Petua Halau Semut dan Kelebihan Semut Dalam Rumah

1/21/2015 08:44:00 PG
Assalamualaikum..

Selalu kita dengar rungutan sesapa sapa pasai semut..yang selalu dok dengar.." awat laa semut banyak sangat ni..camna nak halau n hilangkan semut "..kadang2 saya rasa semut tu bukan 1 masalah yang besar pun..cuma ada sesetengah orang yang tak berapa suka ngan semut ni..kalau ada pun lap je la..tapi yang tak bestnya kalau semut tu dok 'hurung' makan ka minum ka..tu yang tak best..dah 1 keja nak pi buang plak..tapi ada yang tak kisah sangat dengan semut ni..nak buat camna..dah ada..biar je la..apa yang perlu simpan makanan dan minuman elok2 dan jaga kebersihan.
 

Saya ada baca petua alau semut dalam facebook..jom kita baca..kot2 berkesan n boleh ikut petua ni.

Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah korang :

1. Cili kering :
 Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.


2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.


3. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.


4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun. 


5. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.


6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


Selamat mencuba.

Akan tetapi ada juga kelebihan semut dalam rumah ni..


- Mummy Ira -

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.