Penyelesaian Buat Wanita Bila Kekasih Anak Emak

By Zahirah Dzahir - 12/22/2014 03:16:00 PTG

Assalamualaikum..

Sekiranya anda mendengar perkataan ‘mommy’s boy’, pasti ramai yang berprasangka buruk mengenainya. Terutamanya jika si ibu seorang yang tampak garang dan si anak pula anak lelaki tunggal. Ramai yang merasa sakit hati berkasih dengan anak emak yang sering mengutamakan ibunya. Di sini kami ingin memberikan anda penyelesaian kepada setiap keburukan kekasih yang dianggap ‘mommy’s boy’ ini.




Semuanya Dikongsi Dengan Ibu
 
Segalanya mahu diceritakan kepada ibunya walaupun hal itu terlalu peribadi buat anda. Kadangkala geram kerana tiba-tiba si ibu menelefon kerana ingin membicarakan sesuatu yang tidak memerlukan campur tangannya. Kalau anda sudah tahu, si dia lurus bendul orangnya, make it clear with him. Senaraikan apa yang boleh dikongsi dengan ibunya dan senaraikan apa yang tidak boleh dikongsi. Berikan sedikit ugutan untuk meninggalkannya sekiranya dia tidak mematuhi perjanjian anda berdua.

Manja dan Tidak Berdikari

Kalau sudah nama anak emak, semuanya pasti diselesaikan oleh si ibu, air milo pun ibu yang buatkan. Jangan biarkan si dia terus manja. Sekiranya anda berdua bercadang untuk berkahwin, ajar si dia untuk berdikari. Anda berdua bakal tinggal bersama jadi anda berdua harus membuat peraturan sendiri di rumah yang tidak ada kena mengena langsung dengan ibunya.

Hormat Ibunya

Tunjukkan rasa hormat kepada si ibu. Sekiranya pasangan mendahulukan ibunya sekiranya anda mengajaknya keluar, cuba memahami. Atau mungkin anda boleh mengajak si ibu keluar sekali bersama anda berdua. Sekiranya anda menunjukkan rasa sayang kepada si ibu, pasangan akan lebih menyayangi anda. Kadangkala, ibu akan bersikap protective kerana tidak kenal dengan rakan anak-anaknya. Sekiranya anda menunjukkan sikap yang baik, rasanya tidak ada masalah untuk si ibu memberi sokongan kepada anda berdua.

Jadi BFF dengan Ibunya

Perkara yang paling mudah untuk anda lakukan adalah mengambil hati ibunya dan jadikannya teman baik anda. Ini akan memudahkan kerja anda. Pasangan terlalu mendengar kata ibu, tetapi sekiranya anda bijak mengatur permainan, si ibu akan mendengar kata anda.


sumber majalah Eh!

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!