Wanita Muda Australia Lindungi Pasangan Islam Dari Dihina
By Zahirah Dzahir - 4/17/2015 03:30:00 PTG
Assalamualaikum..
Sydney: Seorang gadis, Stacey Aden, telah diangkta sebagai wira apabila tersiar video menunjukkan beliau telah mempertahankan wanita muslim yang sedang di hina di dalam keretaapi CityRail dari pusat bandar menuju ke lapangan terbang petang semalam.
Kejadian tersebut berlaku dalam lingkungan pukul 1.40 petang waktu Australia di mana seorang wanita berusia 40an telah menghina wanita bertudung tersebut dengan pelbagai hinaan sehingga dikaitkan dengan aktiviti pengganas.
“Mengapa kamu memakai tudung untuk seorang lelaki yang berkahwin dengan anak kecil yang berusia enam tahun,” sindir perempuan tersebut.
Wanita bertudung tersebut hanya mendiamkan diri seolah tidak ada apa-apa mungkin kerana tidak mahu memburukkan keadaan.
Stacey yang berada disitu bingkas bangun dan membidas kata-kata wanita tersebut.
“Dia memakai tudung untuk dirinya sendiri, kerana ingin tampak sopan (menutup aurat) dan bukan untuk orang seperti kamu yang hanya duduk di situ dan tidak menghormati dia,” ujar Stacey
Tidak berpuasa hati dengan tindakan Stacey itu, wanita itu mula membangkitkan isu penderaan dan pembunuhan yang berlaku di Martin Place tidak lama dahulu.
“Anak-anak kamu memenggal kepala orang,” balas perempuan itu.
“Bukan dia yang melakukannya, ia dilakukan oleh sekelompok kecil dan bukan mewakili keseluruhan muslim” bidas Stacey pula.
Wanita berbaju merah itu cuba membalas kenyataan Stacey dengan mendakwa seramai 148 orang Kristian terbunuh di Kenya dan konflik agama yang tercetus di Syria.
“Apa kena-mengena isu tersebut dengan wanita bertudung ini.
“Kalau kamu tidak boleh bercakap secara baik dengan orang lain sebaiknya jangan bercakap langsung.
“Tutup mulutmu, tutup mulutmu!” tegas Stacey lagi.
Eden kemudian membuat keputusan untuk menemani pasangan Islam berkenaan yang kemudiannya turun di sebuah perhentian.
"Saya terlepas stesen saya kerana saya mahu memastikan mereka (pasangan Islam) selamat," kata Eden yang sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Maskot ketika itu.
Menurut jurucakap polis, polis menggalakkan saksi kejadian supaya tampil membuat laporan dan mereka akan menyiasat kejadian berkenaan.
sumber
0 orang berborak di sini!