Merawat Hati Yang Kecewa, Patah Hati & Sedih

By Zahirah Dzahir - 1/17/2015 08:00:00 PG

Assalamualaikum..

google

Melalui detik-detik kecewa, patah hati, sedih adalah pengalaman yang terlalu memeritkan. Namun itu bukanlah bermaksud dunia kita sudah berakhir. Siapa yang tak pernah kecewa, patah hati sedih..mesti ramai yang merasa perasaan ni termasuk saya. Baru2 ni pun saya merasa kecewa..sedih atas satu perkara ang dah pun terjadi. Tapi tak boleh dilayan sangat perasaan tu..nanti melarat diri sendiri juga yang sakit merana. Bila saya dapat perasaan ni, saya cuba tak fikirkan sangat..saya biarkan keadaan berlalu begitu sahaja..malas nak penuhkan otak..banyak benda lain yang perlu saya fikirkan..buat sakit kepala jer..biar keadaan yang menentukan. Nasib baik ada family yang selalu menceriakan saya.

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan kesannya terpulang pada ketahanan mental, emosi, kesabaran kita. Jom kita baca  dari Pakar motivasi yang menyenaraikan tips asas menggembirakan hati yang sengsara dan cara untuk berdepan dengan emosi tersebut

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku sajalah kita sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.Proses ini memang ambil masa, memang tak dapat nak melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian kita kepada perkara lain. 

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu. Tekadkan azam untuk memfokus kepada masa depan , matlamat hidup..anak2..keluarga..kerjaya..kewangan..dan perkara yang boleh menenangkan kita.

2. Buang Sikap Risau
 
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa kita minta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan  dari segi fizikal dan mental. Risau membuatkan kita selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri untuk mengawal emosi kita.


3. Belajar Rajin Bersyukur


Ucap syukur atas kesemua yang kita ada, Contohnya bersyukur kerana masih menarik nafas tiap kali bangun tidur Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri..dan yang penting selain syukur ialah redha..

4. Belajar Menjadi Pemaaf
 
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). 


Kadang kadang kita susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri kita, yang membuat kitaa sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf ..sebelum tidur..ikhlaskan hati untuk memaafkan semua orang disekeliling kita..insyaAllah bangun pagi kita akan rasa tenang dan ia terpancar di wajah kita ketenangan tu.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa

Kadang2 ketawa ni dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan kita boleh ketawa? Ketawa dan terus ketawa tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan. Fikirkan perkara2 gembira yang pernah terjadi dalam hidu kita. Bila kita sentiasa ketawa..kita akan menjadi sorang  ceria dan gembira dalam hidup kita.


6. Ubah Fikiran
 
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita akan murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kita..insyaAllah. 

7. Hati Mesti ‘Keras’

Maksudnya kita nak bagi dapat kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu.


Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang
 mungkin dari hari yang sebelumnya.

8.   Dekatkan diri dengan Allah 

Inilah saat yang terbaik untuk kita meluruskan kembali hala-tuju kehidupan, ya’ni dengan menisbahkan hidup kita dengan sesuatu yang kekal selama-lamanya iaitu Allah SWT. Sentiasa berdoa dan bersujud kepada Nya agar dipermudahkan hidup kita dan dapat menghadapi segala cabaran dan dugaan kehidupan dengan lebih baik.

Orang Lain Tidak Mampu Mengubah Takdir Kita Melainkan ALLAH S.W.T & Diri Kita Sendiri..WALLAHUALAM

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!