah dia sebab nak tinggalkan result laporan Echo Scan Uwais kat P.Cik Hasbullah.
"Siapa pulak P.Cik Hasbullah ni?"
Dia kerja di Gleneagles Hospital Penang. Abi nak minta tolong dia untuk cuba arrangekan jumpa dengan Pakar Jantung Kanak-kanak kat situ, nama Doktor Hafiz. 


Petang tu suasana masih hujan lebat sama seperti masa perjalanan kita ke HPP tadi , syukurlah kurang sikit jerubu yang Allah hantar ni. Sekarang cuaca sangat tak elok.
 

Sementara tunggu P.Cik Hasbullah balik dari pejabat Ummi Yati sempat pulak siapkan makan buat kami. Allah....syukur alhamdulillah. Habis saja jamah makanan, P.Cik Hasbullah pun sampai.

Lepas Abu Mat maklumkan hajat Abi dan Ummi pada P.Cik Hasbullah, p.cik kata
"Tak pa tak pa nanti saya bagi surat ni pada Mr.Hafiz (Doktor) dan tunggu pihak hospital call bila boleh jumpa dia"
 

Allahuakbar...Uwais nak tau, dia sangat baik, beri kata semangat dan sokongan buat Abi dan Ummi seolah kita punya pertalian darah yang kuat. Ya pastinya kita semua adalah saudara. Abi dah tak tau nak cakap macam mana melainkan rasa bersyukur pada Allah atas pertolongan ini. Habis saja solat maghrib berjemaah dengan Abu Mat kami pulang segera. Dalam perjalanan pulang tu kawan-kawan Ummi sibuk aturkan urusan dengan siapa nak dirujuk kes Uwais di IJN. Dapat contact sana sini. Abi kena cari alternatif lain juga selain dari rawatan ke IJN dan jawapannya adalah Gleneagles lah. Nak cepat ubatkan Uwais.

Uwais,
17 hari dah berlalu, kamu masih di wad intensive bertemankan nurse, doktor, jiran-jiran kawan-kawan yang juga ada masalah kesihatan masing-masing. Pastinya malaikat dan Allah juga lah yang bersama kamu dan terus pelihara kamu sepanjang masa disana.
Pagi tu Abi terjaga dengan kepala yang sakit teramat. Mungkin sebab malam tadi lepas balik dari urusan Uwais di HPP Abi tak mandi dulu, terus saja tido sedangkan sebelum tu dah terkena hujan. Tak pasal-pasal Along Iman pun tercuti sekali dari pergi sekolah sebab Abi tak larat nak hantar. Huhu. Petang tu Abi lambat ziarah Uwais, sampai saja di wad jam sudah pukul 2.00 petang. Abi tak boleh masuk dah, Ummi sajalah masuk dan Abi tunggu diluar. Cadangnya nak diskusi dengan doktor tentang urusan Uwais ke IJN lah.
 

Lama sangat Ummi ziarah dan diskusi dengan doktor, bila Ummi keluar saja diwad katanya
"Doktor sibuk, dia ada patient yang perlu dirawat. Kata doktor kes Uwais sudah dirujuk ke IJN"
"Rujuk ke doktor mana?" Tanya Abi
"Tah la depa sibuk sangat itu ja yang dia bagitau, kata doktor lagi IJN akan bincang dulu " jawab Ummi
"Tak pa lah kita tunggu nanti feedback dari IJN" kata Abi

Menjelang petang
Abi dan Ummi ziarah Uwais lagi. Kamu nampak kacak dan encem sekali. Tiap kali Abi sampai
"Assalamualaikum sayang abi"
Abi pasti kamu dengar dan jawab salam abi...bila jari Uwais Abi pegang, Uwais genggam sekuatnya. Abi dapat rasa kesakitan kamu menahan ujian Allah ini, sabarlah sayang. Abi tak mampu menahan airmata setiap kali reaksi itu yang Abi terima. Pantas Ummi tegur
"Haihh jangan sedih macam tu, dia (Uwais) perlu kekuatan kita" kata Ummi
Cepat-cepat Abi kesatkan mata, telan sahaja apa yang ada.

Uwais sayang abi,
Abi rindu sekali nak peluk kamu tapi tak boleh sayang...Allahuakbar. Nak cium kamu pun tak sampai, katil kamu tinggi terhalang dengan pagar plastik sekeliling kamu. Bila rindu sangat hanya jari kamu yang Abi boleh cium untuk lepaskan rindu. Sungguh, abi tak kuat bila berdepan dengan kamu kadangkala. Lebih lagi kalau abi melawat sendirian.

Uwais,
Kamu ingat dak, kita selalu zikir bersama tiap kali Abi bersama. Buat ubat penawar duka hati Abi.
"Lailahaillallah"
"Lainahailallah"
"Lainahailallah"
"Muhammad Ya Rasulullah" 3x
"Ya Allah"
"Ya Allah"
"Sembuhkan Muhammad Uwais"
"Ya Allah"
"Ya Allah"
"Sembuhkan Muhammad Uwais"

Alunan zikir ini yang sering kita lakukan bersama tatkala Abi sendirian bersama kamu. Uwais akan gerakkan tangan, sesekali mulut terkumat kamit bagaikan ikut bersama Abi.
Maafkan Abi, Abi tak kuat lagi untuk menulis warkah ini sayang, sampai jumpa lagi. Kan Uwais dah janji kita akan jumpa lagi?

Salam sayang Abi, Ummi, Along Iman dan Angah Furqan untuk Uwais
“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”
“Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”

"Menulis bukan mencari nama
Hanya cerita tentang rasa"

Abi Iman Furqan Uwais
09102015
25 Zulhijjah 1436

10.09am



Buat kawan kawan yang ingin menghulurkan bantuan untuk Uwais, korang boleh menghubungi ayahnya, 
Mohamad Sayuti di talian 019-4270026, atau menyalurkan bantuan kewangan di atas nama beliau di akaun Maybank, 1621 0650 3620, atau ibu Uwais, Nor Lailina Moha di akaun Maybank, 1640 2590 4498.
- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!