Tips Kulit Cantik Bebas Jerawat

3/01/2015 06:21:00 PTG
Assalamualaikum..
Sesetengah orang ada masalah kulit seperti jerawat, jeragat, ekzema dan macam2 masalah lagi. Masalah kulit bukan hanya di muka, malah ketara di bahagian badan lain contohnya belakang badan.
Di sini saya ingin kongsikan tips mendapatkan kulit yang cantik:
  • Pilih Sabun Bebas Minyak
Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.
  • Jangan Picit Jerawat Anda!
Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.
  • Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Dibawah Terik Matahari
Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.
  • Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak
Gunakan pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.
  • Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda
Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.
  • Jangan Sentuh Muka Anda!
Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.
  • Minum Banyak Air
Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga vitamin E. 3 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda.
sumber google
- Mummy Ira -

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.