Warkah Abi buat Muhammad Uwais II #Pray4Uwais
By Zahirah Dzahir - 10/12/2015 03:08:00 PTG
Assalamualaikum..
Saya nak kongsi sambungan
dari luahan hati Sayuti, yang menulis dan berkongsi cerita tentang anaknya, Muhammad
Uwais di Facebooknya Sayuti Wan Chik.
"Menulis
bukan kerana nama
Hanya cerita tentang rasa"
Hanya cerita tentang rasa"
Warkah
Abi buat Muhammad Uwais II
Assalamualaikum
Muhammad Uwais
Uwais,
Hari ini hari ke 16 Uwais lahir. Pagi ni Abi bangun terasa lemah sekali, entah kenapa seluruh tubuh rasa tidak bertenaga. Perasaan bercampur baur, sayu saja hati ini bila teringatkan Uwais. Sesekali terasa sebak yang Abi cuba tahan. Sempat capai handphone dan tengok fb Abi sat, terlalu banyak notification yang tak pernah pun Abi dapat macam tu sebelum ni. Rupanya catatan Abi yang Abi post malam tadi dapat perhatian ramai kawan-kawan Abi dan Ummi. Allahuakbar, tiada ucapan lain melainkan terima kasih, tabarakAllah buat semua yang beri kata semangat dan doa untuk Uwais dan kita sekeluarga. Niat Abi hanya nak berkongsi dan rasa nak lepaskan rasa yang terpendam dalam hati saja, jauh sekali nak cari perhatian sesiapa. Itu buat perasaan Abi bercampur antara sedih, rasa bersyukur, bersemangat dan lemah...semuanya ada masa tu tapi Abi ada sikit rasa kuat bila kawan-kawan Abi bagi semangat melalui komen-komen depa kat fb tu. Alhamdulillah.
Usai
solat subuh Abi capai naskah surah Yasin di almari buku dalam rumah nenek.
"Bismillahirrahmanirrahim"
"Yaa siiin......" (hingga tamat)
Bacaan Abi sesekali tidak lancar, adakala terasa seperti sesuatu yang tersekat
ditekak...terhenti seketika. Mungkin sebab cuba menahan perasaan sedih yang
sebenarnya semakin tebal dalam diri Abi. Selesai bacaan Abi baring sebelah
Angah Furqan yang tengah tidur diruang depan tv dalam rumah nenek. Kalau balik
rumah nenek, ruang depan tv lah akan jadi tempat tidur ramai-ramai. Wan, nenek,
Along Iman & Angah Furqan semua tidur disitu. Nanti Uwais dah sihat dan
balik rumah boleh join tidur ramai-ramai kat situ. Best kalau tidur ramai-ramai
macam tu. Dulu masa Abi kecik-kecik selalu tidur macam tu dengan sepupu-sepupu
Abi kat rumah Tok Njang (Nenek Abi). Setiap kali Abi baring dan peluk Angah
Furqan, rasanya seperti peluk Uwais. Rindu sekali nak peluk sayang Abi ni.
Uwais sangat seiras seperti rupa Angah Furqan masa baby dulu. Tapi Uwais encem
lagi...hehe jangan bagitau Angah Furqan tau. Dia tu nampak saja kental tapi
dalam hati ada taman. Kuat merajuk. Tapi Angah Furqan juga sangat mudah
dipujuk. Walau Abi marah macam mana pun, sat ja Abi pujuk la balik. Bila Abi
cakap saja kat dia
"Furqan...Abi minta maaf nah, tadi Abi marah Furqan"
Dan-dan tu jugak lah dia dah sedu sedan mula lah touching nak nangis.hehe itulah Angah Furqan. Tapi sangat rajin nak tolong itu dan ini tanpa disuruh pun. Uwais ikutlah contoh yang baik tak kiralah siapa pun dia. Abi tertido lepas tu.
Tiba-tiba terjaga bila Ummi gerak Abi,
"Abang...bangun, kita nak pi pukul berapa ni?" tanya Ummi
"9.30 ka 10 ka kita pi" jawab Abi
"Dah pukul 9 dah ni" kata Ummi
"Hah?!" Abi terkejut terus bangun dan capai tuala nak mandi. Hari ni nak bawa Uwais ke Hospital Pulau Pinang (HPP) jumpa dengan Dr. Sharifah (Pakar Jantung Kanak-kanak di HPP) untuk Echo Scan jantung Uwais.
Along Iman dan Angah Furqan dan bangun lebih awal, depa pun kalut la nak mandi jugak. Lepas mandikan depa dua baru Abi pi mandi.
Sesudah mandi Abi iron baju, Angah Furqan nampak dan mula la keluar 1001 soalan dia
"Abi nak pi mana?"
"Abi nak pi tengok adik baby ka?"
"Dak la...Abi tak pi mana pun" jawab Abi
"Ooo" kata Angah Furqan
"Abi nak pi tengok adik baby ka?"
"Dak la...Abi tak pi mana pun" jawab Abi
"Ooo" kata Angah Furqan
Pada
masa sama nenek dah siap plan nak bawa Angah Furqan dan Along Iman ke kedai
beli lauk. Sebenarnya nak larikan depa dua nanti sibuk nak ikut Abi dengan Ummi
pi tengok Uwais. Tapi depa tak tau. Angah Furqan tu bab ajak p berjalan memang
nombor 1. Laju saja nak ikut. Ucu bawak nenek, Along Iman dan Angah Furqan
keluar sementara tu Abi siap-siap dengan Ummi. Perasaan masa tu lemah
sekali...Abi cuba lawan untuk kembalikan rasa kuat tapi tak gagal. Selesai Abi
dan Ummi bersiap, Abi peluk Ummi dan bagi kata semangat
"Apa pun jadi, apa pun keputusan hari ini kita kena sabaq kena
redha...Allah tengah uji kita"
Ummi angguk saja...sambung Abi
"Abi sayang Ummi dan anak-anak kita, apa pun kita kena bersatu ya...moga Allah permudahkan urusan kita hari ini"
Ummi angguk saja...sambung Abi
"Abi sayang Ummi dan anak-anak kita, apa pun kita kena bersatu ya...moga Allah permudahkan urusan kita hari ini"
Tanpa sedar airmata Abi dan Ummi bercucuran tanpa henti. Kami terus bergerak ke
kereta kita.
Kami
singgah sekejap dikedai basuh kereta tempat Abi selalu basuh kereta tu,
sementara menunggu Abi ajak Ummi pi makan dulu. Nenek bekalkan Ummi nasi dan
lauk. Ya lah, dalam pantang Ummi bukan boleh makan suka hati saja. Sudah masuk
jam 11 pagi masa tu. Selesai Abi dan Ummi makan kereta pun siap dah basuh.
Terus Abi gerak nak balik rumah kita ambil M.Cik dan P.Cik. Abi suruh depa
tunggu tepi jalan ja sebab nak cepat takut lewat sampai di hospital. Abi ajak
M.Cik dan P.Cik teman nak ke HPP. Lepas ambik depa terus kami ke HSB dan
parking dekat bahagian kecemasan nak standby nanti nak gerak sama ambulan yang
bawa Uwais.
Uwais,
Sampai saja Abi naik ke wad Uwais tapi tak boleh masuk sebab belum waktu melawat. Abi hanya boleh pesan kat guard yang jaga tu saja.
"Cik, saya nak masuk tengok anak saya depa dah siap ka belum nak bawak ke HPP" kata Abi kat guard tu
"Cik tulis nama ibu kat sini (kertas), nanti saya masuk dalam tanya" jawab dia
Guard masuk dalam wad, selang beberapa minit keluar dan bagitau Abi
"Doktor suruh tunggu diluar, sat lagi depa keluaq" kata dia
"Ok terima kasih" jawab Abi
Sampai saja Abi naik ke wad Uwais tapi tak boleh masuk sebab belum waktu melawat. Abi hanya boleh pesan kat guard yang jaga tu saja.
"Cik, saya nak masuk tengok anak saya depa dah siap ka belum nak bawak ke HPP" kata Abi kat guard tu
"Cik tulis nama ibu kat sini (kertas), nanti saya masuk dalam tanya" jawab dia
Guard masuk dalam wad, selang beberapa minit keluar dan bagitau Abi
"Doktor suruh tunggu diluar, sat lagi depa keluaq" kata dia
"Ok terima kasih" jawab Abi
Hati berdebar itu saja dapat Abi rasa masa tunggu Uwais keluar sambil Abi baca
“Allahumma yassir wala tu’assir"
“Allahumma yassir wala tu’assir"
Bila nampak saja Uwais ditolak keluar, Uwais dibawa dalam incubator. Abi
semakin gemuruh, Abi sama-sama tolak Uwais sampai ke luar tempat ambulan.
Sampai saja diluar tak lama ambulan sampai dan terus Uwais ditolak naik ke
dalam ambulan. Sepatutnya kita terus bergerak selepas selesai naik tapi Allah
tangguhkan perjalanan kita. Entah apa masalah power pula tak ada dalam ambulan
tu. Nurse, MA yang ikut sekali bertungkus lumus selesaikan masalah sampai lah
juruteknik mai tengok. Abi minta tukar ambulan lain tapi kata orang yang incharge
kat situ ambulan lain sudah penuh. Tak apa lah sabar saja sampai selesai
masalah tu. Masa berlalu hampir sejam, jam sudah pukul 1.15pm kita belum gerak.
Abi risau, appointment Dr. Sharifah jam 2.30pm. Mana mungkin sampai awal hanya
tinggal sejam lebih sikit saja. Tak lama kemudian semua selesai dan kita
bergerak terus masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan.
Uwais,
Itulah perjalanan yang kedua dalam hidup Abi yang penuh emosi selepas Abi kehilangan mak Abi (Tok Uwais) dulu. Masa tu Abi masih belajar di universiti, bila dapat panggilan telefon dari P.Cik yang Tok dah meninggal terus Abi balik, naik motor masa tu. Sepanjang jalan Abi menangis masa tu. Itu cerita 12 tahun yang lepas. Tapi hari ini sekali lagi Abi lalui tapi situasi yang berbeza.
Itulah perjalanan yang kedua dalam hidup Abi yang penuh emosi selepas Abi kehilangan mak Abi (Tok Uwais) dulu. Masa tu Abi masih belajar di universiti, bila dapat panggilan telefon dari P.Cik yang Tok dah meninggal terus Abi balik, naik motor masa tu. Sepanjang jalan Abi menangis masa tu. Itu cerita 12 tahun yang lepas. Tapi hari ini sekali lagi Abi lalui tapi situasi yang berbeza.
Diawal pemanduan Abi tak mampu nak halang mata Abi daripada
"berkaca", Abi kuatkan semangat dengan pasang surah Yasin untuk
temani kita sepanjang perjalanan ke HPP. Kata pepatah "Ku sangkakan panas
hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari". Sungguh, sampai saja
dkawasan Sungai Petani hujan turun dengan lebat sekali, "Allah...lambat
lagilah kalau macam ni" kata Abi dalam hati. Hujan lebat sampailah kita
sampai di HPP. Walaupun jalan sesak Alhamdulillah kita selamat sampai. Paling
menghairankan Abi kita hanya lewat 12 minit saja. Selalunya dulu masa Ummi
kerja disini Abi ulang alik pun 1jam setengah, tak apa lah dah selamat sampai
pun. P.Cik dan M.Cik tolong parkingkan kereta kita dan Abi serta Ummi tunggu
Uwais diturunkan daripada ambulan.
Uwais,
Sampai saja di HPP Uwais diturunkan daripada ambulan, mujur ada abang-abang guard tu tolong angkat katil Uwais, berat jugak. Ya lah, incubator tu siap dengan tabung oksigen bagai. Terima kasih abang-abang tolong Uwais, tak sempat Abi nak ucapkan tadi. Sampai saja ditingkat 1, Klinik Kardio Dr. Sharifah Abi daftarkan nama Uwais dan Uwais ditolak masuk dalam bilik doktor. Kata kerani disitu duduk dulu sebab pesakit lain belum selesai lagi. Abi pergi solat Zohor dulu lah sementara tunggu tu. Ummi tak henti-henti mendoakan Uwais dari sebelum bertolak ke HPP lagi Abi tengok. Usai solat Abi jenguk ke bilik doktor, doktor dan ramai doktor lain tengah buat Echo Scan kat Uwais. Abi teringin nak masuk masa tu tapi depa tak panggil lagi tak kan Abi nak masuk pulak. Tak lama lepas tu depa panggil Abi dan Ummi masuk. Berdebarnya rasa hati Allah saja yang tahu.
Sampai saja di HPP Uwais diturunkan daripada ambulan, mujur ada abang-abang guard tu tolong angkat katil Uwais, berat jugak. Ya lah, incubator tu siap dengan tabung oksigen bagai. Terima kasih abang-abang tolong Uwais, tak sempat Abi nak ucapkan tadi. Sampai saja ditingkat 1, Klinik Kardio Dr. Sharifah Abi daftarkan nama Uwais dan Uwais ditolak masuk dalam bilik doktor. Kata kerani disitu duduk dulu sebab pesakit lain belum selesai lagi. Abi pergi solat Zohor dulu lah sementara tunggu tu. Ummi tak henti-henti mendoakan Uwais dari sebelum bertolak ke HPP lagi Abi tengok. Usai solat Abi jenguk ke bilik doktor, doktor dan ramai doktor lain tengah buat Echo Scan kat Uwais. Abi teringin nak masuk masa tu tapi depa tak panggil lagi tak kan Abi nak masuk pulak. Tak lama lepas tu depa panggil Abi dan Ummi masuk. Berdebarnya rasa hati Allah saja yang tahu.
Dr. Sharifah panggil
"Ni mak dan ayah dia ya?" tanya doktor
"Ya saya" jawab Abi dan Ummi
"Anak cik ni ada masalah jantung yang kritikal" kata doktor.
"Ni mak dan ayah dia ya?" tanya doktor
"Ya saya" jawab Abi dan Ummi
"Anak cik ni ada masalah jantung yang kritikal" kata doktor.
Abi dah mula rasa mengigil bila dengar doktor cakap macam tu, Ummi nampak
tenang tapi dalam hati siap yang tahu
"Sebelum tu kita tengok gambar jantung yang normal supaya senang paham" (sambil doktor tunjukkan di PC dia)
"Jantung kita ada 2 bilik (bahagian) yang dipisahkan dengan dinding dan punya saluran darah masuk ke bilik kiri (darah tanpa oksigen) dan keluar semula ke paru-paru lalu masuk semula ke bilik kanan (darah beroksigen) lalu keluar semula untuk ke seluruh badan" jelas doktor
Abi dan Ummi angguk tanda faham
Sambung doktor lagi
"Anak encik, saluran darah dua-dua masuk ke bilik kiri dimana darah tanpa oksigen dan oksigen bercampur, nasib baik ada lubang (yang sepatutnya tiada lubang) diantara dinding bilik kanan dan kiri ni. Lubang ni yang supply darah oksigen dia, tapi masalahnya satu saluran darah ke bahagian bawah badan tidak wujud (sepatutnya ada)"
"Allahurabbi...Allahuakbar..." itu saja dalam hati Abi masa tu dan Abi dah tak dapat nak tahan lagi airmata Abi dari jatuh, Allah saja yang maha mengetahui betapa luluhnya hati ini sayang.
"Masih boleh repair secara teorinya tapi praktikalnya bergantung pada doktor yang akan buat sama ada boleh atau tidak" sambung doktor lagi
"Kita akan refer ke Institut Jantung Negara (IJN)'" kata doktor
"Tapi masih kena tunggu giliran juga sebab ramai pesakit disana, sometimes we loose our patient because of it" tambah beliau
"Innalillahiwainnailaihirajiun beratnya dugaan ni Abi rasa sayang tapi Abi yakin Allah akan bantu Uwais, kita kena sabaq, kena redha...bersangka baik dengan Allah" Abi hanya mampu berkata dalam hati waktu tu
"Terpulang pada u sama ada nak redha saja, ya la dia kecik lagi takut kesian nak operate 2 3 kali atau kita cuba buat juga dan tengok macam mana tapi risikonya masih ada" begitulah lebih kurang kata doktor yang abi ingat lupa tika abi tulis ni. Allahuakbar...tak ada mana-mana ibubapa yang sanggup tengok anak dia sakit sayang, Abi dan Ummi akan usaha untuk Uwais sayang.
"Mungkin u boleh refer juga ke Gleneagles tapi costinglah sebab swasta" sambung doktor
"Kalau refer kesana berapa anggaran kosnya doktor" tanya Abi
"Around 50-80k depend pada diorang lah"
Tersentap sat jantung Abi masa tu, mana Abi nak cari modal sebanyak tu tapi tak
apa Abi yakin Allah akan tolong Uwais, insyaAllah Abi akan cuba buat apa saja
untuk ubatkan Uwais, Uwais sabaq sat nah.
"Diorang ada tabung yang boleh kita minta yang tu kena discuss dengan diorang lah, sementara tu kita refer dulu ke IJN" kata doktor lagi
"Baiklah" jawab Abi dan Ummi
Selesai
saja jumpa doktor dan menunggu laporan siap, Abi tak mampu lagi nak tahan
airmata Abi bila tengok Uwais. Abi tak kuat sayang....Abi tak kuat bila nampak
Uwais dalam incubator tu.
"Uwais kena kuat, kena sabaq....Abi akan usaha macam mana pun untuk bagi Uwais sihat. Yakin dengan kuasa Allah sayang" pesan Abi untuk Uwais dan Abi yakin Allah akan tolong Uwais
"Kita balik dulu ya sayang, Uwais balik dengan doktor,nurse dan MA ni...janji dengan Abi esok jumpa Abi ya"
Salam
sayang Abi, Ummi, Along Iman dan Angah Furqan untuk Uwais
“Allahumma
yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”
“Ya
Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”
Abi
Iman Furqan Uwais
07102015
23 Zulhijjah 1436
5.20am
07102015
23 Zulhijjah 1436
5.20am
Buat kawan kawan yang
ingin menghulurkan bantuan untuk Uwais, korang boleh menghubungi ayahnya,
Mohamad Sayuti di talian 019-4270026, atau
menyalurkan
bantuan kewangan di atas nama beliau di akaun
Maybank, 1621 0650 3620, atau
ibu
Uwais, Nor Lailina Moha di akaun Maybank, 1640 2590 4498.
0 orang berborak di sini!